Bab 1

554 11 7
                                    

Akhirnya sesi pembelajaran tamat dan waktu rehat pun tiba.

Keluarlah aku dari kelas 5 Sains Sukan.Aku berasa seakan-akan ingin melompat dengan gembira,aku mengaku hari ini amat meletihkan.Aku pun melangkah kakiku ke atas tangga yang terakhir dan menjalankan tugasku sebagai pengawas sekolah.

"Akhirnya".Aku melepaskan nafas yang amat berat.

Dengan langkah yang pantas sekali aku pun tiba di mejaku yang berwarna biru.Namun,sesuatu benda telah menarik perhatianku.Sekeping kertas kecil yang berwarna hijau telah diselitkan di bawah buku Bahasa Melayuku.Alangkah terkejut beruk diriku melihatnya.Adakah seseorang telah menghantar surat ugutan kepadaku?siapakah dia?

Bertubi-tubi soalan ku persoalankan diriku sendiri.Perasaan ingin tahu membuat tanganku bergerak pantas mengambil kertas itu lalu membaca isi kandungannya.

Saya nak jumpa dengan awak di pondok PIBG selepas sesi persekolahan.

-Z

Mataku terbeliak apabila membaca isi kandungannya.Pelbagai persoalan timbul di kotak mindaku.

Selesailah kelas Matematik Tambahan.Aduhai,betapa beratnya kepalaku.Ketua kelas pun melafazkan terima kasih kepada Cikgu Layla.Aku bersyukur kepada Tuhan kerana aku masih hidup.Alangkah susahnya Matematik Tambahan.

Tanpa melengahkan masa lagi aku pun pergi ke pondok PIBG sekolah.Walaupun aku berasa amat gementar namun aku cuba sedaya upaya ku agar tidak menunjukkannya.Aku pun melabuhkan punggungku ke atas kerusi besi yang berwarna biru muda.Ish!mengapa semuanya berwarna biru ni?peninglah.Desis hatiku.

Tiga puluh minit pun berlalu dan pelajar-pelajar sesi petang pun telah memulakan sesi pembelajaran."Alahai,tua lah aku, menunggu manusia ini".

Oleh kerana terlalu bosan,aku pun mengeluarkan buku novelku yang berjudul "Aku pujuk awak,Okey?".Cerita novel ini sungguh menarik dan sangat mencuit hati.Tanpa disedari diriku berada di alam yang lain.

"Awak sedang buat apa tu?".Kedengaran suara lelaki melemparkan pertayaan kepadaku.

"Meneroka hutan ni".Dengan selambah aku menjawab.

"Tak nampak pokok pun".Jawabnya dengan pantas lalu ketawa kecil.

"Dah tahu nak tanya lagi".balasku tanpa melihat siapakah dia.Tiba-tiba sepintas lalu memori ku kembali.Alamak!desis hatiku.Ku perlahan-lahan melihat siapakah manusia itu.

Mata kami bertembung dan ku dapat melihat seorang jejaka yang sedang tersenyum riang serta lesung pipi di kedua-dua belah pipinya membuatku tergamam."erm..si-siapa awak?".Aku terketar-ketar.

"Sayalah yang hantar kertas hijau tu".Dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.

"Ah!".Ku petik jari ku seakan-akan memahami segala yang telah berlaku."So,apa awak nak?saya tak ada hutang dekat awak kan?".Aku bertanya sambil membesarkan mataku.

Tidak ku sangka dia tetiba sahaja tergelak.

"La..apa yang lucunya?aku tak buat komedi ni sekarang".Kedengaran suaraku yang serius tetapi dia gelak dengan lebih kuat lagi sehinggalah menarik perhatian orang ramai.

Aku melontarkannya satu pandangan yang sangat tajam.Dia pun berhenti menggelakkan aku.Dia berdehem dan mulalah dia berkata."Sebenarnya saya nak minta tolong dengan awak,Elisya".

"Oh,sebelum tu,nama saya Zachary Harris,awak boleh panggil saya Zach".Sekali lagi dia menguntumkan senyumannya yang manis itu.

"Oh,okay Zach,apa hal serius sangat ni?".Dengan sabar lagi ku melihat terus ke anak matanya."Apa yang awak nak saya tolong?ajar awak ke?kalau itu,saya boleh".Aku pun menghadiahkannya senyuman.Aku pun binggung mengapa aku berkelakuan seperti telah lama mengenalnya sedangkan inilah kali pertama kami bersua dan bercakap.

Zach tersenyum namun menggelengkan kepalanya."Hal sangat penting,hanya awak yang boleh bantu saya".Hal penting?..

"Apa dia?".Perasaan geram menyelubungi diri oleh kerana saspen."Cepatlah bagi tahu aku".Alahai,baiknya hatiku nak tolong orang.

Zach menghembuskan nafasnya dan menarik semula."Saya nak awak khawin dengan saya".Aku tergamam.KHAWIN?!.Aku merasakan seakan-akan ditipu oleh telingaku sendiri.

"Apa!?Khawin?!".Mataku terbeliak setelah mendengar apa yang Zach telah katakan.

Ini semua tidak masuk akal.Aku baru saja mengenal orang ini dan tetiba dia mengajak aku berkahwin?!.Ini gila namanya.Alahai Elisya apalah yang menimpah dirimu ini.

Say I love You...Where stories live. Discover now