Bagi mereka, dunia hanyalah pentas lakonan sahaja.
Ikuti babak-babak kehidupan Mark selepas terluah perasaannya kepada seorang gadis yang tidak dikenalinya sama sekali
let's start the game
Start : 090521 Sun 02.33pm
End :
Status: on-going
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Seawal 6 pagi lagi, Harin sudah bangun dari tidur dan bersiap-siap untuk bergerak ke Sokcho. Sun mempelawa dirinya untuk menghantarkan Harin ke stesen bas pada pagi itu.
"You know what? Kalau pergi jumpa doktor cinta mesti dia cakap masalah kau kecil je tau!" ucap housemate Harin, Sun sambil memandu.
"Sunnyyyyy, luka kecillah pedih sunny." balas Harin.
" Jangan panggil aku Sunnylah!"
" Hehe" Harin ketawa kecil. Setibanya di stesen besar seoul, Sun memarkir kereta di ruang menurunkan penumpang.
"Sorry tak dapat teman kau jalan-jalan sokcho. Banyak hal kena settlekan, tambah pula kau nak masuk dorm kan? Jadi kosonglah rumah tu nanti."
" Heee its okay, nanti hujung minggu aku datang lepaklah situ."
Selepas diturunkan oleh Sun, terus Harin memasukki kawasan stesen bas besar Seoul itu. Dengan berbekalkan sebuah beg sandang hitam yang terisi beg duit, powerbank, botol minuman dan telefon bimbit, Harin berjalan memasuki bas seorang diri dan mengambil tempat duduknya. Kepalanya dipenuhi dengan masalah yang dia hadapi sejak dua menjak ini. Namun dia menggeleng kepalanya untuk membuang fikiran tersebut.
" Let's have fun Harin~ Tengok langit hari ni. Cantik" Dia melihat pemandangan luar tingkap. Langit yang baru cerah itu memberikan suasana tenang kepada Harin. Dengan penumpang bas yang sedikit pada pagi itu dan pendingin hawa yang kuat, mata Harin semakin kuyu melihat luar tingkap. Tidak sampai beberapa minit, Harin dibuai mimpi di tempat duduknya.
♤
"Yerim!" Suara jeritan Renjun dari jauh membuatkan Yeri memalingkan kepalanya. Dia melihat Renjun berlari kearahnya dengan reaksi muka yang yang sedang susah hati.
Yeri tak faham sebenarnya. Sejak dua menjak ini, banyak perkara aneh berlaku disekelilingnya. Bermula dengan misteri barang dibiliknya, hinggalah dengan pelajar luar negara yang tiba-tiba mencarinya. Dari beberapa minggu lepas lagi, Yeri dikejutkan dengan barang-barang yang memenuhi sebahagian di bilik. Seperti ada teman sebilik, padahal Yeri sejak masuk kolej lagi tak ada teman sebilik. Dengan rasa meremang, Yeri memanggil pengawal untuk memindahkan barang-barang tersebut ke stor asrama.
Begitu jugalah pelajar luar negara yang mencarinya, bertanyakan soalan yang dia langsung tak tahu dan tak terlibat. Seperti sekarang, Renjun datang lagi untuk tanya soalan yang sama.
" Yeri! Kau tak tahu ke kawan kau dekat mana?"
" Kawan mana ni Renjun? Aku tak fahamlah kau dari haritu cakap ' kawan aku hilang! kawan Yeri hilang!' I don't know which friend I'm missing right now."