Bagi mereka, dunia hanyalah pentas lakonan sahaja.
Ikuti babak-babak kehidupan Mark selepas terluah perasaannya kepada seorang gadis yang tidak dikenalinya sama sekali
let's start the game
Start : 090521 Sun 02.33pm
End :
Status: on-going
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Mark berjalan laju menuju ke meja. Dia terus mengemas barang dan buku-bukunya masuk kedalam bag galas. Minse yang sedang menaip di komputer itu melihat Mark aneh. Belum sempat Minse menanyakan soalan, Mark sudah menjawab persoalan Minse.
" Maaf, Mark ada hal sikit. Minse boleh sambung penulisan tu kan? Minse boleh guna buku ni sebagai rujukan. Sorry ya?" Mark memberi buku kepada Minse. Minse mencapai buku itu sambil mengangguk. Dia sebenarnya keliru dengan Mark yang tergesa-gesa nak balik selepas jumpa dengan Yeri tadi. Mungkin ada kecemasan?
" Eh kejap!"
Minse cepat-cepat memberikan sebuah kertas kepada Mark sebelum dia pergi.
"Writing contest?"
" Patutnya umum lebih kurang 2 minggu lagi tapi saja nak bagitahu Mark awal! kalau nak masuk boleh bersedia awal hehe" ucap Minse sambil tersenyum. Kertas Pertandingan Menulis itu sebenarnya pertandingan besar yang diadakan di Kolej yang diuruskan oleh pihak Perpustakaan. Disebabkan Minse salah seorang ahli jawatan kuasa perpustakaan kolej, dia mendapat informasi itu dengan lebih awal.
" Interesting! I should try then. Thank you and see ya!" ucap Mark lalu berjalan pergi.
♤
"Jeno! sibuk tak?"
POW!
" Tengah ada latihan. Agak sibuk... Kenapa?"
Mark yang mendengar bunyi bising melalui panggilan telefon itu terus faham bahawa jeno sedang berlatih. Terus dia menggeleng kepala. Dia tak mahu mengganggu rakannya.
"Er.. Tak ada apa-apa! Dah kau sibuk, rasa menyusahkan pula kalau ganggu. Okeylah, selamat berlatih! byee"
"bye!"
Mark bersandar di dinding bangunan sambil mengeluh berat. Kepalanya memikirkan cara paling pantas untuk pergi ke Harin. Dia sangat risau dengan keadaan Harin sekarang.
"Macam mana dia boleh sakit hati sampai bawa diri ke Sokcho?"
" Salah aku ke? Kenapa cara Yeri tadi macam maksudkan aku je penyebab dia?"
" No, this problem you can think about this on the way to sokcho. Sekarang ini macammana kau nak pergi sokcho?"
Mark bermonolog. Dia membuka telefon bimbitnya. Seketika dia teringat salah satu rakannya yang ada kereta. Terus dia mendail nombor rakannya itu.