Dup dap dup dap.Kedengaran degupan jantung Elisya yang semakin laju."Z-zach..a..aku takut".Tangan Elysa semakin lembab.
Zach menoleh dan berhadapan dengannya."Elisya awak pasti kah ni?".Wajah Zach kelihatan risau."Kalau awak tak dapat teruskan tidak apa".
Dengan pantas Elisya menarik lengan Zach."Tidak apa,aku pasti boleh".Elisya menguntumkan senyuman.
"Baiklah".Zach tersenyum menonjolkan lesung pipinya.
Apabila tiba di pintu hadapan rumah Zach,hati Elisya bagai nak meletup namun wajahnya tetap kelihatan tenang.Zach memegang tangan Elisya dengan eratnya lalu mengetuk pintu berwarna merun di hadapannya.
"ya!datang ni!".Kedengaran suara seseorang di sebalik pintu tersebut.
Zach dan Elisya menarik nafas dalam-dalam dan pintu pun terbuka.Seorang wanita yang agak tua muncul di hadapan mereka berdua.
"Zach-".Wanita itu berkata apabila dia sedar Zach rupanya orang yang datang,namun dia berasa amat terkejut apabila melihat Elisya.Kedengaran kaca pecah berkecai.Serta merta Zach dan Elisya melihat apa yang telah terjadi.
"Hi-Hily?".Suara garau milik seseorang yang Zach amat kenal.
Hily?siapa tu?Persoalan timbul di minda Elisya.
"Ayah,ma,ini Elisya".Zach tersenyum melihat riaksi orang tuanya."Dialah calon isteri saya".
Encik Harris tergamam.Dia tidak menyangkah hal ini boleh berlaku."Ayah,nak kami berdua berdiri di luarkah?".Soalan Zach mematikan lamunan ayahnya.
"Ah,masuklah...Elisya..".Ibu Zach menjemput mereka berdua masuk.
Dalam fikiran Elisya masih timbul persoalan namun dia menahannya daripada menanya soalan kepada Zach.Apabila mereka melangkah masuk ke dalam rumah,Elisya berasa kehairanan.Mengapakah ibu bapa Zach asyik melihatnya dengan penuh persoalan.Elisya hanya menguntumkan senyumkan agar tidak berasa janggal.Elisya duduk di sofa yang agak empuk itu dan dihadapannya pula ibu bapanya Zach.Zach pula hilang entah ke mana.
"Uhm,Elisya bukan?Nama mak cik Luna".Senyuman wanita itu semakin lebar dan kelihatan lesung pipinya amat menonjol.Ternyata lesung pipi Zach adalah daripada ibunya.
"Saya ayah Zach,Harris".Walaupun dengan wajah yang selambah,nadanya masih lagi kedengaran serius.Namun ayah Zach tetap senyum yang membuat Elisya berasa lega sedikit.
"Selamat berkenalan,saya Elisya....uhmm...teman wanita Zach".Mata kedua-dua orang tua itu membulat dan mereka memandang satu sama lain lalu senyuman lebar terukir di wajah mereka berdua.Elisya kehairanan,
"Haa..sampai sudah,minuman untuk kita".Zach tetiba muncul di ruang tamu tersebut dan Elisya mengeluh lega.Dia meletakkan empat gelas berisi coffee dan milo."hmm,milo ni untuk Elisya dan Zach,kopi ni untuk ayah dan ibu".Senyuman di bibir Zach nampaknya tidak pudar.Tanpa disedari rasa gementar Elisya telah hilang.
Apabila setiap orang di ruang tamu itu telah mendapat minuman,mereka memandang satu sama lain."So,ayah,ibu inilah Elisya".Zach bersuara.
"Ayah tau,dia sudah kenalkan diri tadi,sementara kamu tu menghilang,rupa-rupanya pergi buat minuman".Elisya berasa lucu apabila ayah Zach berkata sedemikian.Dia pun gelak kerana kelucuan.Apabila Elisya sedar yang dia seorang saja yang ketawa,dia serta merta berhenti dengan pura-pura batuk.Namun,kedua-dua orang tua itu masih tersenyum melihat Elisya.
"Zach,kamu sudah makan belum?"Puan Luna bersuara.
"hmm,belum lagi ibu".Zach menggeleng.
"Kalau begitu,ibu pergi masak dulu ya".Puan Luna pun bangkit dari sofa itu.
"Hmm,boleh tak saya bantu?".Elisya dengan segan berkata dan mengukirkan senyuman.Puan Luna terkejut dan senyumannya semakin lebar.
"Oh!pasti saja Hil-,Elisya".Puan Lisa berkata dan Elisya sedar akan Puan Luna tersasul nama Hil,namun dia buat tidak dengar.Mereka pun beredar ke dapur.
semua peralatan memasak tersusun rapi di dapur tersebut dan sangat bersih.Elisya berasa segan untuk menggunakan peralatan itu.
"So,Elisya suka makan apa?".Puan Luna bertanya mematikan suasan senyap di antara mereka.
"Saya suka makan ...makan masakan ibu".Elisya tersenyum terkenangkan ibunya.Puan Luna turut tersenyum.Gadis dihadapannya ini sangat comel dan perwatakannya sangat serupa dengan Hillary."Ada apa-apa boleh saya bantu".Elisya kini tidak berasa segan lagi,perasaan selesa terhadap Puan Luna semakin menggunung.
"Oh,baiklah,Elisya bole bantu mak cik untuk potong bawang".Puan Luna memberi Elisya pisau dan bawang.
Setelah selesai memasak,Puan Luna meminta Elisya untuk memanggil Zacg dan Ayahnya.Makanan yang lazat terpapar di hadapannya.Mereka duduk bersama di meja makan.Senyuman yang tidak lekang di bibir.Suasana mereka adalah seperti keluarga yang bahagia.
Selesailah sesi pertemuan ibubapa Zach.Elisya melepaskan nafas lega.Jatungnya masih berdegup dengan pantas.
Zach dan Elisya bersama keluar dari rumah miliknya Zach.Elisya tidak lupa untuk berjabat tangan kepada Encik Harrison serta memberikan pelukan erat kepada Puan Luna.
Zach menghantar Elisya ke rumah.Dia sangat tidak percaya bahawa gadis itu boleh memeriahkan rumahny sekali lagi.Senyuman lebar ayahnya masih jelas di ingatan.Perasaan terharunya tidak dapat dia tahan.
"Elisya,terima kasih".Elisya hanya mampu tersenyum.Dia tahu ucapan terima kasih Zach akan sentiasa dia dengari.
"Saya hanya buat apa kata hati saya,jadi awak harus katakan kepada diri awak juga".Zach hanya mampu menatap mata Elisya.Tanpa Elisya sedari susuk tubuh milik Zach kini sedang mambalut dirinya dengan pelukan yang erat.Jantungnya berdegub dengan pantas.Mengapa dia berasa sedemikian?mengapa pelukan Zach amat menenangkan jiwanya?Elisya tidak mengerti.
"Elisya,saya harap..".Suara Zach jelas di cuping telinga Elisya."Saya..saya..".Zach tidak dapat meluahkan apa yang berbuku di hatinya sekarang.Tetapi pelukan itu semakin erat."Elisya akan jumpa seseorang yang terbaik di dunia dan orang itu akan menjadi orang paling bertuah di dunia.".Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Zach,hati Elisya berkecai dan mengapa dia berasa sedemikian?.Namun wajahnya tetap mempamerkan senyuman.
Pelukan Zach dileraikan."Terima kasih Zach".Zach menatap mata Elisya."Selamat malam".Zach tidak mengerti mengapa dia tidak dapat meluahkannya kepada Elisya.Dia merasakan Elisya semakin jauh darinya.
Susuk tubuh milik Elisya perlahan hilang dari pandangan Zach.
Apabila Zach tiba di rumahnya,dia terus naik dan masuk ke dalam biliknya.
Zach duduk di kerusi dan mengeluarkan kamera dari laci meja belajarnya.Zach menekan butang 'On' dan ke 'gallery'.Serta merta wajah Elisya bersama dengannya tertera di kaca kamera tersebut.Zach hanya mampu melayan perasaannya yang tidak menetu itu.
Tetiba ketukan di pintu mengahlikan lamunan Zach."ya".
"Zach?".Encik Harrison muncul di hadapan Zach.Nada Encik Harrison kedengaran seperti sayu.
"Kenapa?".Zach bertanya.
"Ayah nak beritahu sesuatu dan ayah harap kamu dapat menerimanya,ayah telah lama rahsia hal ni dari kamu,dan hari ini ayah tekad untuk memberitahu hal yang sebenar".Zach terkejut dengan apa yang di dengarnya.Apakah kebenaran yang akan dia ketahui?
"Ya,ayah?".
YOU ARE READING
Say I love You...
HumorElisya-Adakah kita ditakdirkan? Zachary-Semuanya berlaku tidak dijangkahkan. Emealda-Aku tidak akan pernah mengalah. Allyson-Percayalah kau adalah yang satu. #Mempunyai kesalahan tatabahasa . #Read at your own risk #Terima kasih kerana membaca. #Wil...