Ayiem seorang remaja awal 20-an yang tinggal di Kuala Lumpur. Seorang yang boleh dikatakan hensem dan maskulin. Selalu menggunakan ketampanannya untuk mengambil kesempatan terhadap gadis -gadis remaja sebayanya samada untuk kepuasan sex atau untuk kepentingan peribadi. Ayiem tidak ada pekerjaan selain berfoya-foya. Dalam diam dia juga aktif mengedar dadah secara kecil-kecilan. Bekalan dadah Ayiem perolehi dari seorang ahli sendiket area Kuala Lumpur.
Setelah selalu mendapat duit cara mudah, Ayiem sudah tidak menghirau lagi untuk mencari kerja. Apa yang diperlukan hanyalah keberanian untuk menjual dadah kepada penagih tegar sekitar area perumahannya. Port tempat dia berurusan jual beli dadah di sebuah kedai mamak area rumahnya. Memang budak2 nakal di kawasan itu mengetahui kegiatan Ayiem. Mereka juga lah yang akan memberi info pada Ayiem sekiranya kawasan tersebut agak "panas" terutama jika ada hantu2 polis yang berkeliaran di kawasan itu. Sebagai balasan Ayiem akan belanja mereka bukan setakat makan minum rokok bagai, tapi juga dapat stok dadah free. Malah sekiranya mereka terlibat dengan pegaduhan sebagainya Ayiem akan turun padang membantu bersama geng2 pushernya. Mereka berasa selamat di bawah jagaan Ayiem.
Dalam Ayiem tak sedar ade seorang pelanggan kedai mamak tersebut, Ewan asyik memerhati gerak gerinya. Ewan berasa marah kerana bagi dia Ayiem telah merosakkan budak2 remaja area taman tersebut.Selain itu anak saudaranya juga pernah menjadi penagih dadah kerana bergaul dengan Ayiem, dan sekarang sedang ditahan di pusat serenti. Ayiem bukan tak sedar kehadiran Ewan, cuma Ayiem tidak menaruh sebarang syak kerana Ewan juga merupakan pendudu kawasan taman itu, dan kedai mamak itu satu2nya kedai makan yang meriah dengan skrin tv besar di perumahan itu. Jadi tidak hairan lah jika asyik kelihatan Ewan makan minum setiap masa di kedai tambahan pula Ewan masih bujang.
Ewan pula asyik terpikir cara untuk mengajar Ayiem. Ewan sedar dia tidak boleh menyerang Ayiem membabi buta sebab Ayiem ada ramai geng. tu belum dicampur dengan geng sendikit dadahnya lagi. Hati Ewan masih panas mengenangkan masa depan anak saudaranya yang sudah gelap akibat penyalahgunaan dadah. Ewan boleh saja memberi info pada polis namun dia rasa tidak akan puas selagi bukan dia yang menghukum Ayiem.
Satu malam minggu semasa Ewan sedang menonton game bola sepak EPL di kedai mamak itu , tiba-tiba kecoh di belakang kedai. Ayiem yang ada di kedai itu terus ke belakang kedai dengan membawa senjata buku lima. Selang beberapa minit Ewan mengekori Ayiem untuk melihat apa yang terjadi. Terkejut Ewan melihat Ayiem bersama gengnya yang berada di belakang kedai membelasah seorang budak. Lunyai budak itu dikerjakan. Yela, 5 lawan 1...sure sedap Ayiem dengan gengnya membelasah budak itu. Dari apa yang dapat di dengari Ewan, budak itu dibelasah kerana memdedahkan kegiatan Ayiem kepada orang lain. Kepada siapa Ewan tak tau. Cuma yang pasti Ewan kenal budak tu. Ewan kenal abang kepada budak tu. Azman,abang kepada budak tu bekerja sebagai security kelab malam (bounzer) area bukit bintang. Dari insiden itu Ewan mendapat satu idea untuk memerangkap Ayiem. Cuma perlu perancangan dan masa yang sesuai.
YOU ARE READING
PEMBALASAN
FantasyBermula dari niat untuk membalas dendam terhadap apa yang terjadi kepada anak saudara nya. Ewan mula memerangkap Ayiem. Namun apabila diketahui cerita sebenarnya Ewan mula mengejar semua individu yang terlibat. Kisah mengenai beberapa orang remaja y...