Part 10

946 69 0
                                    

"Serious?! Apa dah jadi? Kenape semua mende macam tak kena aje?" Nana mengomel seorang . Dia masih bingung dengan semua yang terjadi .

Kisah ketika dia pengsan dan mereka semua tidak tahu siapakah gerangan tersebut yang telah menolongnya , borang spmnya pulak sudah dihantar , barangnya pulak hilang dengan pantas . Eh ini boleh mendatangkan kecurigaan!

Fikir Nana seorang diri lagi . Dia termenung menghadap wajahnya dihadapan cermin rumahnya . Kadangkala wajahnya yang dia nampak , kadangkala wajah lelaki berkulit putih itu yang dia terbayang-bayang .

'Eh Mr.White , why you so charming?' Nana mula bercakap sesorang lagi didepan cermin . Dia terus bercakap dan bercakap sehinggalah ibunya menegur akan ketidakwarasan anaknya yang berlaku secara tiba-tiba itu .

Dia berhenti mengelamun dan terus keluar dari bilik untuk makan malam .

Sebaik sahaja tiba di pekarangan sekolah , Nana meninjau-ninjau bayang-bayang Sha disitu . Kata Sha pagi tadi , dia menyuruh Nana menunggunya di pintu pagar untuk menolongnya membawa sedikit barang .

Nana berdiri tegak disitu . Pelajar-pelajar SMK D sudah mula berpusu-pusu masuk dari pintu pagar . Nana melihat jam tangannya , jam sudah menunjukkan pukul 7.10 pagi . Nana mula risau . Kalau dia dan Sha lambat 10 minit lagi habislah dia bakal dimarahi oleh Cikgu Jamal aka si Pencipa Rekod terlama memegang Rotan disekolah mereka.

Nana yang ingin bergegas itu memandang kekiri kekanan. Badannya tak henti bergerak macam orang tak tahan nak buang air kecil. Dia melihat jam tangan miliknya.

"Dah pukul 7.20 dah ni. Lepas ni nak start dah perhimpunan" ngomel Nana seorang. Tiba-tiba dia terlihat seseorang.

Dari jauh, lelaki itu menghampiri pagar sekolah sambil cahaya matahari memancar sebagai latar belakangnya. Bunyi burung mula berkicauan. Entah kenape ketika itu hati dia mula berdegup kencang macam nak terkeluar dah.

Sekali lagi Nana cuba mengelakkan diri daripada lelaki berkulit putih itu memandangkan kes minggu lepas itu. Dia sepantas kilat memusing ke belakang. Dan entah macam mana Nana boleh terdengar ada suara yang sayu memanggilnya.

Lama kelamaan suara itu semakin kuat dan dia dapat kenal pasti suara siapakah itu.

"Nana! Nana! Nana! Wehh !"

'Tak guna betullah Sha ni' ngomel Nana lagi. Dia terpaksa berpaling kearah gadis kecil itu. Tetapi wajahnya masih menunduk memandang ke tanah.

Lelaki berkulit putih itu berjalan melintasi hadapannya. Sha menghampirinya.

"Kau ni penat aku panggil! Pahal kau pandang sana? Ade pape ke?" Sha meminjau-ninjau kawasan yang dikatakan tadi.

Nana yang malas hendak layan, dia terus berjalan menaiki bukit untuk ke perhimpunan dan meninggalkan rakannya dibelakang.

"Nana. Aku nak citer ni"

"humm. Amende?"

"Sebenarnye kan,, ala malu dohh" Nana menjeling

"Okay2. Aku tetibe minat kat sorang mamat ni aw. Tapi minat je ek! Bukan suke ke cinte ke ape tau!" Nana yang mendengar kata-kata Sha itu hampir ingin ketawa.
Setahu die, Sha yang paling memilih dan tidak suke dengan budak lelaki kat sekolah ni.

"Seriously? Sape laki yang "bertuah" tu?" Soal Nana menahan ketawa.

"Mmm.. aku tak tau la name die. Ehh malas la nak cakap lagi. Malu siyoot" kata Sha.

Nana hanya menganggukkan saja.

Setiba didewan sekolah, mereka berkumpul untuk perhimpunan mini. Nana dan Sha mengambil tempat. Tiba-tiba Sha menarik-narik lengan Nana dengan kuat. Nana yang terkejut badak tu menarik semula tangannya yang hampir hendak tercabut itu.

"Kau ni dah kenape?"

"Kau tengok tu! Tu bukan ke budak laki yang pindah SMK E tu? Ape die buat kat sini?"

Sha menunjuk-nunjuk tubuh lelaki yang berada hampir dengan guru-guru dibarisan hadapan perhimpunan itu. Nana memandang lama. Sekejap dia nampak, sekejap tidak. Dia mengambil keputusan untuk memakai cermin mata hitamnya.

"Ya Allah! Budak laki tu!" Barulah Nana dapat sama-sama terkejut badak dengan Sha. Kalau tidak, memang dia blur je la kat situ. Nana sekali lagi menundukkan pandangannya.

Pelajar lelaki tersebut ialah pelajar kacukan malay+australia yang bernama, Muhammad Mikael Asyraf. Dia merupakan pelajar kebanggaan guru-guru disekolah SMK D itu. Kecermelangannya dalam setiap subjek terutama subjek math dan sains sangat mengagumkan penduduk didalam sekolah tersebut. Tambahan pula, dia sangat pandai dalam sukan Basketball sehingga pernah menjuarai kejohanan Bola Keranjang peringkat kebangsaan dan hampir memasuki peringkat antarabangsa.

Dia juga mendapat banyak tempat dihati gadis-gadis SMK D itu. Malangnya, setiap kali dia menerima bunga atau surat dari pelajar perempuan, lelaki kacukan itu hanya tersenyum sahaja tanpa berkata apa-apa.

Apa yang merisaukan Nana ialah kisah lalunya dengan lelaki tersebut. 2 tahun lepas, ketika Nana baru sahaja tingkatan 3 begitu juga dengan Mikael, Nana memegang jawatan sebagai pengawas sekolah. Ketika itulah, kisah silam yang pahit lagi menyedihkan bagi Nana ini bermula ....

Aku Ada CrushWhere stories live. Discover now