Part 9

1K 76 2
                                    

Keesokkannya , Nana datang ke sekolah dengan lemah gemalai . Dia berjalan sambil wajahnya tunduk ke bawah . Sambil memandang kaki sendiri berjalan dia tidak berani hendak mengangkat wajahnya takut-takut lelaki berkulit putih itu nampak . Dia mengeluh di pagi hari .

Tiba-tiba datang si Sha yang sibuk kehulur dan kehilir . Entah apa yang dicarinya pun Nana tak tahu . Kusut die memandang rakannya seorang ini . Dia menghampiri gadis yang tidak tentu arah itu .

" kau dah kenape Sha ? Kusut je aku tengok pepagi ni ? " soal Nana sambil melabuhkan punggungnya diatas kerusi merah jambu didepan makmal tersebut .

Sha yang mendengar suara rakan karibnya itu pantas menghampiri gadis itu .

" Nana ! Aku punye borang pendaftaran SPM tertinggal kat rumah . Macam mana ni ? " cerita Sha dengan cemas .

" kau ni lalai betul . Semalam aku dah message kau kan , suruh masukkan borang tu awal-awal dalam beg . Kau tak masukkan ke ? "

" alahaiii . Aku tak tengok phone ! Serious aku lupe wehhh .. Macam mana ni ?! "

" hah tu la kau . Macam orang tua . Tu lupe , ni lupe . macam mana nak khawin nanti ? Asyik-asyik lupe je . Lain kali tengoklah phone . Selalunya kaulah jaguh memegang phone paling lame mencatat rekod 24 jam " bebel Nana panjang . Sha menjeling Nana dengan lame .

" tak membantu langsung kau ni " kata Sha sambil memeluk tubuh .

" ye la . Kau nak aku buat apa lagi ? Kau tu careless sangat " kata Nana lagi membuatkan Sha hampir hendak mencubit pipi gebu gadis itu . Bunyi loceng bergema .

Pelajar-pelajar dikehendaki beratur didalam dewan . NAna masih terasa yang dia berada di sekolah rendah . Ahh , bilalah aku nak get out dari sini ? Getusnya lemah . Dia berdiri diposisi biasanya . Sempat menjeling lelaki chinese itu yang sedang asyik membaca buku .

' ulat buku betul dia ni . Mana-mana ade je buku kat tangan . Tak dan lah dia pandai . Kelas 5 Gemilang kot '

Perhimpunan bermula ......

" baiklah . Untuk pengunguman hari ini saya serahkan kepada Cikgu Tan "

Kesemua pelajar tingkatan 5 mula mengeluh panjang . Mikrofon diberi kepada cikgu lelaki cina yang hampir separuh abad tersebut .

" baiklah . Kelas tambahan akab bermula pada minggu hadapan . Jadualnya akan saya beri kepada guru tingkatan . Sekian "

Kesemua pelajar masuk ke kelas dengan lemah gemalai . Walaupun tujuannya baik , namun pelajar masih lagha dan tidak sedar akan kepentingan kelas tambahan tersebut . Kelas 5 cemerlang haru-biru seperti biase . Dengan suara si Johan yang bagaikan mak jemah itu sedang meminta perhatian tetapi tidak dilayan , dengan si Maisarah yang sibuk bercerita kepada rakan-rakan kpopersnya tentang drama korea bertajuk Kill Me Heal me di saluran OneHD semalam , dengan suara si geng akak-akak gangster yang terdiri daripada Kak Yong , Don dan si Taichi itu sedang memulakan mesyuarat mereka dimeja belakang , tak lupa juga kerenah tiga pelajar lelaki yang kerap ponteng kelas serta membuat bising dengan bermain sorok-sorok atau menconteng papan putih

Sememangnya mereka masih tidak matang lagi . Tiba-tiba si Yan masuk ke kelas dengan tergesa-gesa dan nervous . melihat tindakan Yan membuatkan kesemua pelajar duduk ditempat masing-masing dan pura-pura membaca buku yang sememangnya disediakan jika waktu-waktu , iaitu Cikgu sudah hampir tiba ke kelas .

Cikgu Hasnah masuk . Dia memerhatikan setiap pelajar dengan teliti . Tidak silapnya , dia mendengar suara-suara bising dari kelas itu . Tetapi apabila dia tiba , keadaan sebaliknya . Hmm mungkin kelas sebelah kot .

Dia meminta mereka semua untuk memghantar kerjarumah yang diberinya semalam . masing-masing memandang antara satu sama lain . Melihat pelajar tersebut lambat-lambat mengeluarkan buku menjadikan Cikgu Hasnah tersenyum perlahan .

" siapa tak siap lgi homework semalam ? " soalnya . Hampir kesemua pelajar mengangkat tangan kecuali pelajar-pelajar cina dimeja hadapan . Cikgu Hasnah mengeleng kepala .

" okay . Buka soalan semalam . Kita terus bincang kat sini je . Siapa tak faham atau still tak tahu lagi macam mana nak buat tanya segera . Nanti saya bagi homework , esok saya tahu dah siap sebab esok saya nak masuk tajuk baru "

Mendengar penjelasan Cikgu Hasnah membuatkan semua pelajar kelas 5 cemerlang gembira . Mereka takut akan didenda jika tidak siap . Sebaliknya , Cikgu Hasnah sangat penyabar orangnya , walaupun kekadang panas juga dengan perangai mereka , tetapi dia sering memberi ceramah pada awal waktu pelajarannya . Tidak kira pada pelajar melayu , cina atau india .

Baginya , mereka sama . Selalunya , ceramahnya yang paling menusuk kalbu pelajar-pelajar itu . Orang kata DEEP . MEreka berlajar seperti biasa .
Seorang wanita muda memasuki kelas tersebut . Dia meminta izin Cikgu Hasnah untuk membuat pengunguman .

"Sila hantar borang pendaftaran SPM sekarang" kata Cikgu muda itu . Masing-masing mengeluarkan borang tersebut .

Dengan tak semena-mena Sha menjerit kegembiraan . Rupa-rupanya borangnya terselit pada fail sejarah berwarna hitamnya . Dia terlupa bahawa dia yang menyelitkan borang tersebut disitu ketika dia sedang mengulang kaji subjek sejarah .

Nana yang terkejut itu hanya menggeleng kepala . Melihat kesemua pelajar memandang pelik , Sha cepat-cepat kembali seperti sedia kala lalu bangun dan pergi menghantar borang tersebut . Nana pula yang resah .

'Mana pulak aku letak borang aku ni ?'

Nana mencari merata-rata didalam begnya . Tetapi tidak jumpa . Dia hampir pengsan disitu . Belum sempat Cikgu muda itu keluar , dia bergegas kearah wanita tersebut .

"Cikgu! Cikgu!" Jeritnya . Wanita itu berpaling .

"Cikgu .. borang saya dah hilang . Boleh tak bagi saya masa nak isi balik ?" Nana memandang bawah takut kalau wanita itu memberi jelingan tajam kearahnya .

"Eh . Kamu dah hantar Nana"

Mendengar kata-kata wanita lebih tua daripadanya itu membuatkan dia hampir hendak memeluknya . Dia meminta diri dan terus ke meja bagi menyambung sesi pengajaran .

Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu . Borang tersebut dia baru dapat pada hari isnin lepas dan dia sudah siap isi pada hari selasa . Dan hari ini ialah hari khamis . Bila pula dia pergi hantar borang tersebut ? Nana semakin diselubungi perasaan ingin tahu .

Aku Ada CrushWhere stories live. Discover now