Bab 12♡

7.3K 435 53
                                    

RIAN dah tak sayangkan dia. Rian dah tak cintakan dia.

"Dibu..." Rizq menepuk lembut tangan dibunya tetapi tiada jawapan dari Aileen.

"Dibu? Dibu?" Seru Angel pula.

Diam.

"Didibubu". Si kecil Aisyah mula merengek namun masih tiada jawapan.

"Semua!" Ray mencelah.

"Abang Ray?"

"Nampaknya, dibu tak sihat kan? Jangan kacau dibu. Jom kita pergi main. Abang akan tunjukkan magis untuk adik - adik yang hensem dan cantik ni". Pancing Ray.

"Nak!" Jerit ketiga - tiganya dengan nada teruja.

Kepala Aileen diusap Ray dengan lembut lantas tubuh si kecil Aisyah didukungnya. Tangan Rizq dan Angel digenggam supaya kedua - duanya mengikuti langkahnya.

"Leen..." Tegur Ayeen lembut.

Aileen diam.

"Leen. Janganlah diam. Awak bukan macam ini. Takutlah bila awak diam". Tegur Widya.

Tiada jawapan.

"Leen..." Alfia merenung resah wajah kosong Aileen.

Ini tak bagus.

"Leen. Cinta itu ikhlas dari hati. Saya percaya jika benar Rian ikhlas mencintai maka dia akan berusaha mengambil hati awak tanpa erti lelah. Saya percaya awak cuma kecewa. Saya faham perasaan itu. Leen. Tak apa kecewa. Jangan pendam. Saya faham..." Pujuk Dyanah lembut.

"Sakit..." Itu saja yang Aileen mampu jawab.

Dyanah memeluk erat tubuh Aileen.

Aileen teresak.

"Sakit. Dhe-Dhean tak pernah ikhlas dengan saya. C-cinta saya un-untuk dia t-tak cukup untuk m-membuatkan dia b-bahagia". Aileen menangis lagi.

"Sa-sakit, Dyanah. Dh-Dhean tak pernah faham perasaan saya".

"Kak Widya. Nak ke mana?" Soal Alfia hairan.

"Belasah syaitan".

"Eh? Sy-syaitan?" Alfia terkebil - kebil.

"Saya nak pergi juga". Ayeen terus membuka langkah mengejar Widya yang sudah menjauh.

"Dyanah. Awak tunggu sini dengan Leen. Saya pergi ikut Kak Ayeen dan Kak Widya sekejap". Pamit Alfia seraya berlari meninggalkan Dyanah dan Aileen berdua.

Aileen yang masih menangis itu diusapnya dengan penuh kasih.

"Tak apa. Menangis saja sebab saya takkan mempertikaikan perasaan awak. Saya tahu awak dah buat yang terbaik". Pujuk Dyanah lagi.

Aileen hanya teresak semahunya.

Kecewa dan terluka terlalu lama dipendam memusnahkan dia akhirnya. Baik dia atau arwah papanya kedua - dua mereka memang mudah tunduk dengan cinta.










+++









JIKA Aileen memohon penceraian mampukah dia melepaskan Aileen? Jika dia tak mahu melepaskan adakah Aileen akan berterusan terluka?

"Rian!" Rian menoleh memandang Widya yang menyerunya.

Bak!

Terkedu Rian tatkala pipi kirinya ditumbuk Widya dengan kuat.

"Wi-Widya?"

"Tak guna. Kau fikir kau hebat sangat ke sampaikan boleh sakitkan hati Leen? Kau fikir kau boleh hidup tanpa dia?" Soal Widya garang.

RIAN 2: My Lovely WifeWhere stories live. Discover now