Babak 6

5 2 1
                                    


TOK! TOK! TOK!

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

TOK! TOK! TOK!

Harin terjaga dari tidurnya. Dia melihat di luar tingkap keretanya. Terdapat seseorang lelaki berdiri di sebelah keretanya bersama-sama motosikal besar berwarna putih. Harin tidak pasti apa jenama motosikal itu tapi ketampanan lelaki itu bertambah terserlah disebelah motosikal besar itu walaupun tak nampak kerana memakai helmet.

" Uish, nampak smart betul-" belum sempat habis memuji lelaki itu, dia membuat isyarat untuk menurunkan tingkap kereta. Dengan pantas Harin menekan butang tingkap.

"Ya?"

" Awak parkir dekat kawasan parkir motosikal "

" Eh? Sorry, sorry tak perasan!" Harin dengan cepat-cepat menghidupkan enjin keretanya.

"Awak girlfriend Mark bukan? Lee Harin?"

" Huh? L-lee? Mana ada Lee? " Harin gelabah. Tiba-tiba orang tak kenal menegurnya. Jadi seram pula identitinya tersebar luas.

" Eh Min Harin! Lee tu nanti. Lepas kawin dengan Mark hehe" Lelaki itu membuka helmetnya. Rambut kusutnya dibetulkan. Tangannya yang memakai glove hitam untuk memandu motor itu menghala kearah Harin.

" Salam perkenalan, saya Lee Jeno. Kawan Mark. Boleh panggil Jeno. " Dia memberikan eyesmile kepada Harin. Harin segera menyambut tangan Jeno itu.

" Saya MIN Harin. Ramai juga ya kawan Mark? Tapi tak apa, kawan Mark, kawan saya juga. Okey ke?" ucap Harin. Nama keluarga Min ditekankan olehnya. Mukanya sedikit merah dengan ucapan Jeno tadi.

" Boleh je." Balas Jeno. Matanya terpandang keadaan dalam kereta Harin. Terdapat selimut dan bantal. Begitu juga makanan ringan yang banyak. Tersedar juga cermin kereta Harin agak gelap dan tak dapat dilihat dalamnya.

" Maaf ini random tapi tinted cermin kereta ni gelap sangat. Macam melebihi yang dibenarkan. Baik awak tukar tinted sebelum kena saman" pesan Jeno. Harin mengangkat keningnya. Fikirannya sedikit bingung sebentar.

"Ooohh... okay! Hari tu pasang tinted gelap sebab nampak lawa. tak tahu pula gelap sangat kena saman. Terima kasih bagitahu ya!" Harin melihat cermin keretanya itu. Padahal baru beberapa minggu dia pasang. Nampaknya ada tanda-tanda duit berterbangan

"Saya nak pergi kelas dulu ya?" Ucap Harin. Jeno mengangguk lalu menjarakkan diri dari kereta Harin.

Harin memandu keretanya pergi. Jeno menolak motosikalnya ke parkir motor. Entah kenapa Jeno merasakan ada sesuatu yang tak kena tentang Harin.

"Berani betul dia parking kereta tinted gelap depan fakulti ni. Haha"


"Mana nak tahu, Sun. Tolong aku cepat ya? "

"Hmm okay. Nanti aku apa-apa aku call kau."

Harin melihat ke arah Mark yang berjalan ke bangunan fakultinya. Dia terus ingin menamatkan perbualannya dengan Sun melalui panggilan telefon itu.

PLAY ° Mark LeeTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang