Bab 8

190 6 0
                                    

Kawasan kantin Gereja Sacred Heart kini di penuhi oleh orang ramai yang baru sahaja selesai menghadiri misa pada hari Ahad ini.

"Kak Sha,ingat lagi tak waktu kecil dulu,Kak Sha selalu ja ajak Ally lumba lari".Allyson bercerita dengan penuh semangat."Tapi Kak Sha selalu ja main tipu,kak tak kira habis sampai tiga,kak sudah lari".Allyson ketawa kecil mengingat kembali memori lepas.

"Ah-a lah!".Aku ketawa terbahak-bahak apabila memori kembali."Lepas tu adik Ally nangis sebab akak tinggalkan adik".Cerita itu sangat menggelikan hati aku.

"Akak ni ketawakan aku pula,maklumlah baru tujuh tahun umurnya".Nada merajuk sengaja Allyson buat."Tapi akak tau tak,Ally sedih sangat bila mak bapa Ally bawa pindah ke Kuala Lumpur".Kali ini wajah Ally kelihatan jelas kesedihannya.

"Tapikan Ally,aku tak sangkahlah takdir menemukan kita berdua lagi".Aku menguntumkan senyuman."Akak mengaku yang akak pun sedih sangat bila tahu Ally nak pindah".

"Tapi Ally tak nampak pun Kak Sha nangis".Ally berkata dengan nada menyindir."Ally nampak Kak Sha senyum ja sepanjang hari itu bila Ally datang ucap selamat tinggal".

Aku tersenyum kambing bila mengenangkan kejadian pada hari perpisahan dengan Allyson.Alangkah peritnya hatiku pada hari itu.Namun aku tetap tabah dan tidak mengeluarkan setitis pun air mata di depannya.Waktu itu Ally berumur 11 tahun dan aku 12 tahun.

"Taklah Ally,kalau kau nak tahu,akak nangis sebaik sahaja Ally masuk dalam kereta tau".Aku berkata menjelaskan."Akak berkurung ja dalam bilik lepas itu".Aku ketawa kecil maklumlah ketika itu aku sangat sedih.

"Oh jadi Kak Sha biarkan adik Ally nangis seorang dirilah ya?".Allyson ketawa dan aku hanya mampu tersenyum malu."Aku rindulah dengan Kak Sha".Tetiba Allyson mengaku.

"Akak pun rindu dengan Ally".Aku mengukirkan senyuman.

"Ally rindu dengan tipu helah Kak Sha".Mata ku terbeliak dan memandang Allyson dengan terkejut.Dengan serentak aku dan Allyson pun ketawa.

"Dah,jomlah balik".Aku mengajak Allyson.

"Okay,marilah".Allyson pun masuk ke dalam perut keretanya.Aku pun turut melakukan pekara yang sama.Apabila aku mula melangkahkan kaki ku ke dalam kereta,ku merasakan seakan-akan di perhatikan.Sepantas kilat ku menoleh belakang,namun tidak ada siapa-siapa.Aku menghela nafas lega.Adakah itu di namakannya stalker?.'Elisya jangan mengada-ngadalah'.Desis hatiku.

"Kak Sha,berapa lama Kak nak termenung ni?nak tunggu bulan jatuh ya?".Allyson berkata sambil ketawa kecil.Dengan serta merta ku kembali ke alam realiti.

"Ala akak saja nak menikmati permandangan kat kantin".Akhirnya seluruh badanku pun masuk ke dalam kereta."Ally tak rasa ia mencuit hati ka?".Aku berkata dengan mengangkat keningku.

Allyson ketawa terbahak-bahak sebaik sahaja mendengar apa yang telah aku katakan."Kak Sha ni,mengarut betullah".Apa yang di lakukan oleh Allyson seterusnya membuatku tergamam.Dia membawa tangannya lalu mencubit pipi kananku."Comel betullah Kak Sha ni".Sambil berketawa,aku perlahan mengalihkan tangannya.

"Eh,tangan jangan gatal sangat okey?".Aku mengusap-ngusap pipiku."Awak ingat pipiku yang halus ini awak boleh sesuka hati cubitkah?".Aku membesarkan mata dan menarik telinga kiri Allyson.

"Ar..ar!Sorry Kak Sha!aduh...".Aku pun melepaskan tangan.

Aku pun melepaskan tarikkanku."Hah,baru tahu,Ally nak test power dengan akak kan".Aku tersenyum sinis."Dah,bila Ally nak jalan ni,nak tunggu perang dunia ketiga kah?".

"Relax lah kak Sha".Ally mengukirkan senyuman lalu menghidupkan enjin kereta.

Disini aku duduk di bangku berdekatan dengan kolam ikan.Angin menampar halus pipiku.Perasaan nyaman yang aku sangat perlukan.Tetiba memori datang menerpa aku.Wajah Zach pun singgah di fikiran ku.Apakah yang sedang dia lakukan?.Perkataan yang lepas di bibir Zach pada hari semalam masih bermain di kotak mindaku.

Apakah yang di rasakan oleh Emealda ketika melihat Zach berkelakuan seperti itu?.Pasti hatinya pecah seperti kaca yang di hempas.Hatiku mula berasa bersalah.Meskipun itu hanyalah lakonan semata-mata dia tidak patut di mainkan.

"Fikirkan apa tu?".Seseorang telah melontarkan pertayaan kepada ku.

"Fikir tentang siapa lagi si Emealda tu lah"dengan selambah aku menjawab tanpa melihat siapakah yang sedang bercakap denganku.

"Siapa tu?"sekali lagi dia bertanya.Ish sibuk betul orang ni,eeh?siapa dia?.Perlahan aku medongak kepalaku lalu melihat seorang jejaka yang berpakaian kemas dengan kemeja."A-ally?..Emealda?".Aku terketar-ketar.Habislah aku kalau Allyson tahu akan benda yang telah menimpah diriku.Aku menelan air liur."wah,segak betullah Ally petang ni,nak pergi mana?".Sengaja aku menukar topik.

"Ally nak pergi dinner ni,yang Kak Sha termenung ni kenapa?".Ally menanya dengan nada risau"Ada apa-apa berlakukah?,siapa Emealda?".Bertubi-tubi persoalan lepas dari bibirnya.Aku seakan mati kutu.Apa yang harus aku katakan?Tapi hal ini tentang aku dan Zach.Wahai Tuhan bantulah umatmu ini.

Sebaik sahaja aku berfikiran sebegitu,Tuhan telah menyelamatkan aku."Ally?kenapa masih di sini?bukan Ally nak bawa Kak Sha pergi dinnerkah?".Tetiba Puan Lisa datang ke ruang tamu.Wajah Allyson berubah serta merta.

"Eh!mumy ni rosak program lah kalau begini".Dengan nada merajuk Allyson berkata."Bukan surprise dah".

Puan Lisa menutup bibirnya dengan tangannya."Ops,sorry Ally,mumy tak sengaja"."Mumy pergi dapur lah ya?".Puan Lisa pun beredar ke dapur.

"Sorry naik lorry lah".Allyson mengeluh.Ternyata dia berniat untuk memberi aku kejutan.Patutlah dia sengaja kata nak pergi dinner.Ingatkan dengan seseorang yang istimewa."Tak jadilah dinner".

"Huh?kenapa pula?Akak excited dah dengar Ally nak bawa akak ke dinner".Aku berkata serta cuba untuk memujuknya.Mata Ally hidup semula dan menatap mataku.

"Betulkah?".Allyson tersenyum riang."Okey jom!".Dengan nada yang gembira Allyson menghulurkan tangannya ke hadapan ku.Aku teragak-agak untuk menyambut tangannya dan akhirnya tanganku berada di genggaman Allyson.

"Woah,awesome place Ally,Kak Sha rasa nak pengsan lah".Hatiku bagai berbunga-bunga melihat permandangan yang indah sekali.Air ombak jelas kedengaran di cuping telinga ku.Keadaan lampu yang redup dan di tambah lagi bulan yang menyinari tempat ini.

Allyson tersenyum puas dengan melihat gelagatku yang sedang terpesona."Bagi Ally,tiada apa yang lebih indah dari kehadiran Kak Sha di sisiku".Allyson berkata sambil menatap lembut mataku.

Aku pun tergelak dengan sikap Allyson yang romantik itu."Eh,Ally ni nanti Kak Sha cair,siapa nak mop".Aku berkata sambil ketawa.Hati ku bagai digeletek.

"Ally serius ni Kak Sha".Tetiba tubuhku berasa kakuh mendengarnya.Ally menatap tajam mataku.Aku tidak bisa mengahlikan pandanganku.Dia mula menyentuh tangan aku kini mula berasa dingin.Mengapa Ally bersikap sebegini?."Ingat lagi tak waktu kecil dulu,Kita ada janji".Aku seakan-akan tidak dapat bernafas apabila berada dalam keadaan seperti.Ya Tuhan kuatkan semangat ku.Apa yang telah kami berjanji?.Aku tidak dapat mengingat kembali.Dengan teragak-agak aku menggeleng kepala menandakan aku tidak dapat mengingatinya.

Ally menghembus nafas dengan perlahan dan serta merta wajah pucat itu berubah menjadi sayu."Pada masa itu,hari jadi Ally yang ke-9".Aku terus mengangguk."Kek hari jadi Ally hancur di sebabkan meja yang tak stable".Tetiba genggaman Ally semakin erat."Pada hari itu juga Ally tak henti nangis,dan..".Dia menutup matanya lalu menatap terus ke anak mataku.

Apa yang dilakukannya seterusnya membuat diriku terkejut beruk.Ally menyentuh pipiku dan memandang sayu wajahku."Kak Sha dan Ally telah berjanji untuk bersatu dan berkhawin".Aku berasa seperti di tipu oleh telingah aku sendiri.Oh Tuhan apa yang harus aku lakukan?."Dan Ally datang untuk menunaikan janji kita".Dia mengusap halus pipiku.Seluruh tubuhku seakan tidak dapat bergerak.

"K-kak Sha..".Aku cuba untuk bersuara namun gagal.

"Al-".Dia baru sahaja cuba untuk berkata tetapi di ganggu oleh telefon bimbitnya yang berteriak agar diangkat.Aku menghembuskan nafas lega.

"APA?!".Teriakan Ally membuat hati seakan-akan hendak meletup."Aunty Ma-aria kemalangan?!".Setelah ayat itu lepas dari bibirnya aku berasa seakan hendak pitam.Apakah yang telah menimpa ibuku.Ya Tuhan.Tanpa di sedari air mata mula bercucuran di pipiku.Ally sedar akan diriku lalu membalutku dalam pelukan.

Say I love You...Where stories live. Discover now