Petang esoknya kecoh Si Azman datang ke kedai mamak itu bertanyakan tentang kejadian adiknya dipukul beramai2. Namun tiada seorang pon yang tahu siapa pelakunya sebab kejadian berlaku di belakang kedai. Azman juga tidak mahu membuat laporan polis kerana dia tahu adiknya juga ade rekod polis. Ewan yang duduk di meja bahagian luar kedai mamak tu cepat2 memanggil Azman untuk duduk bertenang sambil minum. Azman yang masih bengang dengan kejadian itu asyik bertanya Ewan kot2 dia tahu tentang kejadian itu. Ini lah masa yang ditunggu Ewan.
Ewan membuka cerita tentang siapa yang bertanggungjawab membelasah adik Azman tetapi tidak memberitahu nama "orang itu" dan Ewan juga memberitahu yang dia jugak tidak berpuas hati dengan "orang itu". Jadi Ewan just cakap terus terang minta bantuan Azman untuk mengajar "orang itu". Azman terus setuju. Setelah Azman setuju baru lah Ewan dedahkan mastermind dalam kes pukul adiknya adalah Ayiem. Setelah berbincang mereka terus menyusun plan untuk membalas dendam.
Perancangannya simple, Azman perlu ajak beberapa kawannya untuk menyamar jadi anggota polis kemudian menahan Ayiem. Ewan tahu jam berapa Ayiem selalu masuk ke lorong area rumahnya untuk urusan jual beli dadah. Time tu la mereka merancang utk memerangkap Ayiem.
Jam sudah pukul 4.00 pagi, Ewan yang berada di kedai mamak masih memerhati Ayiem yang sedang rancak berborak dengan budak2nya. Tepat jam 4.20pagi Ayiem mula beransur untuk ke lorong area rumah Ewan. Ayiem biasanya akan berada di lorong itu antara jam 4.30 pagi hingga 5.00 pagi pada hari-hari yang dia telah tetapkan. Setibanya dihujung lorong motosikal Ayiem ditahan oleh dua bauh kereta. Salah sebuah kereta dipandu oleh Azman dan sebuah lagi kereta dipandu kawan2 upahan seramai 3orang. Keluar saja dari kereta mereka terus menerkam Ayiem, seolah2 gaya seperti polis sebenar. Ayiem yang dalam keadaan tidak bersedia cuba melepaskan diri tetapi kudrat dua org yang memegang Ayiem amat kuat akhirnya Ayiem tersungkur tertiarap di atas jalan. Seorang lagi "polis menyamar" itu merampas beg Ayiem lalu menyelongkar. Lakonan itu nampak real seolah2 polis sedang menangkap penjenayah. Lagi pon jam 4.30 pagi lorong itu memang sunyi.
Ayiem yang tertiarap diangkat berdiri. Sambil kedua belah tangannya dikilas ke belakang. Ayiem yang percaya mereka bertiga polis betul tak tentu arah kerana dalam beg itu banyak stok dadah yang belum ditolak pada pembeli. "Mampos aku" pikir Ayiem.....lalu dia meronta untuk melarikan diri kerana dia pikir dia masih belum digari. Melihat gerakan Ayiem yang agresif lelaki yang memegang beg itu terus merapati Ayiem dan menumbuk perut Ayiem. Tak cukup dengan penumbuk perut Ayiem juga diasak dengan lutut lelaki itu,menyebabkan Ayiem lembik. Perut Ayiem senak dan darah terkeluar dari mulutnya. Tangan ayiem diikat ke belakang menggunakan "cable tight". Tanpa berlengah ayiem dibawa masuk ke dalam kereta. Mulut Ayiem ditekup dengan kain yang mengandungi choloroform, selang beberapa ketika Ayiem tidak sedarkan diri. Meraka memecut laju ke destinasi yang telah dirancang. Sebuah kereta lagi yang dipandu Azman menghala kearah kedai mamak untuk berjumpa dengan Ewan.
YOU ARE READING
PEMBALASAN
FantasyBermula dari niat untuk membalas dendam terhadap apa yang terjadi kepada anak saudara nya. Ewan mula memerangkap Ayiem. Namun apabila diketahui cerita sebenarnya Ewan mula mengejar semua individu yang terlibat. Kisah mengenai beberapa orang remaja y...