part 5

1K 80 0
                                    

"Nana! Nana!"

Kedengaran suara - suara yang biasa didengari memanggil namanya. Nana membuka matanya perlahan .

" Sha , Maya , Yan . AKu kat mana ni ? " soal Nana keliru .

" aku dah cakap . Mende first yang dia akan tanya mesti tu . Macam dalam drama-drama atau filem " tidak memperdulikan pertanyaan Nana , Yan terus membebel kepada Sha yang mukanya masam mencuka .

Nana melihat mereka dengan bertambah pelik kemudian mencuit Maya . Meminta bantuan untuk menerangkan apa yang terjadi .

" dak Yan dengan Sha battle , apa ayat pertama yang akan keluar dari mulut kau bila bangun nanti . Siapa kalah , kena berlanje makan 3 hari berturut-turut . Anyway , kau okay tak ni Nana ? " cerita Maya panjang sambil duduk disebelah Nana .

" aku okay . Sakit kepala sikit . By the way , thanks korang sebab susah-susah risaukan aku sampai datang rumah aku ni " kata Nana sambil tersenyum lemah .

" tak pe . Kitorang kan kawan kau . By the way Nana ! Aku berjaya dapat no 1 dalam acara merentas desa tadi ! " sorak Maya dengan ceria .

" kitorang dapat tempat ke 25 dan 30 je . Tu pon sebab dak Sha ni lembab sangat suruh aku tunggu dia " ngomel Yan pula . Nana tersenyum gembira melihat kejayaan rakan-rakannya . Tunggu !

" kalau kaurang dah sampai ke titik penamat , aku macam mane? Siape yang bawak aku sampai sini ? Siapa yaag tolong aku ? " soal Nana bertubi-tubi . Otaknya kini memang penuh dengan pelbagai tanda tanya .

Rakan-rakannya yang lain hanya memandang sesame sendiri . Yang mereka tahu , Nana sudah pun pulang kerumah kerana pengsan ditengah jalan . Itupun si Peah penjaja pelbagai cerita baru yang memberitahu mereka .

Bagaimana dan siapa yang menolongnya , dia pun tidak tahu .

Aku Ada CrushWhere stories live. Discover now