part 6

1.1K 81 1
                                    

Nana masih termenung bingung memikirkan hal semalam yang masih menjadi tanda tanya kepadanya . Dia duduk melamun dikerusi merah jambu yang sememangnya disediakan untuk pelajar-pelajar duduk berehat atau mengulang kaji pelajaran .

Bagi Nana pula , kerusi itu hanya untuk dia melabuhkan punggung kerana penat berjalan dari bilik komputer ke perpustakaan , lalu terpaksa menapak ke bilik komputer semula . Meja pula tempat untuk meletakkan barang-barang dan beg yang dibawa dan digalas tadi .

" Nana , kau nak masuk aktiviti apa untuk acara sukan yang akan datang ? " soal Maya yang tiba-tiba muncul dari belakangnya .

" acara sukan ? Alaaa malasnya . Aktiviti apa je yang kosong lagi ? Pastikan tak susah ea " kata Nana dengan muka malas .

" setakat ni . Aktiviti tarik tali , lumba lari 400 meter , lompat jauh dan lompat berpagar " jelas Maya sambil membacakan senarai aktiviti sukan dikertas yang dipegangnya .

Nana mengeluh panjang mendengar senarai sukan tersebut . Dia terlentok dimeja .

" tarik tali ...... " kata Nana perlahan .

seperti yang dijangka Maya sejak awal . Nana akan menyertai sukan tarik tali saja berbanding yang lain . Ini kerana Nana tidak begitu suka dengan aktiviti sukan .

Dengan menulis nama Nana , Maya sedia untuk beredar mencari peserta-peserta lain .

Petang itu , Nana mengambil keputusan untuk mengulang kaji pelajaran Addmath bersama Zul di sekolah . Lokasinya ialah pondok kecil bersebelahan dengan gelanggang badminton . Antara barang-barang yang perlu dibawa ialah buku mengulang kaji , pencilbox , sedikit makanan seperti buah-buahan dan roti yang dibeli di kooperasi mesra sekolah , juga bersama mp3 serta earphone .

Ini kerana takut-takut kalau suasana menjadi bosan dan mp3 akan sentiasa menceriakan mereka . Bak kata Nana , hidupku separuh music !

" okay Nana , kita repeat tajuk vector yang cikgu ajar tadi " Zul yang sememang pakar dalam subjek itu sudah bersedia dengan terujanya untuk mengulang kaji subjek kegemarannya .

Nana mengikut jejaknya dengan membuka buku latihan setebal seinci itu , juga beberapa buku nota . Kalkulator tersedia di tengah meja .

Mereka mula membincangkan beberapa soalan serta cara-cara menjawabnya .

Nana sudah mula menggaru kepala sebaik sahaja Zul mengeluarkan formula-formula yang tersedia di memori otaknya . Setengah jam berlalu , Nana meminta izin Zul untuk berehat sebentar . Zul hanya mengangguk tanda memberi izin buat rakan sekelasnya itu .

Zul memang sudah tahu benar perangai Nana yang mudah bosan belajar Addmath . Tapi kalau subjek kegemarannya seni , pasti teruja sehingga tidak ingat dunia .

Nana membuka coklat cadbury yang sememangnya wajar ada ketika belajar . Dia menggigit satu bar kemudian memberi selebihnya kepada Zul .

Hubungannya dengan Zul sejak sekolah rendah sememangnya akrab sehingga apa yang Zul makan , Nana juga akan makan . Apa yang Nana makan , Zul juga akan makan . Pokok pangkalnya , boleh dianggap sebagai adik beradik betul .

Sementara mengunyah coklat , matanya tiba-tiba berhenti dilokasi gelanggang badminton . Terdapat jurulatih, cikgu Amad disitu . juga beberapa orang anak didiknya disana sedang berlatih .

Matanya menatap susuk tubuh seorang lelaki yang tidak asing lagi baginya .

' jadi , dia anak didik cikgu Amad ' bisik Nana .

Nana terus memerhatikan lelaki yang menarik perhatiannya sekian lama itu . Lelaki berbangsa cina yang diperhatikannya itu berhenti berlatih badminton dengan tiba-tiba . Dia berjalan pantas ke kerusi rehat dan duduk lemah . Badannya berposisi menunduk dan tangan kanannya seperti mengurut sendiri belakang tubuhnya .

Nana pelik bercampur risau . Rakan-rakannya berkumpul kearahnya dan seperti menanyakan sesuatu . namun , dia menggeleng kepala sahaja . Jurulatih cikgu Amad menghampirinya . Dia menarik keatas baju lelaki itu .

Setelah meneliti agak lama , jurulatih cikgu Amad menyuruh dua orang rakannya untuk membantu dia beredar mungkin ke klinik ataupun rumah agaknya . Nana semakin keliru .

' dear crush , kenape dengan kau ? '

Aku Ada CrushWhere stories live. Discover now