Bagi mereka, dunia hanyalah pentas lakonan sahaja.
Ikuti babak-babak kehidupan Mark selepas terluah perasaannya kepada seorang gadis yang tidak dikenalinya sama sekali
let's start the game
Start : 090521 Sun 02.33pm
End :
Status: on-going
Can't stop playing the game you have to step over the line To a more dangerous place
- 119, 2019
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Harin berlari anak menuju ke sebuah dewan teater. Dengan minuman choco chip frappe ditangan, dia pasti akan dikutuk oleh rakan kumpulannya kerana lambat sampai ke rehersel.
" Sorry lambat!" ucapnya kuat setelah membuka pintu bilik itu. Kelihatan baru beberapa orang rakannya sudah menanti di kerusi teater.
" Its okay, ada lagi yang tak datang lagi. " Ucap Yeri sambil tersenyum manis. Harin mengambil tempat disebelah Yeri.
" Itu teman wanita Mark bukan? Ingat bagus datang latihan lewat?"
" Lihat ditangannya ada air minuman, sudah tahu lewat sempat lagi beli minuman"
Suara yang kuat itu menarik perhatian Yeri. Dia menjeling ke arah beberapa pelajar lain yang sedang bergosip tentang Harin beberapa meter dari mereka.
"Hey-"
"Jangan Yeri" ucap Harin lembut. Yeri yang sudah bangun dari tempatnya disuruh duduk oleh Harin. Harin tak mahu timbul sebarang masalah pada hari pertama rehersel.
" Diorang cakap buruk tentang kau"
" Tak apa, biarkan je" balas Harin tenang. Yeri mengambil nafas dan menepuk dada untuk bersabar. Sifat Yerim memang kurang sabar, tambahan lagi kalau berhadapan dengan orang yang kurang ajar.
" Semua dah ada disini?" salah seorang senior terkenal di fakulti itu, Jung Jaehyun bertanya dengan suara yang kuat, perhatian seluruh pelajar tertumpu kepada dia.
Harin melihat kiri dan kanan, menyedari ada yang belum tiba dia terus menjawab pertanyaan senior itu.
" Belum... Kumpulan 3, Haechan belum sampai lagi."
" Okay, kalau macam itu kita mula dalam 5 minit okay?"
Harin mengangguk faham. Dia mencapai telefonnya lalu menghantar mesej kepada Haechan.
Dalam dia sedang menaip mesej di telefon, dia dapat merasakan dirinya diperhatikan. Menyangka orang yang memerhatikan dia itu adalah Yeri, segera dia melihat Yeri disebelahnya.
"Kenapa?" Yeri mengangkat kepala, rupanya dia juga sedang berbalas mesej dengan seseorang.
Harin menggeleng. Yeri meneruskan aktivitinya manakala mata Harin melihat sekeliling dewan teater itu. Sampai saja di bahagian depan pentas, matanya menangkap laju seseorang yang memerhatikan dirinya itu.
"Jaehyun sunbaenim, nak tengok skrip?" orang yang memerhatinya itu berhenti melihatnya. Harin menggaru kepala tidak gatal.
" Kenapa dia tengok aku? Marah ke aku lambatkan latihan?" ucap hati Harin. Kemudian dia melihat Yeri yang seronok berbalas mesej.