AILEEN hanya baring menghadap Rian yang sedang berpaling darinya. Suaminya itu sedang melihat telefon seusai membersihkan diri.
"Sayang rasa anak kelima Widya tu perempuan atau lelaki? Abang bercadang abang nak belikan dua set terus pakaian bayi untuk Widya. Mesti comel kalau baby..."
"Abang pandanglah saya. Berhentilah cakap tentang Widya". Rungut Aileen.
Segera dia merampas telefon bimbit milik Rian lalu telefon bimbit suaminya itu diletakkan bersebelahan telefonnnya.
"Sayang..."
"Bila abang nak 'bersama' baru abang nampak saya. Selepas abang dah puas terus abang buat - buat tak nampak saya. Saya ni isteri abang tau. Bukan tunggul". Tegur Aileen dengan perlahan.
Tak mahulah Rian terasa tapi dia sudah tak mampu bertahan lagi.
Rian memang melayan dia dengan romantis tetapi itu sewaktu dia melayan nafsu suaminya. Sekarang, baring bersebelahan pun Rian tak mengendahkan dia.
Widya.
Widya.
Widya!
"Sayang marah abang ke?" Soal Rian dengan lembut. Dia memusingkan tubuh memandang Aileen yang mengembungkan pipi.
Aileen yang suka cemburu.
"Comelnya dia marah". Rian menarik lembut pipi Aileen bersama - sama ketawa kecil.
"Saya nak perhatian abang. Widya tu isteri Raf. Tolonglah berhenti sebut nama Widya selalu. Saya bukan tak suka Widya tapi saya tak suka perangai abang. Jika Raf dengar mesti dia pun akan cemburu".
"Maaflah. Abang dah terbiasa. Bila jumpa Widya kepala abang tak boleh melupakan dia dengan mudah. Maaf tau. Abang bukan sengaja nak bagi sayang cemburu atau marah". Pujuk Rian dengan lembut.
"Betul ke?" Soal Aileen perlahan.
"Mestilah. Sayangkan isteri abang. Abang cintakan sayang". Rian mencium lembut pipi Aileen. Batang leher isterinya dicium berkali - kali.
"Ab-abang..."
"Abang nak sayang".
"T-tapi, kita baru je le-lepas..."
"Tak apa. Jomlah. Nanti kita mandilah sama - sama". Tak sempat Aileen hendak menjawab Rian sudah memanjat tubuhnya.
Aileen hanya turuti saja kemahuan Rian memandangkan Rian itu suaminya.
+++
RIAN sudah pergi bekerja. Rizq dan Angel juga sudah bersekolah.
Aisyah masih tidur.
"Ibu..." Tegur Aileen sebaik saja tiba di dapur. Puan Haliza menoleh memandang menantunya yang melangkah mendekatinya.
"Ya, Leen. Ada apa?"
"Leen nampak gemuk ke?"
"Tak adalah. Langsing saja. Kenapa ni? Dhean cakap Leen gemuk ke? Tak apa nanti ibu tolong tarik telinga dia. Biasa sangat ni". Omel Puan Haliza.
YOU ARE READING
RIAN 2: My Lovely Wife
RomanceMr Mama 2♡ "You're my heart" +++ Aileen manja. Aileen nakal. Aileen suka cemburu. Tapi, Aileen itu bertukar lain apabila Rian saban hari tak henti memuji seorang Widya Arluna membuatkan Aileen makan hati. Rian kata Rian cintakan dia tapi cinta apa j...