Chapter 1

115 3 2
                                    

Pagi yang indah menjelma. Cahaya matahari menyinari bilik tidur pasangan Lee itu. Kelihatan Hee Jin masih lagi tertidur dengan selimut tebal menutupi tubuh telanjangnya di atas katil kerana masih kepenatan disebabkan oleh aktiviti panasnya dengan Taeyong malam semalam.

Sementara itu si suami pula sedang sibuk menyediakan sarapan untuk mereka. Dia tak mahu kejutkan isterinya untuk masak sarapan pagi kerana dia tahu isterinya masih kepenatan. Tu, mereka "bermain" selama berjam-jam dan tidur tepat pada pukul 4 pagi. Semua salah Taeyong yang bernafsu tinggi malam semalam.

Untung saja Hee Jin sekarang bekerja dari rumah. Jika dahulu Taeyong agak susah untuk mendapatkan haknya sebagai suami kerana Hee Jin tak mahu bangun lambat ke pejabatnya akibat kelelahan selepas olahraga malam mereka semalaman.

Kini Taeyong berada di dalam bilik tidur mereka untuk mengejutkan si isteri yang masih terlena.

"Hee Jin? Hey, wake up baby. Dah pagi ni," kejut Taeyong. Hee Jin yang dikejutkan itu malah menutup wajahnya dengan selimut tebal lalu menggumam ingin dikejutkan untuk lima minit.

"Baby, bangunlah. Kata nak ambil JunJoon dan eomma hari ni. Bangunlah, pergi mandi dulu okay? Saya dah siapkan air panas untuk awak mandi," ujar Taeyong membantu Hee Jin bangun. Dia tahu Hee Jin pasti sedang kesakitan akibat ulahnya sendiri. Salah sendiri kerana terlalu bernafsu.

"Sekarang dah pukul berapa?" gumamnya dalam tidur membuatkan si suami tersenyum.

"Pukul 9, sayang. Lama betul awak tidur,"

"Saya penat. Gendong saya ke bilik mandi," ujar Hee Jin mendepakan kedua lengannya minta digendong oleh si suami. Taeyong apa lagi, sudah tentu dia menurut permintaan isterinya. Hari ini dia akan memanjakan isterinya yang telah bertungkus lumus bekerja dari rumah dan turun ulang-alik ke pejabat hanya untuk memantau perkembangan projek baru syarikat DJ Holdings yang kini diuruskan oleh Jeno Lee, rakan seperjuangannya dari zaman universiti.

"Awak mandilah dahulu, saya akan sediakan pakaian awak," ujar Taeyong sebaik saja meletakkan tubuh kecil Hee Jin berendam dalam air panas yang telah diisi olehnya ke dalam tab mandi.

Setelah selesai menyediakan pakaian isterinya, Taeyong pun turun ke bawah untuk menunggu isterinya selesai mandi. Tidak lama kemudian, Hee Jin pun turun ke bawah dengan gaun labuh yang dipilih oleh suaminya tadi.

"You're look so beautiful," puji Taeyong membuatkan Hee Jin tersenyum manis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You're look so beautiful," puji Taeyong membuatkan Hee Jin tersenyum manis. Hampir setiap hari dia selalu mendengar ayat yang sama dari mulut suaminya itu namun itu tidak pernah membuatkan Hee Jin jemu mendengarnya.

"I know, dah jom sarapan. Saya tak sabar nak jumpa dengan budak-budak tu. Saya rindukan mereka," ujar Hee Jin memuncungkan bibirnya. Taeyong yang jadi tak tahan dengan kecomelan isterinya itu pun mengecup sekilas bibir mungil yang menjadi candunya itu.

"Baru sehari mereka tak ada di rumah, awak dah mula rindu mereka,"

"Tentulah, mereka sangat comel bila main bersama. Hmm, tapikan cepat betul mereka membesar rasa baru semalam mereka dilahirkan dan berada di gendonganku,"

HIS SECRET LIFE (END)Where stories live. Discover now