Babak 8

7 2 0
                                    



tell me pretty lies,

look me in the face

-idfc, 2015



Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


Mark turun dari motosikal yang dibawa oleh Jeno  dengan cemas. Matanya meliar, mencari kereta Harin sambil berlari di lorong kecil itu. Setelah mengesan kereta Harin di penjuru lorong itu, Mark terus menuju ke kereta itu. Disebabkan cermin kereta Harin gelap, Mark mencuba lihat dari luar dengan dekat namun Harin langsung tiada dalam kereta. 

"Mana kau Harin?!" 

Jujur, Mark panik. Patutnya dia teman Harin pulang sampai ke rumah meskipun Harin tinggal di  luar kampus. Dunia luar jauh lebih membahayakan berbanding dalam kolej. Rahang Mark tegang, dia cuba menelefon Harin lagi.

" Nombor yang anda dail-"

Jeno juga turut membantu Mark mencari Harin. Mereka berdua berpisah dan mencari harin di kawasan tersebut. Lorong demi lorong dicari namun mereka belum menjumpai Harin.

Beberapa minit lepas, Harin menelofon Mark untuk meminta tolong. Dia memberitahu Mark bahawa dia sedang diikuti oleh seseorang dari belakang. Sempat juga Harin memberitahu lokasinya sewaktu itu dan terus taliannya terputus. Sekarang, lokasi yang diberi oleh Harin tidak menunjukkan apa-apa kelibat Harin.

Mark hampir mencarut, nafasnya turun naik, dia meneruskan pencariannya dengan berlari dan mencari juga kalau ada orang-orang yang agak mencurigakan di sekitar kawasan itu. 

Seseorang berjaket kelabu berjalan santai dihadapan Mark ketika Mark berhenti ditengah-tengah lorong yang terbahagi kepada dua. Mulanya Mark tidak mengendahkan lelaki itu kerana lelaki itu tidak mencurigakan, namun dia tidak sedap hati.

Mark memasuki lorong yang dilalui oleh lelaki tadi, kedengaran esakan kecil di belakang tembok bata. Dengan pantas, Mark menuju ke tembok itu.

" Harin?"

Suara tangisan itu berhenti. Perlahan-lahan Harin keluar dari kawasan persembunyiannya dengan tangan menggenggam hujung bajunya. Mata dan hidungnya merah kerana menangis. Namun dia tersenyum seperti tidak ada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. 

" Maaf... Mark m-mesti panik kan?" Suaranya ketar namun ditahan. Matanya melihat tar jalan, tidak berani menghadapi Mark pada waktu ini.

Mark mengeluh berat. Perasaan Mark menjadi bercampur selepas melihat Harin yang berdiri dihadapannya itu. Situasi cemas dan menakutkan ni boleh pula dia tanya keadaan aku?

Terus kata-kata Jeno terlintas dalam kepalanya.

 Jangan mainkan perasaan Harin. Kau tak kenal dia macammana, walaupun depan macam okay, belakang mungkin dia tak okay.  

PLAY ° Mark LeeTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang