HARI ini, Aileen mahu mencuba untuk memasak menu baru pula. Mana tahu Rian bakal terpikat dengan rasa masakan barunya itu.
Argh, tak sabar!
"Leen".
Aileen menoleh memandang kelibat yang sedang berdiri di lorong terlindung. Langkah dibuka mendekati figura itu lalu tubuh itu dipeluk erat.
Lelaki itu ketawa kecil.
"Rindunya! Abang Aidan pergi mana?" Soal Aileen lembut.
"Ada jadi bayang - bayang Leen. Hm. Adik abang nampak berseri saja semenjak akhir - akhir ni. Pandai pula Hanz jaga Leen".
"Mana ada Abang Hanz jaga Leen. Ini Dhean yang jaga Leen. Abang Hanz kerja bagi Leen marah saja. Hmph!" Aileen mengembungkan pipi.
Mahu merajuk.
Hanz sampai kesudah keras kepala. Bukan mahu berkompromi dengan dia.
Aileen comel kut!
"Hanz nak yang terbaik untuk Leen. Leen kan first love dia? Leen pun first love Abang Aidan juga". Pujuk Aidan dengan lembut.
"Elele. Bukan first love Abang Aidan tu Kak Ess?" Sakat Aileen.
"Mana ada. Ess tu kawan ajelah. Ghib suka kat dia". Bidas Aidan selamba.
"Rindu. Tapi Leen rasa tak sihat. Leen nak balik. Leen nak masak untuk Dhean mesti dia lapar". Ujar Aileen seraya meleraikan pelukan.
Bibir merah jambunya melekap pada pipi kiri Aidan mengundang ketawa kecil Aidan.
"Jaga diri, Leen. Nanti kalau perlu apa - apa panggil Abang Aidan. Okey?"
"Okey!"
Aidan tersenyum melihat wajah ceria Aileen.
Dia melepaskan Aileen.
Melihat Aileen gembira dari jauh pun sudah cukup menenangkan hatinya. Sekurang - kurangnya, Rian mampu membahagiakan Aileen meskipun Hanz tidak menyukai kewujudan Rian.
Aileen bahagia maka dia dan Hanz juga tentulah gembira sama.
+++
"SAYA dah balik, Dhean!" Aileen lekas saja memeluk erat tubuh Rian sebaik saja dia masuk ke dalam rumah.
Tangan Aileen yang memeluk erat pinggang Rian itu dialihkan kasar lalu tubuh isterinya ditolak kasar sehingga jatuh terduduk.
Aileen terkebil - kebil menatap wajah garang Rian.
"Kenapa awak marah?"
"Kenapa aku marah? Eh, jalang. Lee beritahu aku yang kau pergi jumpa jantan mana kat lorong. Jantan mana? Kau jual badan?" Soal Rian sinis.
"T-tak! Saya jump-"
"Tak payah nak bagi alasan! Kau penipu!" Jerkah Rian.
"Sa-saya tak tipu. Awak kena dengar dulu. Tak ada sesiapa pernah sentuh badan saya macam apa yang awak buat. Awak lelaki pertama dan satu - satunya lelaki yang dah sentuh saya. Percayalah, Dhean".
YOU ARE READING
RIAN 2: My Lovely Wife
RomanceMr Mama 2♡ "You're my heart" +++ Aileen manja. Aileen nakal. Aileen suka cemburu. Tapi, Aileen itu bertukar lain apabila Rian saban hari tak henti memuji seorang Widya Arluna membuatkan Aileen makan hati. Rian kata Rian cintakan dia tapi cinta apa j...