Chapter 10

39 3 0
                                    

Angin pagi yang sejuk dari laut bertiup membuatkan tubuh telanjang Doyoung menggigil kesejukan dan langsung membuatkan dia terjaga. Tangannya sibuk menarik selimut tebal untuk menyelimuti tubuhnya yang masih tidak memakai apa-apa pakaian.

"Hei, kau dah bangun?" soal Jaehyun yang baru saja keluar dari bilik mandi. Lelaki itu baru saja selesai mandi air panas dan selesai memakai pakaiannya.

"Angin laut kuat sangat, jadi aku terjaga sebab sejuk," ujar Doyoung sambil memeluk erat selimut tadi.

"Maaflah, aku lupa nak tutup pintu jendela tadi sebab aku pergi merokok,"

"Kenapa kau kembali merokok? Aku dah cakap yang aku tak suka kau merokok, ia tak baik untuk kesihatan," bebel Doyoung sambil bangun dari katil dengan keadaannya berbungkus dengan selimut.

"I'm sorry baby, aku janji aku tak buat lagi. Sekarang kau pergi mandi dulu, aku nak turun bawah buat sarapan untuk kita berdua," Doyoung mengangguk kemudian turun dari katil berjalan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Selesai saja mandi, Doyoung pun turun ke bawah menemui suaminya yang sedang sibuk berkutat memasak di dapur. Dalam senyap, dia menyelinap bergerak lalu memeluk suaminya dari belakang. Yang dipeluk jadi sedikit terkejut kerana dia sibuk dengan masakan.

"Oh babe, kau buat aku terkejut,"

"I'm sorry, masak apa tu?" soal Doyoung masih lagi memeluk belakang suaminya. Sesekali dia menjenguk masakan lelaki itu. Baunya yang enak membuatkan Doyoung menjadi lapar.

"Nasi goreng kimchi, duduklah dulu. Sarapan dah nak siap," arah Jaehyun. Doyoung pun melepaskan pelukannya dan mengambil tempat duduk di meja makan. Tidak lama kemudian, Jaehyun pun datang dengan sepinggan penuh nasi goreng yang dia masak.

"Maaf kalau tak sedap, sebab aku dah lama sangat tak masak,"

"Tak apa, aku faham,"ujar Doyoung lalu menyuap sesudu nasi ke dalam mulut. Seketika dia diam untuk memproses rasa nasi goreng tersebut. Kemudian, dia mengangguk tanda nasi goreng itu sedap.

"Baguslah kalau kau suka. Jung Doyoung tak maksud aku Kim Doyoung.."

"Teruskan panggil aku dengan panggilan tu. Aku suka panggilan tu," potong Doyoung lalu menyuap sesudu lagi nasi ke dalam mulut. Jaehyun yang melihatnya tersenyum tipis namun senyumannya kembali hilang saat dia teringat sesuatu. Dia teringat kisah yang berlaku awal pagi tadi.

Tidur lena Jaehyun jadi terganggu saat dia menerima pamggilan dari nombor yang tak dikenali pada awal pagi itu. Dengan berat Jaehyun bangun keluar beranda bilik mereka berdua untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hello?" soal Jaehyun sambil mengusap wajah kusutnya.

"Aku tahu kau sedang sembunyikan Doyoung dari aku. Kenapa? Kau merasa terancam yang aku nak bawa adik aku balik?" Kim Gongmyung, abang kepada Doyoung yang menghubunginya saat itu.

Jaehyun mendengus kasar saat mendengar ancaman dari abang iparnya itu. Kalau ikutkan hati dia tak mahu cari gaduh dengan Gongmyung mengingatkan dirinya sudah berjanji untuk tidak berbuat jahat lagi dan memutuskan persepakatannya dengan Seulgi untuk membalas dendam pada Irene dan keluarganya.

"Dengar, aku dah tak nak buat hal dengan kau lagi. Tolonglah aku mohon, aku nak hidup bahagia dengan Doyoung sekarang. Aku dah tak ada kaitan lagi dengan Seulgi," ujar Jaehyun.

"Kau ingat aku akan percaya kat kau lagi setelah apa yang kau buat dengan keluarga aku? Dengar sini baik-baik, aku akan cari kau dan Doyoung sampai dapat. Mahu tak mahu Doyoung akan ikut aku balik. Ingat tu, " ujar Gongmyung lalu memadamkan panggilan sepihak. Jaehyun yang mendengarnya pun langsung menghempaskan telefonnya kemudian mengambil rokok untuk menenangkan diri. Apa yang dia tak tahu adalah Doyoung mendengar semuanya di sebalik dinding namun wanita itu memilih untuk diam dan kembali ke tempat tidurnya.

HIS SECRET LIFE (END)Where stories live. Discover now