AILEEN merehatkan kepala di atas ribaan Rian setelah mereka berdua masuk ke dalam bilik.
Bukan selalu Aileen dapat berehat sebegini rupa.
"Sayang marahkan abang lagi?" Soal Rian dengan nada yang cukup lembut.
Aileen menggeleng.
"Saya tak marah dah".
"Abang minta maaf tau. Abang betul - betul tak sengaja sakitkan hati sayang". Ujar Rian dengan nada yang cukup lembut.
Rambut Aileen dielus dengan lembut.
"Abang cintakan sayang aje. Sayang seorang dah cukup untuk abang. Tolonglah jangan pergi tinggalkan abang. Abang tak nak hidup tanpa sayang". Rian mula menangis kecil.
Aileen tergelak.
Ini memang Rian yang kebiasaannya.
Rian yang manja.
"Tak. Saya takkan tinggalkan abang pun. Saya cintakan abang. Hati saya hanya milik abang". Balas Aileen dengan lembut.
"Nak peluk". Rengek Rian.
Aileen bangun dari terus baring di atas ribaan Rian. Dia mendepakan tangan menggamit Rian datang.
Rian terus saja memeluk Aileen sehingga wanita itu terbaring di atas sofa.
Rian merehatkan kepalanya di atas dada Aileen sementara tangannya memeluk erat pinggang Aileen.
"Abang minta maaf sebab asyik memaksa sayang mengandung. Abang tahu mesti susah rasanya berdepan dengan suami teruk macam abang ni".
"Memang pun". Bidas Aileen selamba.
Rian rasa mahu menangis.
Aileen mengusap lembut rambut Rian.
"Tapi, abang tak teruk. Satu sebab saja saya terus setia dengan abang ialah saya cintakan abang. Abang walaupun banyak menyakitkan hati saya tapi abang insan yang paling kerap buat saya tersenyum selain anak - anak kita. Abang racun yang boleh membunuh saya tapi abang juga penawar yang boleh menyembuhkan segala luka yang ada di hati saya. Itu sebabnya saya setia cintakan abang dari dulu sampai sekarang". Terang Aileen dengan telus.
Rian menatap Aileen.
"Abang lelaki paling bertuah sebab dapat memperisterikan sayang. Terima kasih sebab pilih abang walaupun masih ramai lelaki yang mahukan sayang". Ujar Rian lagi.
Aileen tersenyum.
"Sama - sama kasih abang". Balas Aileen dengan lembut.
"Jangan bad mood dah. Abang seram".
"Abang jangan cari pasal jadi saya takkan marah. Walaupun abang hanya sekadar suka pada Widya tapi bila abang cerita tentang kelebihan perempuan lain dihadapan saya tentulah hati saya akan sakit. Abang sakit hati tak kalau saya cerita pada abang kelebihan Ray? Ray tu walaupun dia tak ada agama tapi dia melayan saya dengan penuh kasih sayang. Ray lima kali ganda lebih romantis dari abang. Ray kacak. Mata dia memikat. Ray periang tak macam abang. Ray rajin sangat. Ray boleh buat anak - anak kita tersenyum dengan mudah. Ray-"
YOU ARE READING
RIAN 2: My Lovely Wife
RomanceMr Mama 2♡ "You're my heart" +++ Aileen manja. Aileen nakal. Aileen suka cemburu. Tapi, Aileen itu bertukar lain apabila Rian saban hari tak henti memuji seorang Widya Arluna membuatkan Aileen makan hati. Rian kata Rian cintakan dia tapi cinta apa j...