"KAU nak pergi?" Soal Hanz Ivans sambil menatap wajah Ray.
Ray menoleh memandang Hanz Ivans.
"Brother baik. Saya tak nak terus menyusahkan brother. Jadi, saya akan jaga Ilana sendiri..."
"Kau ni. Aku dah sayang kau macam adik aku sendiri. Lagipun, girlfriend kau tu baru je datang ke sini. Kau tinggal saja dua tiga hari di sini. Aku tak nak kau pergi secara mengejut macam ini". Bangkang Hanz Ivans.
"Tapi, brother-"
"Dengar cakap aku, Ray. Aku tahu kau rasa serba salah. Tak apa, tinggal saja sementara waktu di sini. Biarkan dulu Ilana berehat. Dia mengandung". Pujuk Hanz Ivans lagi.
Rian mengembungkan pipi.
"Kau berlembut dengan dia, huh?" Rian menjeling Hanz Ivans.
"Kau diam, adik ipar sial. Ray terlalu comel- uh. Aku tak boleh biar dia pergi tiba - tiba. Lagipun, Aidan sibuk..."
"Nampaknya, big bro rindukan Aidan".
"Diamlah! Kau memang adik ipar sial!" Jerkah Hanz Ivans.
"Kau tu abang ipar celaka!" Bidas Rian tak mahu kalah.
"Sial? Celaka? Apa tu?" Soal Ray blur.
"Abang..." Suara garang itu membuatkan Hanz Ivans menoleh memandang Illyana yang merenungnya tajam.
Gulp!
"Minta maaf". Arahan Illyana membuatkan Hanz Ivans menghadap Ray.
"Maaf. Aku harap kau lupakan carutan tu. Kau tak elok sebut perkataan macam itu". Ujar Hanz Ivans serba salah.
"Eheheh. Hanz Ivans takut dengan isteri".
"Awak pun Rian. Minta maaf!" Tegas Illyana lagi.
"Eh, kenapa? Kau biras aku. Mana boleh suruh aku minta ma-"
Illyana halakan batang kayu ke arah Rian. Entah dari mana batang kayu itu datang pun Rian tak tahu. Apa yang pasti Illyana sangat menyeramkan.
"Minta. Maaf". Tegas Illyana.
Gulp!
"Maaf!" Ucap Rian kalut pada Ray.
"Aku dah cakap. Dia lagi ganas dari isteri kau". Bisik Hanz Ivans.
"Aku rasa kau yang buat dia jadi ganas".
"Saya rasa saya perlu tengok anak - anak saya sekarang. Leen boleh temankan Ilana? Buat saja macam rumah sendiri tau". Pesan Illyana dengan lembut.
"Baik! Dai, Ilana". Gamit Aileen dengan ceria seraya menarik tangan Ilana.
Ilana menyambut huluran Aileen.
"Helena nak pergi bawa Ilana ke mana?" Soal Ray risau.
"Bawa masuk bilik tetamu. Jangan risau saya akan jagakan Ilana untuk awak". Pamit Aileen seraya menghilang bersama - sama Ilana.
Hm...
"Sedihnya muka". Tegur Rian.
"Isk!" Ray mula menangis.
YOU ARE READING
RIAN 2: My Lovely Wife
RomanceMr Mama 2♡ "You're my heart" +++ Aileen manja. Aileen nakal. Aileen suka cemburu. Tapi, Aileen itu bertukar lain apabila Rian saban hari tak henti memuji seorang Widya Arluna membuatkan Aileen makan hati. Rian kata Rian cintakan dia tapi cinta apa j...