part 4

1.1K 85 0
                                    

Sekali lagi pelajar SMK D tidak dibenarkan pulang awal . Ini kerana pada hari ini guru-guru sedang mengadakan aktiviti merentas desa . Seperti maraton macam itu lah . Kesemua pelajar diarahkan berlari keluar lalu dari sekolah dan mengikut bendera-bendera yang telah dilekatkan disetiap lokasi yang ditetapkan .

Dan seperti biasa , pelajar perempuan didahulukan terlebih dahulu . Ini kerana mereka lebih cepat berasa penat dan lemah berbanding pelajar lelaki yang berlari lebih laju . Wisel ditiup , kesemua pelajar perempuan mula berlari . Ada yang bersemangat dari awal tapi dipertengahannya sudah mula perlahan . Ada yang berlari perlahan terlebih dahulu kemudian pecut dengan pantas . Tapi tidak kepada sekumpulan pelajar perempuan gedik itu . Mereka hanya berjogging pada mula dan merengek sudah penat lelah seperti mak cik - mak cik . Kipas dan air botol sudah tersedia di tangan . Mereka mula mengipas-gipas muka mereka dek kerana kepanasan .

" penat lah weh . Berhenti sekejap " kata Maya , rakan-rakannya menurut .

" kau okay tak ? " tanya Nana kerisauan .

" okay . Just penat sikit je " katanya tidak ingin merisaukan rakan-rakanya . Mereka mula berjalan perlahan . Hampir setengah perjalanan , tiba-tiba sahaja Maya kembali dengan semangat berkobar-berkobarnya ingin menang tempat pertama . Bagi Sha dan Yan pula berlari hanya kerana ingin membakar lemaknya yang mula menunjukkan tanda-tanda ingin merebak .

Nana mengikut jejak mereka dibelakang . Panas matahari semakin terik . Kepala Nana sudah mula meragam . Matanya sudah mula kabur kerana asyik terkena silau matahari .

' ahhh penatnya . Kenape kepala aku ni ? Sakit semacam je ? ' rungut Nana seorang . Kakinya sudah mula melemah . Nana tersungkur di atas tanah rata itu . Beberapa pelajar berhenti untuk memberi pertolongan kepadanya .

Tetapi Nana menolak . Dia tidak mahu hanya kerana dia , pelajar lain terpaksa menunggunya dan tidak sempat untuk sampai ke titik penamat . Dia bangun dan mula berjalan dengan perlahan .

Tapi sakit kepalanya semakin menular . Dengan sinaran matahari semakin memanas , Nana kelihatan seperti tidak dapat bertahan lagi . Dengan penglihatan yang semakin kabur , dia tidak perasan bahawa ada longkang yang harus dia tempuh dihadapan . Sebagai balasan , dia hampir terjatuh didalam longkang tersebut .

Nasib menyebelahinya apabila dia terasa badannya seperti ringan dan terapung diudara . Badannya bertindak balas memberitahu ke otaknya bahawa terdapat sentuhan dibeberapa bahagian badannya . Dia cuba untuk memperjelaskan lagi penglihatannya . Tetapi , apa yang dia lihat ialah bayang-bayang hitamnya yang menutup sinaran matahari sambil memandang tepat kearahnya . Juga kedengaran erangan menahan kesakitan dari tubuh itu . Malangnya , Nana benar-benar tidak dapat melihat dengan jelas wajah manusia itu . Penglihatannya mula hitam .

Aku Ada CrushWhere stories live. Discover now