Kedinginan angin dapat kurasakan.Perhimpunan pada pagi ini sungguh sibuk sekali.Ketua pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang cuba sedaya upayah untuk mengarahkan pelajar-pelajar sidang pagi untuk berbaris dan duduk mengikut kelas masing-masing.Pengawas sekolah juga turut sibuk menjaga kawasan masing-masing agar pelajar tidak dapat ponteng perhimpunan pada pagi itu.
"Yeah,finally!".Jessie mengeluh di sebelahku."Pelik betullah,mereka ni memang tak faham bahasakah?dah berkali-kali aku suruh pergi baris,mereka tengok ja aku".Jessie mengaduh kerana kedegilan pelajar di SMK Bahang."Mahu saja aku ketuk kepala mereka satu-satu".
Jessie merupakan teman baik aku sejak Tingkatan satu.Dia ni memang panas baran sikit.Kami sudah menjadi pengawas sekolah selama Tiga tahun.Memang setiap kali perhimpunan mesti Jessie akan membebel.
"Sabarlah Jes,awak okey lagi,aku?tak dilayan langsung.Macamlah aku ni dinding je".Aku kedengaran sedikit kecewa."Takpa,yang penting perhimpunan kita berjalan dengan lancar".Aku tersenyum puas dan kelihatan Jessie turut setuju.
"HOI!".Mak ai!pekaklah aku.Kelihatan Guru Disiplin iaitu Puan Georgia sedang menghalakan rotannya kepada seorang pelajar perempuan."Kau ni memang tak sedar,sedar lagi ke?!Dahlah datang lambat tak hormat guru lagi,pergi berdiri kat sana!".Puan Georgia mengarahkan pelajar tersebut untuk berdiri.
Dapat ku rasakan bulu romaku meremang.Guru itu memang tegas sekali.Tidak ingin sekali dalam hidup ku ingin berhadapan dengannya.
"Jessie,awak jaga kat sanalah,nanti apa lagi si Fereel tu kata kat kita".Jessie hanya mampu mengangguk perlahan.Fereel adalah ketua pengawas sekolah ini.Dia memang suka menegur kami berdua sebab asyik melekat sahaja mengalahkan gam gajah.
Akhirnya perhimpunan pun tamat,kamu pun melepaskan keluhan lega."Wahdu,macam nak tercabut je kaki aku Sya".Jessie mengaduh kepadaku."Lama betul pengetua kita berucap,macam nak mati pun ada".Aku hanya mampu menggelengkan kepala.
"Awak ni Jes,tak baik cakap cam tu-".Sebelum aku bisa mengabiskan ayat ku telah di potong.
"Ha!korang berdua ni memang suka sangat berkepit ke?".Kedengaran suara sinis Fareel yang tetiba sahaja muncul di hadapan kami.
"Yang awak sibuk sangat ni kenapa ha?".Jessie meninggikan suara sebagai tanda ketidaksukaan kehadiran dirinya Fareel."Mulut awak tu tak boleh diam sikit ke?,asyik nak membebel saja macam selipar jepun".
"Ap-".Sebelum Fareel dapat membalas,Jessie telah menarik tangan ku dan pergilah kami menujuh ke kelas 5 Sains Sukan.Jessie dan Fareel ni memang suka sangat berperang mulut.Aku yang menjadi orang tengah ni yang sengsara silap hari bulan boleh kena Tornado negara ni di sebabkan mereka berdua.
Waktu rehat pun tiba,alangkah penatnya aku.Aku pun dengan malasnya turun melalui tangga yang tidak tahu mana penghujungnya."Alahai,banyaknya tangga ni sampai nak juling mata ku ini pun ada".Aku mengomel kecil sambil menuruni tangga.
Aku pun menujuh ke bahagian bangunan yang hujung sekali.Di sinilah aku bertugas setiap kali pada waktu rehat.Dua puluh minit terasa amat lama kerana tidak ada banyak yang dapat ku lakukan.Malang sekali,sekumpulan pelajar lelaki sedang menujuh ke arah tempat aku bertugas yang telah menjejaskan ketenanganku.'Ya Tuhan harap-harap tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kepada hamba mu ini'.Aku berdoa di dalam hati.
Sekumpulan pelajar itu mula membuang sampah-sarap di kawasan itu.Perasaan geram mula membalut diriku.Pelajar-pelajar tersebut amat bising bagai sedang mengadakan parti."Wahdu,diorang ini.memang menguji kesabaranku".Desis hati ku geram.Tanpa melengahkan masa lagi,aku pun melangkah kaki aku ke arah pelajar-pelajar itu.
"Excuse me,boleh tak buang sampah ke dalam tong sampah,rasanya Puan pengetua sudah berkali-kali dia berpesan".Panjang lebar aku berkata dan aku berharap sangat agar mereka tidak memberontak."So,aku harap kamu dapat memahaminya".Aku melontarkan mereka sekuntum senyuman.
Tanpa di duga seorang lelaki besar telah menolak tubuhku dengan kasar.'Wahdu!nasib aku tak jatuh'.Aku sangat terkejut dengan tindakan pelajar itu."Hey!awak diamlah!".Aku sempat membaca tag namanya iaitu Adam."Apa kata awak diam saja dan biarkan kami enjoy".Adam tersenyum puas dan rakan-rakannya turut bersorak menandakan setujuh.
"Aku tidak boleh tutup sebelah mata awak,tolonglah dengar sikit arahan".Aku berasa amat geram dan mula mengetap bibir ku."ki-".Sebelum aku dapat melepaskan ayat ku,aku telah sekali lagi di tolak dan yang memburukkan keadaan lagi aku terjatuh ke kawasan yang berlumpur, habis basah baju pengawasku.Alangkah geramnya aku.Mereka semua tergelak besar seakan-akan menikmati kejadian yang berlaku di hadapan mereka.
Mahu saja aku mengorek lubang dan bertapuk di dalamnya.Tipulah aku kalau aku tidak ada rasa malu.Kini tubuhku basah dan angin dingin menambah buruk lagi keadaan.Aku tak faham langsung mengapa mereka masih tergelak?.Tidak ada rasa kesiankah mereka?
Aku menutup mukaku dengan kedua-dua belah tanganku."Hei!korang tak pandai respect perempuan ke!?".Kedengaran suara lantang seorang lelaki dan dengan serta merta sekumpulan lelaki itu berhenti ketawa.
Apa yang sedang berlaku ini?
YOU ARE READING
Say I love You...
HumorElisya-Adakah kita ditakdirkan? Zachary-Semuanya berlaku tidak dijangkahkan. Emealda-Aku tidak akan pernah mengalah. Allyson-Percayalah kau adalah yang satu. #Mempunyai kesalahan tatabahasa . #Read at your own risk #Terima kasih kerana membaca. #Wil...