Part 15

1.1K 60 0
                                    

Hari demi hari berlalu. Sudah hampir sebulan Nana berkenalan dengan crush sendiri. Setiap minggu, dia akan menghadap wajah lelaki cina itu. Kekadang otaknya bukan berlajar pun, dok berangan tidak tentu hala. Walaupun begitu, dia masih berasa tergugat dengan kehadiran Hana si gadis cina berwajah lembut itu dan juga rakannya sendiri, si Sha.

Hari ni, Nana terpaksa mengulang kaji pelajaran berseorangan di pondok belakang makmal sekolah kerana MingHao tidak dapat hadir ke sekolah selama 3 hari. Minghao telah menyertai pertandingan robotik di salah sebuah sekolah terkenal di Kedah bersama dengan beberapa lagi rakan cinanya serta dua orang guru pengiring.

Nana mengemas barangnya yang berterabur diatas meja. Sebaik sahaja loceng berbunyi, kesemua budak kelasnya sudah laju keluar dari kelas. Tiga orang rakannya yang masih disitu menunggunya dengan penuh kesabaran.

"Eh? Korang kenape tak balik lagi?" Soal Nana sambil mengemas mejanya yang memang berselerak dengan buku nota, buku teks dan peralatan tulis serta set geometri yang digunakan ketika kelas matematik tambahan tadi.

"Lahai. Boleh lak tanye lagi. Tunggu kau lah" balas Sha.

"Haah. Kang tak tunggu nanti merajuk" kata Yan pula yang sedang sibuk menconteng papan putih.

"Aduh aku lupalah nak bagitahu korang. Aku ada study group dengan Cikgu Shyda hari ni"

"Laa.. yeke. Kau ni memanglah. Kenape tak cakap awal-awal? Aku dah lah nak kejar bas ni" rungut Sha sambil mencekak pinggang.

"Sorrylah wei. Aku memang lupe. Korang pergilah cepat. Nanti tertinggal bas pulak. Aku taknak rasa sebersalah nanti" kata Nana pula sambil tersengeh cuma.

Mereka pun bersiap untuk pulang dahulu. Tiba-tiba Maya datang mendekati Nana ketika Sha dan Yan sudah pun keluar dari kelas.

"Semoga bergembira dengan crush tersayang" kata Maya sambil menepuk bahu Nana perlahan. Maya keluar dari kelas dengan segera sebelum sempat si Nana ingin bertanyakan sesuatu kepadanya.

'Mana dia tahu ni? Yang aku ada crush? Setahu aku.. aku tak ade pulak citer kat orang lain' Nana mula monolog bersendirian.

Nana pun segera meninggalkan kelasnya. Dia berjalan menghampiri tangga yang panjang itu. Dia terhenti sebentar.

'Haih. Kenapelah pihak sekolah buat tangga pepanjang dan curam macam ni? Tahu tak bahaya untuk pelajar? Lelagi pelajar yang bawak banyak buku serta beg berat macam aku ni. Kalau hari-hari macam ni, kurus aku nak kena naik turun tangga' ngomel Nana.

Dia terpaksa juga mengharungi tangga tersebut. Hanya itulah laluan yang paling dekat dengan tempat dia mengulang kaji pelajaran bersama dengan Cikgu Shyda nanti. Dia menuruni tangga itu dengan melangkah satu per satu. Lagi sepuluh anak tangga, Nana hampir sampai ke tanah rata.

Sesampai ditangga paling bawah, dia melihat dipondok kecil. Tempatnya mengulang kaji bersama Cikgu Shyda dan Minghao diisi seorang jejaka yang sedang duduk disitu. Berkerut dahi Nana. Setahu dia, Minghao sudah berangkat ke Kedah pagi tadi. Takkanlah itu dia pula. Nana menghampiri susuk tubuh itu.

'Ehem' dehem Nana kecil, namun masih didengari lelaki itu. Dia menoleh kebelakang.

"Maaf. Tapi ni tempat saya dan Cikgu..."

Belum pun sempat Nana habis bicara, lelaki itu segera mengemas buku dan begnya. Dia berlalu disitu tanpa sedikit pun menegur Nana.

"Eeehh mamat ni. Sombong gile. Kalau ye pun, cakaplah something. Ni terus blah je..." ngomel Nana sesorang.

Cikgu Shyda pun datang. Mereka teruskan pembelajaran mereka seperti biasa tanpa Minghao.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 4 petang, pada asalnya Nana mahu meneruskan kelas sehingga jam 5. Akan tetapi, Cikgu Shyda pula ada hal yang hendak diuruskan. Maklumlah, sudah nama cikgu. Pasti banyak kerja yang menunggunya dipejabat itu nanti.

Nana pun berjalan perlahan menuruni bukit. Cuaca ketika itu panas sekali. Hendak sahaja dia berfreehair disitu. Seperti biasa, buku tebal subjek kimia itu menjadi atap kecil bagi menutupi mukanya daripada terkena panas. Wajahnya hampir dibasahi peluh.

"Humm... apalah Minghao tengah buat sekarang?"

"ehh aku ni. Mestilah dia tengah ada game sekarang"

"Tapi... takkanlah game die time petang-petang ni?"

"Alaaah... dalam dewan kot. Ade aircond. Bukannya dok tengah padang tu.."

"Hummm..."

Sudah seperti orang gila saja Nana dibuatnya. Maklumlah, tengah panas. Barangkali kepalanya tidak mampu menahan suhu katulistiwa ini. (Huhu)

"Ehh Nana!"

Suara yang biasa kedengaran. Malangnya, bukan mood baik Nana sekarang untuk menoleh kebelakang dan berkata "ehhh Peah!" "Ehh.. Afik!" " kau tak balik lagi?" "Kau buat apa stay kat sekolah?"

"Weh mak cik! Aku panggil kau buat derk jeee!" Marah Zul sambil mencekak pinggang memandang Nana.

"Panas lah weh. Tak de mood aku nak pusing-pusing ni" jelas Nana. Masih memegang 'atap kecil' nya itu dengan kukuh.

"alahai. Panas sikit je. Bukannya panas macam kat Africa tu. Baru panas sikit dah bising. Macam mana kalau panas kat akhirat nanti? Sebagai seorang manu-"

"Ye .. ye... ustaz Mohammad Zulkarnain Ariffin. Saya mengerti itu...~" celah Nana secepat yang mungkin.

Zul membuat muka. Nana sememangnya tahu bahawa Zul memang suka berceramah dengannya. Tidak dengan orang lain. Hanya Nana.

"Habislah aku" Zul memulakan perbualan.

"Kenape?"

"Kan Cikgu Shuhada kate tadi. Esok die nak kutip kad peminjaman buku dan buku nilam kita"

"So?"

"Yela.. masalahnya buku nilam aku tu 2 muka surat je berisi. Yang lain bersih dan suci. faham tak?"

"Hah.. tu la kau. Tahu ceramah orang je. Meh sini aku ceramah kau pulak. lain kali orang suruh bace buku kat library, bace. Bukan main bingo. Bukan main nama negeri, faham?"

Zul mula mencebik bibir. Akhirnya, dia tersenyum kecil dengan perbuatannya itu.

"Alaa.. kau tahu kan. Aku tak suka membaca"

"Eee.. otak je pandai. Profesor. Tapi suruh bace,malas!"

"Aku ni otak kira-kira. Takat maths, addmaths, kira formula kimia and fizik tu okaylah. Bukan macam dak Sew Ming tu. Otak sejarah" tegas Zul lagi. Nana hanya mengerling tajam.

"Tengok aku. Buku nilam aku tu bolehlah tambah lagi satu. Penuh dengan tajuk-tajuk buku yang aku dah bace tau-"

"Haaa.. bace lah sangat. Hari tu aku nampak kau dengan dak Maya salin je tajuk dengan sinopsis kat belakang buku. Ape? Kau nak cakap ape sekarang?"

Nana hanya tersengeh cuma, namun dia berusaha untuk memujuk Zul supaya tidak memberitahu orang lain.

"Aku tulis sikit je eh. Dua buku je.. eleh... kad aku pun..."

Nana berfikir sesuatu. Dia mengeluarkan purse miliknya. Dia mencari sesuatu.

"Dah kenape dengan kau?"

"Kad.. kad aku..."

Aku Ada CrushWhere stories live. Discover now