Bagi mereka, dunia hanyalah pentas lakonan sahaja.
Ikuti babak-babak kehidupan Mark selepas terluah perasaannya kepada seorang gadis yang tidak dikenalinya sama sekali
let's start the game
Start : 090521 Sun 02.33pm
End :
Status: on-going
Just help me run away From everyone I need a place to stay
freaks, 2013
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Jisung tersenyum apabila melihat Harin berjalan menuju ke bangunan pejabat pengurusan. Dari jauh, Jisung sudah tahu itu Harin. Dengan pakaiannya yang selalu berkonsepkan 'Dark' seperti blazer checkered berwarna hitam, baju turtle neck hitam dipadankan dengan straight cut jeans, gadis itu jarang menarik perhatian sekeliling. Aura gelap juga seperti mengelilingi gadis itu, membuatkan siapa saja yang melihatnya pasti berasa sedikit gerun. Jisung segera berjalan pantas untuk mengejar Harin.
" Kak Harin! " Jisung menyapa Harin ceria.
"Eh Jisung! Buat apa kat sini? "
" Nak pergi pejabat. Kerusi belajar bilik Jisung patah minggu lepas, huhu. Terpaksa report laa kalau nak dapat kerusi ganti. Kak Harin pula?" tanya Jisung.
Seketika dia menyedari Harin berjalan sedikit lambat kerana kakinya yang pendek, segera Jisung perlahankan jalannya.
"Ouh... Akak nak pergi pejabat juga. Nak mohon stay campus." Balas Harin. Telefonnya bergetar menandakan mesej masuk, dengan segera dia melihat telefonya sambil berjalan.
" Masuk dorm?"
Harin mengangguk lembut. Selepas membalas mesej dengan pantas, dia melihat Jisung disebelahnya. Rupanya Jisung memandangnya dari tadi.
Disebabkan ketinggian Jisung yang sangat tinggi, tiba-tiba Harin teringat menara Lakhta Center di Saint Petersburg.
" Jisung pernah pergi Lakhta Center? Tinggi macam Jisung!"
"Hish! Manada, tinggi Jisung 180cm je."
"Nooo! Tinggi Jisung macam 180km! Lebih kurang Seoul ke Jeonju."
Jisung ketawa kecil. Dia menggeleng kepala mendengar kata-kata Harin yang sangat random itu. Sedar tak sedar, mereka sudah sampai di pejabat pengurusan.
" Kak Harin bawa kereta kan?" Jisung bertanya sambil menolak pintu pejabat, dia menahan pintu itu untuk memberi ruang Harin masuk. Harin melihat Jisung tajam sambil memeluk diri.
" Nak tumpang laa tu"
" Hehehe "
Mereka berdua berpisah beberapa untuk menyelesaikan urusan masing-masing. Setelah selesai urusan mereka, Jisung menumpang kereta Harin ke fakulti sukan yang berada jauh di hujung kawasan kolej. Fakulti sukan kolej ini berada di hujung kolej disebabkan mereka memerlukan lapangan stadium mini untuk berlatih. Begitu juga fakulti Jeno yang jauh lebih hujung daripada fakulti Jisung kerana harus terasing daripada mahasiswa lain.
" Kak Harin berkampung dekat dalam kereta ke? Dengan bantal, selimut apa semua, macam Caravan dah tengok."
" Dah tumpang kereta orang, cakaplah ' terima kasih kak Harin cantik~' bukan tengok sana sini " keluh Harin. Habis satu kereta Jisung tengok macam nak buat pemantauan penyeludupan dadah. Dia menghalang Jisung daripada melihat-lihat bahagian tempat duduk belakang