Chapter 6

27 2 4
                                    

Di satu tempat terlihat Gongmyung sedang berjalan masuk ke satu bilik yang seolah seperti bilik kerja namun dengan dekorasi yang gelap dan berwarna hitam.

"Di mana dia, Ningning?" soal Gongmyung pada seorang gadis muda yang memakai sut kerja berwarna hitam yang sedang berdiri di depan sebuah pintu yang ada di dalam bilik itu.

"Ada di dalam sedang tunggu kau datang, masuklah," pelawa Ningning lalu membuka pintu tersebut untuk Gongmyung. Dari jauh dia sudah melihat sosok seorang wanita yang lebih tua daripadanya sedang berdiri membelakanginya. Gongmyung mengerutkan dahinya, ini bukan sosok wanita yang selalu dia jumpa itu. Sosok ini sangat berbeza dengan sosok yang selalu dia jumpa itu.

"Kang Seulgi?"

"Oh, kau dah sampai rupanya?" soal wanita yang bernama Kang Seulgi itu lalu menoleh ke belakang melihat ke tempat di mana Gongmyung sedang berdiri. Dia tersenyum melihat lelaki yang sedang melihatnya itu.

"Apa khabar?" soalnya tersenyum manis melihat kelibat Gongmyung.

"Kau buat apa di sini? Di mana Irene?" soal Gongmyung lalu melabuhkan punggungnya di sofa begitu juga dengan Seulgi yang mengambil tempat di hadapan Gongmyung.

"Irene? Mungkin dia dalam perjalanan ke sini. Sambil-sambil menunggu dia datang, apa kata kita minum segelas wain dulu?" soal Seulgi sambil menuangkan wain ke dalam gelas miliknya dan juga Gongmyung.

"Aku dengar kau dah jadi pengerusi Oh.Corporation sekarang?"

"Macam mana kau tahu?"

"Oh. Corporation kan syarikat raksasa di mata dunia. Kenapa pula aku boleh tidak tahu? Melainkan ada orang cuba tutup berita ni daripada pengetahuan aku," ujar Seulgi sambil menggoncangkan gelas wainnya. Apa pula yang perempuan ni sedang merepek?

"Bila kau balik dari Jepun? Kenapa tak cakap dengan aku?" soal Gongmyung menukar topik.

"Kenapa? Ada masalah ke kalau aku balik sini?" soal Seulgi tidak puas hati.

"Bukan macam tu, kalau aku tahu kau balik sini aku boleh jemput kau di lapangan terbang,"

"Tak payah, aku bukannya budak kecil nak dikawal ketat sepanjang masa,"

Ketika mereka sibuk berdebat, seorang gadis muda berpakaian serba hitam masuk ke dalam bilik itu dan mendekati mereka berdua dan memberi tunduk hormat kepada mereka berdua.

"Winter? Kenapa kau di sini? Mana Irene?" soal Gongmyung hairan melihat pembantu peribadi Irene yang datang dan bukannya Irene sendiri.

"Maafkan saya tapi Puan Irene tak dapat datang kerana ada masalah peribadi," ujar Winter membuatkan Seulgi mendengus kesal mendengarnya.

"Buat penat aku je datang jauh-jauh nak jumpa dia. Beritahu dia aku akan jumpa dengan dia esok pagi di sini. Dah, aku nak balik ke hotel. Buang masa aku menunggu di sini terlalu lama," ujar Seulgi lalu meninggalkan Gongmyung seorang diri bersama dengan Winter di dalam bilik tersebut.

Tidak lama setelah Seulgi pergi, Winter menerima panggilan masuk dari Irene dan memintanya untuk menyerahkan telefon tersebut kepada Gongmyung.

"Aku dengar Seulgi ada di rumah agam tadi. Bila dia balik?" tanya Irene dari talian seberang.

"Aku tak pasti tapi aku nak tanya. Kau ada beritahu Seulgi tentang pelantikan pengerusi tu?"

HIS SECRET LIFE (END)Where stories live. Discover now