Bagi mereka, dunia hanyalah pentas lakonan sahaja.
Ikuti babak-babak kehidupan Mark selepas terluah perasaannya kepada seorang gadis yang tidak dikenalinya sama sekali
let's start the game
Start : 090521 Sun 02.33pm
End :
Status: on-going
I'm doubting this moment, between dreams and reality
-the 7th sense
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
" KELUAR! " Jeritan Herin kedengaran di seluruh ruangan bilik itu. Pergelangan tangan Herin dipenuhi balutan. Dia cuba untuk mencabut wayar yang terlekat di tangannya namun tidak terdaya. Tubuhnya perlahan-lahan turun dari katil hospital.
"KAU TAK NAK KELUAR BIAR AKU JE YANG KELUAR!"
"Wait Herin, you are not well yet! Just stay here, I will go okay?"
Herin merengus kasar, dia berdiri di tepi katil sambil memegang tilam. Matanya merah seperti baru lepas menangis. Sangat berbeza penampilannya dengan semalam. Mukanya juga sangat pucat.
Mark hanya berdiri beberapa meter dari Herin. Mark tak sampai hati melihat orang yang dia rapat itu menjadi teruk hingga tahap itu. Dia tertanya mengapa Herin menjadi seperti itu namun tiada siapa yang tahu. Bahkan kawan rapat Herin , Yeri juga tidak tahu mengapa kawannya yang ceria itu tiba-tiba ingin membunuh diri.
Kes Herin masuk hospital. Tiada siapa yang tahu kecuali pelajar persatuan luar negara.
"Ini salah kau"
" Huh? "
"KELUAR!"
" Apa maksud kau Herin?"
"AAARGGH! AKU CAKAP KELUAR!"
Mark segera keluar dari bilik itu apabila ditarik oleh Jaehyun. Dengan pantas dia menarik tangannya daripada dipegang oleh Jaehyun. Dia berasa jijik apabila dipegang oleh seseorang yang dia sangat benci sekarang ini. Mukanya berpaling daripada berhadapan dengan Jaehyun. Terus dia berasa ingin pulang.
" Taeyong cari kau tadi. Macam tentang kelab." Ucap Jaehyun.
" Kau ingat perkara macam ini aku akan percaya?"
"Maksud kau?" Tanya Jaehyun. Mark menoleh kearahnya dengan muka menahan marah.
"Jangan lupa Jaehyun, kau dah hilang kepercayaan aku. Setiap perkataan yang keluar dari mulut kau, dah tak ada apa makna. Semuanya bohong."
"Aku serius!"
"Kau nak aku pergi bukan? Okey fine! Aku pun tak nak tengok muka kau"
Mark berjalan pergi. Tanpa menghiraukan rakannya lain yang baru datang untuk melawat Herin. Suara Jaehyun yang memanggil namanya juga tidak dihiraukan. Api amarahnya masih belum reda. Nama Jaehyun sudah tersemat di bahagian fikiran negatif Mark.