Part 20

879 51 2
                                    

Setelah mendaki bukit Berhulu Jempol, masing-masing mula berasa haus dan lapar kerana banyak tenaga telah digunakan ketika mendaki. Cikgu Nani mula membariskan kesemua pelajar untuk menangkap gambar dan seterusnya menyuruh kesemua pelajarnya untuk berhenti berehat sebentar sebelum memulakan perjalanan.

Mereka dilepaskan untuk pergi berjalan-jalan, mana tahu kalau-kalau ada yang hendak menangkap gambar buat kenangan ka. Nana dan yang lain mula mencari tempat sesuai untuk duduk. Masing-masing mula bercerita mengenai pemandangan cantik ketika berada diatas tadi. Selain itu, mereka juga mengeluh penat kerana mendaki gunung yang bersudut 45° itu.

Nana mengeluarkan botol air serta sedikit jajan yang dibawanya tadi. Mereka berteduh sebentar dibawah pokok yang betul-betul besar dan redup. Berada dikawasan yang senyap dan nyaman bersama dengan rakan-rakan tanpa sesiapapun disekeliling, tambahan pula banyak cerita-cerita menarik yang ingin dikongsi menjadi sesuatu yang sememang Nana idamkan selama ini. Kameranya dikeluarkan semula. Tiba-tiba cuaca yang redup menjadi cerah dengan serta merta.

Entah kenape agaknya keadaan yang tenang tadi menjadi satu situasi yang mendebarkan buat Nana. Angin bertiup sedikit kuat. Sinar matahari mula menyuluh bumi, namun Nana hanya buat endah tak endah sahaja. Dia seperti perasan akan sesuatu,namun dia teruskan saja berbual dengan gadis-gadis jemah itu.

"guys! Tinggal lagi 15 minit! Cepat kemas semua sampah-sampah korang tu. Kita buat sekali khidmat masyarakat kat sini" jerit Maya. Yang lain menganggukkan sahaja.

Masing-masing mula mengutip sampah di atas tanah. Si Johan yang turut mengikuti pendakian itu mula mengambil gambar rakan-rakannya sebagai bukti untuk kerja khidmat masyarakat mereka. Akan tetapi, bukan sampah yang berat-berat diangkutnya, setakat plastik kosong dan tin sahaja. Sisa-sisa makanan yang terjatuh atas lantai atau atas tanah dan sudah dihurung lalat tidak pula diangkatnya.

"okay guys! kita akan singgah di kem berhulu jempol sebentar untuk mandi dan tukar pakaian. Ingat, sampai sana nanti jangan nakal-nakal ya kawan-kawan?". Kata Johan lagi. Yang lain menurutkan sahaja.

Mereka semua berjalan dengan tenang, mengikut jalan yang sudah ditetapkan. Perjalanan tidaklah jauh lagi, namun Nana masih berfikir dia tidak mampu hendak mengawal pergerakannya. Dia sering berasa pening jika berada dibawah panas terik matahari dengan lama. Bukan hendak menggedik, tapi sudah lumrah hidupnya. Dia berhenti sebentar di tepi jalan, membiarkan yang lain meneruskan perjalanan mereka.

Setelah puas berehat, dia sambung berjalan lagi. Dengan keadaan panas yang semakin terik,tambah pula ketika itu tengahari semakin menjelma. Beg yang disandangnya pula agak berat menyebabkan Nana sekali lagi berhenti di separuh jalan. Yang lain dihadapan sudah tidak kelihatan.

'lantaklah,aku dah penat. Kepala aku da sakit ni. Biarlah diorang jalan dulu' ngomel Nana sesorang. Kejap-kejap dia memicit kepalanya. Berselang seli meneguk air mineral agar tidak terhidrasi. Sesungguhnya panas pada hari itu bukanlah kaleng-kaleng.

*tap tap tap*

Bunyi tapak kaki kedengaran.

"are you okay?". Kedengaran suara lelaki yang berbahasa inggeris berada disamping Nana. Walaupun dia tidak pasti samada soalan itu ditujukan kepadanya ataupun tidak, Nana menganggukkan sahaja.

"Can you walk?". Nana mengangguk lemah. Dia cuba bangun. Namun, gagal.

"c'mere. I'll bring you back" mendengar kata-kata lelaki itu membuatkan hati Nana lega kerana ada yang hendak membantunya. Nana mengangguk kepala, tak lama selepas itu dia dapat merasakan ada tangan yang menarik lengannya. Nana cepat-cepat menarik semula tangannya.

"Come with me or you will die alone here. Choose" daripada nada lelaki itu, Nana dapat rasakan yang dia sedang dimarahi. Nana pada akhirnya mengiyakan sahaja.



Ketika semua sudah berkumpul dibawah,

"Sha, yang kau tersengeh sesorang ni kenape? Seram aku lah" tanya Nana yang perasan akan perubahan terhadap rakannya itu.

"hehe tadi aku sempat ambil gambar dengan crush aku. Ahh gembiranya" kata Sha. Nana terkejut.

'seriouslah, dia da ambil tindakan awal dulu? Tak boleh jadi ni' bisik Nana dalam hati. Dia menoleh kebelakang. Kelihatan MingHao sedang rancak berborak dengan rakan dikerusi sebelahnya. Nana mencebik bibir.

"hhaa.. by the way, siapa mamat yang bawa kau turun tadi tu?" soal Sha sambil membuka erphone di telinganya.

"mamat tadi? Ouh.. mamat tadi. Entahlah. Dia tolong aku sebab aku penat ja tadi"

"kau tak tanya nama dia ka? Hensem kot" Nana tersenyum sinis.

"kau madang ja hensem. Dah lah, aku nak rehat. Malas nak layan kau. Penat ni, buang kalori" kata Nana lalu mendapat jelingan daripada Sha. Mereka mula membuat hal masing-masing.


"okay guys! Kita berhenti kat sini sebentar untuk tukar baju dan makan!" jerit si Johan lagi.

Nana bersama gengnya yang lain berlari mencari tandas dahulu. Bau badan yang agak busuk membuatkan mereka tak selesa untuk melantak sepiring nasi selepas ni.

"alamak... tandas dia tak banyaklah. Dah tu, penuh pulak tu" rungut Maya.

"ala.. kita tukar jela kat sini" kata Yan pula.

"ha'ah. tak payah nak demand sangat" sambung Sha.

"apa mau malu? Kita sama-sama perempuan jugak kan?" kata Nana dengan sedikit kuat menarik perhatian Alicia yang berada disebelah kanannya.

"iya loh. Mau malu apa? pakai sajalah" sahut wanita berkulit putih pucat itu. Nana tersenyum saja.

Setelah berusaha menukar baju dalam keadaan yang tidak selesa, akhirnya empat orang gadis itu berjaya keluar dari tempat tersebut.

"jom makan. Aku lapar lah" ajak Maya.

"eh, jom lah. Macam aku kenyang pulak?" usik Nana lalu mendapat cubitan berbisa dari Maya.

Mereka berjalan ke sebuah gerai yang agak ramai pengunjungnya. Maya, Sha dan Yan mula teragak-agak hendak memilih tapi Nana pula sudah mencapai sepinggan nasi dan seketul ayam masak merah. Dia melambai puas kepada ketiga wanita yang masih belum membuat keputusan untuk memilih makanan. Nasi diletakkan di atas meja bernombor 20. Nana beredar ke sinki di sudut kedai tersebut untuk membasuh tangan.

Ketika dia mula menyentuh paip itu, tangannya bertindih bersama satu lagi tangan yang agak sedikit kasar dan besar. Lantas kedua-duanya menarik tangan masing-masing.

"sorry, you go first" ucap lelaki itu sambil melangkah sedikit kebelakang.

"thanks" balas Nana ringkas. Otaknya mula memikirkan sesuatu.

"oh, you! You are the guy yang tolong saya masa turun gunung pagi tadi kan?" soal Nana sambil jarinya menunding tepat ke wajah lelaki itu.

"Ya, saya"

"Thank you so much! I'm sorry sebab lupa nak ucap terima kasih kat you. I really appreciate that". Nana mula membebel merepek entah apa dalam bahasa inggeris. Mungkin melihat gadis itu cemas tak tentu hala membuatkan lelaki itu tersengeh dan cuba memberhentikannya.

"No, no. It's okay tho. I didn't mind about it. Don't worry" kata lelaki itu sambil tersenyum cuma.

"Huhu alright. I've got to go right now. Bye!" Nana pula yang melangkah sedikit kebelakang untuk memberi ruang kepada lelaki itu membasuh tangan. Ketika Nana selangkah kehadapan, dia berhenti sebentar dan menoleh kebelakang.

"oh, can i know your name?" soal Nana. Lelaki itu menoleh sedikit, membiarkan tubuhnya tetap menghadap ke depan.

"Andy" balasnya ringkas.

"oh, okay Andy. Bye, see you later". Dari jauh Nana terdengar suara halus lelaki itu membalas.

"bye, Nana"

Sesampai dimeja. Mereka semua sudah menunggu untuk menjamah bersama. Ketika Nana menjamah nasi bersama ayam masak merah itu, dalam suapan pertama Nana terfikirkan mengenai Andy.

Nana tersenyum saja. Dalam suapan kedua, Nana teringat kata-kata terakhir lelaki itu tadi.

"bye, Nana"

Sekejap.. Macam mana dia tahu nama aku?!

Aku Ada CrushWhere stories live. Discover now