Bagi mereka, dunia hanyalah pentas lakonan sahaja.
Ikuti babak-babak kehidupan Mark selepas terluah perasaannya kepada seorang gadis yang tidak dikenalinya sama sekali
let's start the game
Start : 090521 Sun 02.33pm
End :
Status: on-going
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
"Tahniah kak! Saya Jisung, kawan rapat Mark. Mungkin kita akan selalu jumpa selepas ni. Hehe"
Gadis itu memandang Jisung atas bawah. Meskipun tubuh lelaki itu lebih tinggi berbanding dengannya, dia masih tegap berdiri tanpa respond di tepi pentas.
"Nama kak apa ya? Mark tak pernah sebut nama akak."
Gadis itu menarik nafas. Keadaan tepi pentas itu sedikit kalut. Semua yang bertugas di kawasan pentas terpaksa berulang alik dari khemah pengurusan dan tepi pentas. Matanya melihat kiri dan kanan pentas tersebut sebelum membalas soalan Jisung.
" Ha- harin" Harin membalas dengan was-was. Dia membetulkan rambutnya yang lurus itu kerana angin malam menghembus lembut. Layar mindanya memainkan kembali peristiwa tadi.
" Will you be my girlfriend? "
Harin yang berdiri di atas pentas itu terkejut. Matanya melopong. Dia ingatkan dia dijemput naik ke pentas untuk menerima hadiah cabutan bertuah atau soal jawab yang diakhiri dengan mendapat hadiah. Rupanya lain yang dia terima.
Mukanya menghadap Mark. Disebabkan terkejut, matanya hanya melihat lantai. Jarinya bermain di hujung blazer. Penonton bersorak teruja. Dan disebabkan itu, dia tahu sekarang ini mukanya sedang merah.
Namun perlahan-lahan matanya melihat tepat muka Mark.
Tubuh Mark, menghadapnya. Tapi...
Matanya,
fikirannya,
nyawanya
seperti memandang kearah belakang Harin.
Hati Harin berdegup laju sebenarnya. Iyalah! Tiba-tiba sahaja diajak menjadi teman wanita entah siapa orangnya. Dia mutarkan badannya ke arah lain.
Kelihatan seorang gadis, yang auranya cukup berlainan dari penonton. Tatkala penonton bersorak, gadis itu diam di bahagian tepi pentas . Dia memberi senyuman biasa. Seolah-olah tidak bersemangat.
Dalam beberapa saat itu, Harin memusing badannya kearah Mark. Mark melihatnya dengan pandangan tajam. Seperti mengisyaratkan sesuatu.
Harin bukannya pintar dalam menafsirkan isyarat badan seseorang. Namun, isyarat yang diberikan oleh Mark seolah-olah ada sesuatu yang terlalu bermakna.
"Yes"
Seluruh penonton di hadapan pentas bersorak kuat. Di tambah lagi dengan sorakan rakan Mark.