part 7

1.1K 74 3
                                    

Hari ini adalah hari penentu bagi semua rumah sukan . Sama ada rumah sukan Biru , Merah , Kuning ataupun Hijau yang menang . Kesemua pelajar bersorak teruja dn bersemangat bagi menyumbangkan tenaga mereka untuk kemenangan rumah masing-masing .

NAna berada di rumah Biru manakala Sha dan Yan berada di rumah Kuning , dan Maya pula berada dirumah merah . Masing-masing teruja untuk mengetahui rumah manakah yaag bakal bergelar juara rumah sukan terbaik tahun ini . Sudah menjadi kebiasaan bagi rumah biru yang kini sudah bergelar juara selama 3 tahun berturut .

Berterima kasih kepada senior-senior yang berusaha keras untuk menaikkan nama rumah biru sehingga menjadi juara 3 kali berturut-turut . acara lompat jauh , lari berpagar , lari 400 meter , 800 meter dan 1200 meter dan acara menarik yang lain sudah pun selesai . Kini hanya tinggal acara lompat tinggi dan tarik tali sahaja .

Kini acara lompat tinggi dimulakan dahulu . Rumah hijau mendahului rumah merah apabila si Raja anak lelaki Rames berjaya melepasi palang tanpa jatuh . meninggalkan David yang telah pun tersingkir kerana tidak berjaya mendapatkan mata bagi rumah sukan merahnya .

Kini tiba masanya rumah kuning melawan rumah biru . Malangnya , nasib tidak menyebelahi rumah kuning apabila Syarif tidak berjaya mendapatkan mata bagi rumah sukannya kerana kakinya terlanggar palang lalu terjatuh diatas tilam yang disediakan . Tiba untuk peserta rumah biru . Nana memerhatikan jaguh rumahnya .

Sekejap dia mengecilkan pandangan , sekejap dia membesarkan pandangannya melihat peserta yang bakal melompat itu nanti . Dia memerhatikan dengan khusyuk .

' itu .... '

Ya . Lelaki yang bersedia untuk melompat itu adalah lelaki pujaan hatinya yang bergelar crush ! Oh tidak ! Dia nampak sangat manly !

Wisel ditiup . LElaki itu mula berlari perlahan dan kemudian memecut sekuat hati apabila berada hampir dengan palang tersebut . Lantas dia melompat dengan yakin dan tampan . Nana hampir menjerit keseronokan disitu . Dia tidak sangka bahawa dia akan dapat melihat saat-saat kebahagiaannya ketika ini . Namun, Nana hanya mampu menutup mulutnya dan berdiri kaku .

Perlawanan akhir apabila rumah kuning menentang rumah biru dalam acara tarik tali . Rumah biru telah pun memenangi acara lompat tinggi sebentar tadi dengan lompatan mengejutkan oleh seorang lagi pelajar kebanggaan sekolah iaitu Aiman . Dalam acara tarik tali rumah merah menentang rumah hijau pula dengan mudahnya rumah hijau tewas kepada pihak lawannya yang hampir kesemuanya berbadan besar itu .

Kemudian rumah merah menetang biru dan tewas juga akhirnya . Rumah kuning menentang rumah hijau , masih juga rumah kuning mendahului kemenangan ini . Kini kedua rumah yang sama hebat bertanding bagi merebut gelaran rumah sukan terbaik tahun ini . Nana yang tiada pilihan lain selain menyertai acara tersebut berdiri ditengah antara Mona , pelajar kelas 5 terbilang yang sangat montel dan gebu itu juga Daya , pelajar berbadan besar serta sasa sehingga mampu menjatuhkan 2 pelajar lelaki sekali gus ketika cuba merebut roti sosej dikantin baru-baru ini .

Hanya Nana seorang sahaja pelajar perempuan yang berbadan kecil molek disitu sementara didepan dan dibelakangnya kebanyakan pelajar perempuan berbadan montel . Bagi Nana , ini adalah peluang terbaik bagi rumah sukannya untuk menang dengan mudah . Tetapi melihat sahaja peserta-peserta rumah kuning juga melemahkan semangat Nana untuk menang .

BUkan hampir , malah kesemua mereka adalah pelajar berbadan besar . Mia dari kelas 5 berjaya tidak kurang sama badannya dengan Mona . Rina dari kelas 5 terbaik hampir mengalahkan Daya besarnya . Sesungguhnya Nana takut kalau-kalau jika mereka terjatuh nanti , dia bakal dihempap pelajar montel dihadapannya ini . Akibatnya boleh lebam seminggu .

Wisel ditiup . NAna berusaha menarik dengan sekuat hati . akan tetapi , dia pula terasa ditarik-tarik kehadapan kebelakang . Dia juga tidak mampu menyeimbangkan badannya .

" Nana ! Tarik lah kuat sikit ! " marah Daya dibelakangnya yang sudah pun kemerah-merahan wajahnya menahan tali yang ditariknya.

Nana hanya mengerling tajam . Ialah , dia sudah berusaha juga . Dan dia juga paling kecil disitu , sudah pasti tidak memberi apa-apa kesan walaupun Nana cuba menarik dengan lebih kuat . Dengan tiba-tiba , peserta-peserta rumah biru terjatuh kebelakang termasuk Nana .

Seperti yang dijangka , Nana sudah pun dihempap pelajar gergasi si Mona itu . Siapakah yang menang ? Rumah kuningkah ?

" kemenangan milik ... rumah Biru !! "

Sebaik sahaja diumumkan bahawa rumah biru adalah pemenang bagi acara tersebut , Maya serta pelajar lain berlari kearah peserta rumah biru untuk meraih kemenangan mereka . Nana ditarik bangun dan dipeluk sekuat hati oleh rakan-rakannya . Walaupun Nana berasa sesak nafas , dia gembira dengan kemenangannya .

Maya menghulurkan sebotol air mineral kepada Nana yang sedang sibuk mengikat tali kasutnya dimeja merah jambu berdekatan dengan kooperasi sekolah mereka . Nana yang perasan dengan niat baik rakannya itu mengambil botol tersebut sambil tersenyum berlagak . Maya duduk disebelahnya tetapi matanya langsung tidak bertemu dengan gadis yang sememangnya tersengih kegembiraan itu .

Namun , mata mereka tetap bertemu juga secara tidak sengaja .

" okay ! Yela yela .. aku tau lah rumah kau dah menang .. tak perlulah nak senyum2 tersengih2 macam kerang busuk kat aku " kata Maya sambil memanjangkan lagi muncung dihujung bibir merahnya itu .

" hahaha hari tu kau yang nak sangatkan deal dengan aku . C'mon lah weh . Dah tiga tahun berturut2 rumah kitorang menang . Tak mungkin ade rumah lain yang dapat kalahkan kitorang " kata Nana sambil tersenm sinis . Maya hanya menjeling sakit hati .

" habis tu . Kau nak aku buat ape ni?" Soal Maya dengan lemah . Sememmangnya menjadi lumrah persahabatan mereka apabila mereka mengadakan sesuatu perjanjian,  pasti akan ada hukuman untuk yang kalah . Dan hukumannya akan diberi oleh si pemenang . Dah tu , tak mungkin si Nana ni nak bagi hukuman yang senang2 . Kekekekekeeeeeeeeee
Nana ketawa kecil .

" mmmmmm ... nanti aku cakap kay ? Buat masa ni .. aku tak de ape2 request nak mintak kat kau " kata Nana lalu mengalas beg hitam Timberland-nya dan menarik tangan rakannya itu sehingga bangun dari kerusi .

"Dah . Jom kita balik ! "

Maya tersenyum tetapi masih risau memikirkan hukuman yang akan diberi Nana . Takut2 hukuman itu terlalu ekstrem untuknya . Dia bersilang tangan dengan Nana sebagai tanda persahabatan yang erat . Memang lumrah persahabatan perempuan pun kan? CUbe cakap sape yang tak pernah buat macam ni ? Uishh memang tak sweet lah korang ni

Budak sekolah SMK D berpusu2 keluar dari pintu gate sekolah . Nana serta rakan2nya berjalan dengan penuh kegembiraan mereka sambil bercerita semula mengenai pertandingan yang baru diadakan tadi . Namun , disebalik perjalanan mereka yang begitu bising dan meriah terdapat kelekaan si dia yang sibuk memerhatikan kerancakan gadis itu bercerita . Kakinya mengikut setiap langkahnya berjalan . Namun , dia hilang setiba di sebuah jalan bersimpang empat .

Aku Ada CrushWhere stories live. Discover now