Babak 1

36 4 5
                                    


It's too late to run away
You started this game first

- drippin 2018

»»————-  ————-««



Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


" Jadi kau betul-betul nak luahkan perasaan kau hari ini? "

Jeno yang khusyuk membaca komik terhenti apabila melihat Mark memegang sejambak bunga ros merah bersama baby breath berwarna putih ditangannya.

Mark menghirup aroma ros yang kuat itu sambil tersengih. Dia mengangguk perlahan. Mengiyakan persoalan rakan baiknya itu.

" Waktu festival malam nanti? " Tangan Jaemin sibuk dengan permainan video di telefonnya, namun otaknya cepat menangkap situasi tersebut.

" Haah "

Mark tidak henti-henti tersengih. Dia teringat akan peristiwa yang berlaku beberapa minggu lalu.

" Come join us! " pelat inggeris Mark pekat apabila bercakap bahasa Inggeris. Ramai orang di taman kolej mengerumuni meja kayu yang selalunya dijadikan meja belajar dan meja lepak itu. Majoritinya gadis dan semuanya mahu mendaftar di Kelab Menulis Lirik yang ditubuhkan oleh Mark dan Taeyong.

" Sabar cik kak sekalian! "

Taeyong yang menguruskan meja itu pening kepala untuk melayan gadis-gadis tersebut. Kesemuanya datang dan mengambil kertas promosi yang dia sudah susun sebentar tadi. Kini kertas-kertas tersebut berantakan. Gadis -gadis itu tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai kelab yang diketuai oleh jejaka tampan di kolej. Siapa lagi kalau bukan Taeyong dan Mark!

" aktiviti menarik disediakan! " Mark tidak berada di meja itu. Sebaliknya dia berada di tempat pejalan kaki taman itu yang selalunya dilalui oleh orang yang berjogging dan bersiar-siar. Tangannya menghulurkan kertas kepada setiap orang yang melalui jalan itu. Malah ramai yang buat tak tahu kewujudannya.

" apa aku tidak setampan Taeyong sampai tak ada siapapun datang? " gumam Mark. Dia menghembuskan nafas dari mulut. Terbentuk asap nipis akibat cuaca sejuk. Termenung seketika kearah Taeyong yang kalut mengurus pendaftaran.

Disedarinya, beberapa gadis melihat kearahnya sambil tersenyum. Mengucapkan kata semangat sambil malu-malu menunding jari kearah meja itu. " saya dah letak nama, pilih saya ya?"

PLAY ° Mark LeeTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang