Bab 5

229 5 0
                                    

Di sini aku membeku seakan-akan tidak tahu apa yang hendak di lalukan.Perlahan aku membawa kepalaku lalu melihat siapakah dia.Zach?!.Alangkah terkejutnya hati melihat kelibatnya di hadapanku yang kini sedang membara.Nampaknya,Adam turut melontarkan jelingan tajam kepada Zach.Apakah yang perlu aku lakukan dalam perkara sebegini?Wajarkah dia bercampur tangan?.Apabila aku sedang sibuk berdebat dengan diri sendiri,aku terlupa bahawa aku kini berada dalam keadaan yang tidak tahu apa akan terjadi seterusnya.

"Ha!Nak jadi herolah tu!sekadar awak saja,aku tak takutlah!Kau nak sangat rasa buku lima aku ni kan?!".Suasana kini semakin parah."Kalau kau aku boleh kalahkan kau dengan sebelah mata je tau!".Aku rasakan bagai nak potong saja lidah milik Adam itu.Egonya itu tinggi mengalahkan Gunung Kinabalu.

"Awak tu cuma tahu cakap besar je kan?huh!Sudahlah tak hormat perempuan,ego punyalah tinggi,tak sanggup saya nak bazirkan air liur bercakap dengan awak ni".Panjang lebar Zach berkata melepaskan kemarahannya yang kini sukar ditahannya.Dengan perlahan Zach mengangkat tubuh kecilku.Wajah Zach kelihatan sungguh prihatin.Mengapakah matanya kelihatan sayu?Adakah aku terlepas pandang.Aku mula berasa risau dan ia jelas di wajahku."Awak,okey tidak?".Dengan sedaya upaya Zach menelan risaunya dan menguntumkan aku sebuah senyuman.

"Hmm,badan okey,cuma baju ja tak okey".Aku memandang bajuku yang kini di warnai air lumpur.'Alahai,mengalahkan artislah,karya yang terdapat pada bajuku ini'.Aku pun mengeluh setelah melihat bajuku itu.

"Budak tak guna!mulut awak-".Adam kini berasa amat bengang dengan apa yang di katakan oleh Zach sebentar tadi.Namun,sebelum Adam meluahkan geramnya,Zach dengan pantasnya menarik lenganku dan berlalu dari kawasan itu."Hoi!jangan ingat kau terlepas dari aku!dunia ni kecil,kau tak boleh lari punya!".Adam pula berabis-abisan melontarkan mesej-mesej terakhir buat Zach.Zach pula terus menarik lengan ku.Aku tak tahu mana arah tujuh kami berdua.

Waktu rehat pun telah lama selesai.Aku tak tahu sama ada ingin meneruskan sesi pembelajaran atau tidak.Kami pun terus berjalan dan akhirnya tiba di tandas sekolah.Pondok PIBG terletak berdekatan dengan tandas sekolah.

Zach dan aku duduk di kerusi biru yang terdapat di pondok PIBG.Zach masih membeku tanpa melihat diriku.Mengapakah Zach berkelakuan sebegini?.Zach seperti terkunci di dalam dirinya.Perasaan yang ingin tahu membuatku memanggilnya."Zach,awak okey?".

Namun tidak ada balas darinya.Aku tidak tahu apa telah terjadi dengan dia.Apakah ini di sebabkan kejadian tadi?.Mengapa?.Bagai nak meletup kepalaku memikirkannya.

"Zach".Aku memanggil untuk sekian lamanya.Tetapi susuk tubuh milik Zach masih membeku.Aku menarik bahunya dan wajahnya menghadapku.Aku cuba untuk mencari anak matanya tetapi gagal.Aku mula berasa resah dengan keadaan Zach.

Tanpa di sedari sepasang tangan milikku memegang pipinya yang halus itu."Zach".Aku memanggilnya lagi."Zach,aku tak faham apa sebenarnya yang terjadi sekarang ini,tetapi janganlah bersikap dingin terhadap aku".Aku mengeluh sedih.Mengapa aku pun turut bersedih?.Alangkah hairannya aku."Zach,jawablah".Aku tak tahu mengapa aku berasa sedih apabila melihat keadaan Zach.

Akhirnya anak mata Zach dapat ku cari.Tetapi aku terkejut apabila air mata mula bercucuran ke pipi Zach.Secara automatiknya diri ini pun tidak terkawal lagi dan menangis.Aku menarik Zach ke dalam pelukan ku.Buat pertama kalinya aku melihat seorang lelaki menangis di hadapanku.

Aku mengusap-ngusap belakangnya.Betapa eratnya pelukan Zach seperti dia kini berada dalam kesakitan."Dah,dah Zach,aku masih kat sini".Dengan suara yang sarut aku berkata.Aku baru sahaja sedar bahawa Zachlah lelaki pertama yang aku peluk selain bapaku.

"Awak wangi lumpurlah".Zach berkata selambah.Masih dalam pelukan,aku terkejut.Aku menolak tubuhnya dan mukanya pun berpaling kepada ku.Zach tersenyum dan lesung pipinya kelihatan amat jelas."Tapi,awak tetap wangi".Zach tergelak kecil.

Mata aku terbeliak.Aku seakan-akan tidak percaya apa yang ku lihat."Ya ampun Zach!aku rasa nak cekik ja leher awak".Aku membalingnya jelingan tajam.Tidak sangkah aku.Adakah dia hanya berlakon sebentar tadi?."Awak ni buat aku risau sajalah".Aku mengesat sisa-sia air mataku.

"Terima kasih Elisya".Zach mengukir senyuman yang paling menawan aku pernah lihat.Secara tidak sengaja aku pun tersenyum."Walaupun baju aku kini di hiasi lumpur yang sungguh cantik".

"Zach!".Aku berkata dalam kemarahan dan Zach tergelak melihat diri aku yang dalam kegeraman.

***

"Jessie,sorrylah aku ada hal urgent tadi".Aku bohong.

"Kau ni,mengapa tidak beritahu awal-awal,aku risau tau".Kedengaran suara Jessie amat sedih.

"Lain kali aku tak buat lagi,I'm so very very sorry".Aku cuba sedaya upaya untuk memujuknya."Nanti aku bagi pinjam kau CD Drama Korea aku kat kau".

"Ha!Okey!janji tau!".Aku tersenyum.Ternyata pujukan aku berjaya."Sya!aku pergi dulu,Mak aku minta tolong masakkan nasi!Jangan lupa janji kau!".

"Okey!".Talian itu pun terputus dan aku meletakkan telefon bimbit aku di atas meja belajar.Waktu pun telah menunjukkan jam tujuh malam.

Aku termenung seketika.Nasib baiklah Zach menghantar aku pulang,kalau tidak malulah aku berjalan dengan baju yang cantik sangat dengan hiasan lumpur.Walaupun Zach itu seperti mempunyai banyak rasiah,tetapi aku tidak mendesak dia untuk memberitahu aku semuanya.Siapalah aku?.Bila aku fikirkan balik,Zach sedih sangat bila dia ternampak aku dalam keadaan sebegitu pada pagi tadi.Mengapa?

Tiba-tiba telefon bimbit aku berdering dan nombor yang tidak di kenali tertera di kaca telefon aku.Perlukah aku menjawab?.Adakah itu perompak ingin mengesan rumah aku?.Setelah berdebat dengan diri sendiri aku pun menjawab panggilan itu.

"He-".Sebelum aku menjawab,aku telah di potong.

"Esok pagi,saya akan ambil awak pada jam 8 pagi,awak sedia dan kita akan keluar pergi dating bye"Dia pun memutuskan talian.Suara lelaki di hujung talian itu berkata panjang lebar.

Aku terdiam dan membeku.

"Itu pasti suara Zach".Aku mengeluh panjang.Tidak tahu mengapa,aku seperti tahu siapa pemilik suara itu.

Say I love You...Where stories live. Discover now