Part 18

946 50 8
                                    

'Bestnyeer.. Minghao pergi jugak hiking!'

Jam menunjukkan pukul 2.20 pagi. Pelajar-pelajar yang mengikuti aktiviti hiking berkumpul di perkarangan sekolah mereka. Pada asalnya mereka hendak pergi pada Jam 12 tengahari kerana hendak mendaki pada waktu petang, namun adalah lebih baik jika mendaki pada waktu pagi kerana lebih terang berbanding waktu petang yang boleh dikatakan hampir hendak senja nanti.

Dijangka tiba di sana adalah pada jam 4 atau 5 pagi. Sempatlah mereka solat dan sarapan dahulu sebelum pergi mendaki.

Di dalam bas...

"Semua sudah ada?" Jerit Cikgu Hartini sebagai guru pengiring mereka.

"Ada cikgu!" Jawab si Bong atau nama sebenarnya Kevin Lee yang bertugas sebagai ketua kepada kumpulan pelajar itu.

Nama Bong itu diberi khas oleh beberapa rakan melayunya disebabkan satu peristiwa yang berlaku ketika mereka tingkatan dua. Ada sejarah sebenarnya. Tapi, pelajar chinese yang lain tetap memanggilnya dengan nama asal iaitu Kevin, namun nama Bong juga dianggap comel bagi mereka.

Perjalanan mereka pun bermula. Suara-suara yang ber-speaking sudah mula kedengaran. Katanya, Cikgu Nani hendak pelajar mereka melakukan dokumentari mengenai keseluruh perjalanan mereka dan akan ada satu pemenang untuk dokumentari tersebut. Dikatakan juga hadiahnya lumayan. Maka, sejak berkumpul di sekolah tadi, banyaklah flash camera yang terpasang dan masing-masing dah macam pengacara berita atau pemberita kerana kesemuanya berbahasa formal.

"Nana, apa yang aku dengar dari tadi ialah suara dak Nicholas je" kata Sha pada Nana. Nana hanya ketawa kecil sahaja.

Memang betul pun. Nicholas adalah salah seorang pelajar chinese yang cemerlang juga. Subjek English menjadi kegemarannya dan tak mustahillah dia boleh score dalam setiap mata pelajaran yang melibatkan penggunaan bahasa kedua itu. Namun, hanya satu sahaja subjek yang sedikit mencacatkan slip resultnya dalam setiap peperiksaan, iaitu subjek bahasa cina.

Walaupun dia dikategorikan sebagai pelajar cina, namun dia susah hendak mendapat markah yang tinggi dalam subjek tersebut walhal subjek bahasa melayu boleh sahaja dia target tinggi. Bukan dia sahaja, malah subjek tersebut juga menjadi masalah kepada hampir setengah pelajar chinese di dalam sekolah mereka.

Jam sudah menunjukkan pukul dua tiga puluh minit, Nana dan Sha membuat keputusan untuk tidur manakala Maya dan Yan di kerusi sebelah pula bercadang hendak makan makanan yang baru dimasaknya pagi tadi. Semakin lama, bunyi suara pun kurang kedengaran. Akhirnya, kesemua pelajar tersebut tidur dengan lena.

Tettt tetetet... tettt tetetet...

Bunyi alarm handphonenya kedengaran. Nana bingkas bangun. dengan pantas dia mengambil tisu basah dalam begnya lalu disapu kemuka agar berasa sedikit fresh. Jam sudah menunjukkan pukul empat tiga puluh minit pagi. Satu persatu pelajar yang tersedar. kata Cikgu Hartini, mereka yang beragama Islam akan pergi solat subuh terlebih dahulu di masjid atau surau yang terdekat manakala pelajar non-Muslim pula akan berehat atau bersarapan di restauran yang berdekatan juga.

Nana memusingkan kepalanya menghadap pelajar yang duduk pada seat belakang. Tidak jauh, dua seat ke belakang tempat duduk Maya diisi oleh Minghao. Dia tertidur. Namun, wajahnya ditutup dengan kain kerana tidak mahu ada yang melihat wajah tidak senonoh itu. Nana kecewa, namun pandangannya beralih kepada rakan Minghao disebelahnya.

Wajahnya sungguh comal tatkala rambutnya hampir menutupi matanya dan bibirnya agak sedikit terbuka. Puas betul Nana merenung wajahnya berkali-kali sampai renungannya itu mendapat perhatian daripada Maya.

"Nana! Tengok siapa tu~?" Soal Maya sambil tersenyum dengan muka yang agak creepy.

"Ehh tengok siapa pulak? Mane ade aku tengok sesiapa?!" Jawab Nana sedikit nervous. Takut-takut wanita berbahaya itu tahu akan rahsianya.

"Eleh! Habis yang tenung je seat belakang tu? Kau tenung siapa?" Balas Maya lagi tidak mahu kalah.

"Ak.. aku tengok dak Zul! Muka dia tidur lawak! nak gelak pun ada" sambil menunjuk-nunjuk kearah Zul yang pada ketika itu dalam keadaan separuh sedar dengan mulutnya yang ternganga.

"Woah, Nana kau tengok muka hodoh orang je eh!" Jerit Zul agak kuat di seat paling belakang membuatkan Nana ketawa terbahak-bahak.

Mereka semua keluar dari bas setelah tiba di tempat persinggahan untuk berehat dan solat. Mereka berpecah seperti yang dikatakan oleh Cikgu Hartini. Mereka memasuki perkarangan surau tersebut. Luas dan bersih.

Namun, azan belum berkumandang. Mereka yang sudah berwuduq dan memakai telekung berbaring sebentar di atas lantai beralaskan karpet empuk. Sesudah sahaja solat subuh, mereka keluar mencari restauran berdekatan untuk bersarapan.

"Nana.. kau nak makan ke? Aku rase malaslah nak makan benda berat ni. Pepagi lagi kot. Nanti aku rase nak terbuang" kata Sha sambil mencebikkan mulutnya melihat Nana.

"Haah. Aku pun sebenarnya malas gak nak makan nasi ni. Kita semua order set sarapan je lah okay?" Cadang Nana dan mendapat persetujuan dari keenam orang rakannya.

Secara tidak langsung kumpulan kecil mereka menjadi ramai disebabkan kehadiran Amira dan Fara dari kelas 5 Berjaya yaag sebelum ini memang ahli tetap kumpulan mereka sejak tingkatan 3. Oleh kerana keputusan PMR yang agak berbeza dan kelas tingkatan 4 dipilih mengikut pilihan masing-masing serta merujuk kepada result yang diperoleh, mereka dipisahkan jua.

Nana ditinggalkan berseorangan dimeja memandang Maya dan Sha pergi order makanan dan selebihnya pula ke tandas. ketika itulah situasinya bertambah menarik.

"And we have Siti Adriana here!" Jerit seorang lelaki yang terlebih teruja. Lelaki itu kemudiannya melabuhkan punggung disebelahnya.

Hal ini menjadikan jantung gadis itu hampir nak pecah.

"Okay Nana, what's your menu for today's breakfast?" Soal lelaki itu sambil memandangnya.

"Just a set of breakfast which is bread with kaya and hot milo" balas Nana tidak mahu lama menatap wajah lelaki itu.

"So simple lah wei.. Why dont you eat nasi lemak or nasi campur like Zul? you see, he look so satisfied there" katanya lagi sambil menunjuk kearah Zul dan rakannya yang melantak sepinggan penuh nasi dan bermacam lauk itu.

"Aiyaa...! that boy are incredible hulk you know. I dont know how his stomach is actually working but he can eat Nasi Lemak with Ayam Masak Merah and a bowl of soup plus fruit salad and milo shake in one times" kata Nana lagi lantas membuatkan kedua orang lelaki itu ketawa.

"Woah, i dont know Zul is that power when it comes to food. But you also need to eat more okay? You should  be healty because we need to go for hiking today. Are you ready for the hiking Nana?"

"Yes! I'm ready!"

"Haha okaylah. We see you later. I need to go right now. Bye~" kata lelaki itu kemudian melambai kearah Nana.

Nana melambainya semula. Dia mula tersenyum seorang.

'Haihh Minghao. Bising jugak mulut kau ni kan' Ngomel Nana seorang.

*semakin lama, bukan perbualan itu yang dirakamnya. Wajah malu gadis itu direnungnya lama. Padanya itu sungguh comel*

Aku Ada CrushWhere stories live. Discover now