SPY | 11

1.4K 172 10
                                    

BANGKOK, THAILAND.

Mereka melihat dua orang lelaki yang kelihatan agak mencuriga di kawasan pasar itu dan agak sesak dengan orang ramai. Chatuchak Weeken Market merupakan salah satu pasar yang menjadi tumpuan ramai. Namun, itu bukanlah tujuan sebenar mereka berada di pasar itu.

Sudah dua hari mereka berada di Thailand dan membuat risikan di kawasan pasar itu berdasarkan maklumat yang mereka dapat dari orang awam dan pihak polis yang bekerjasama dengan mereka.

"Kau ikut lelaki baju putih tu..." Ice berkata perlahan. Dia mengenakan cap hitam dan mengulung rambutnya ke dalam cap itu serta memakai pakaian santai membuatkan orang menganggap dia pelancong dan tidak menyedari penyamaran.

"Dia dah gerak. Aku ikut dia kau perhati lelaki baju kelabu tu..." suara Josh kedengaran di earpiece yang terpasang di telinganya.

Ice diam dan perlahan bergerak sambil sesekali dia melihat jam di tangannya. Mereka ada masa lima puluh minit untuk menangkap dua lelaki itu. Mereka berdua merupakan salah satu anak buah Scorpion yang berkeliaran di kawasan bandar untuk berkomunikasi dengan dealer mereka.

Kelihatan lelaki berbaju kelabu itu tidak menyedari kedatangannya. Lelaki itu santai bermain telefon dan bersandar di dinding kedai. Ice mendekati lelaki itu- namun tidak sempat dia menahan bahu lelaki itu, dia terlebih dahulu melarikan diri dan menolak kuat tubuh Ice.

"TAK GUNA!"

Ice menjerit kuat dan mengejar lelaki itu yang kelihatan takut melarikan diri. Ice menekan sesuatu di jam tangannya lalu satu tanda merah berkedip-kedip mengikut laluan di kawasan pasar itu. Ice tersenyum sinis.

Lelaki itu dapat larikan diri, tapi Ice sempat memasang tracker di baju lelaki itu. Tracker itu bersaiz kecil dan sukar dilihat dengan mata kasar. Ice segera mengejar dan mengambil arah berlawan dengan lelaki itu.

Lelaki berbaju kelabu itu sangat terkejut melihat Ice di hadapannya. Hampir saja dia tertangkap. Jika dia tertangkap, maka semuanya akan hancur. Markas utama mereka akan diserbu oleh pihak polis.

Ice tersenyum melihat kerdipan merah itu semakin hampir dengan lorong dia lalui. Ice bersandar santai di dinding dan tidak menghiraukan pandangan pelik orang disitu.

1
2
3

BUK! Ice menghadang kakinya membuatkan lelaki berbaju kelabu itu jatuh tersungkur dan melanggar meja jualan di pasar itu. Suasana bertukar kecoh dan lelaki itu berdecih sakit apabila perutnya menimpa meja itu.

Ice menarik kuat lengan lelaki itu dan memutarkan ke belakang. Lelaki berbaju kelabu itu menjerit kuat dan tidak lama itu lima orang anggota polis Thailand datang ke arahnya.

"Take him!"

Mereka menggari kedua tangan lelaki berbaju kelabu itu. Ice tersenyum sinis melihat hasil kerjanya. Kali ini, dia tidak mahu membiarkan musuhnya berkeliaran terlalu lama. Ice tidak suka menunggu dan membiarkan musuhnya hidup tenang.

Ice melihat sebuah van hitam berhenti di hadapannya. Lelaki berbaju kelabu itu ditolak kasar masuk ke dalam van hitam itu. Di dalam van itu, turut ada lelaki berbaju putih dalam keadaan lebam di wajahnya.

"Miss, please follow us..." ucap seorang pegawai polis lelaki dan sedikit menundukkan kepalanya.

"Chai..."

Ice berjalan santai menuju ke sebuah van di belakang dan melihat Josh dan Shark juga ada di dalam van itu. Ocean pula bertugas di bilik kawalan dan hanya memberi arahan kepada mereka.

Mereka bertiga kelihatan santai dan sesekali meregangkan otot di tubuh mereka. Pihak polis Thailand akan memberi mereka akses yang luas untuk menangkap Scorpion dan anak-anak buahnya yang lain.



















MISS SPY, I LOVE YOU | S L O W U P D A T EWhere stories live. Discover now