Chapter 2

39 2 2
                                    

Sedar tidak sedar, malam pun menjelma. Taeyong dan Hee Jin pulang ke penthouse setelah pertemuan semula mereka dengan Jisung di kafe Renjun siang tadi. Ya, walaupun pada awalnya Hee Jin masih marah dengan Jisung. Tapi, takkanlah dia ingin marah terlalu lama bukan?

"Sayang? Awak penat?" soal Taeyong lalu menggenggam tangan isterinya. Tangannya yang sebelah lagi sibuk mengendalikan kereta.

"Penat sikit je, lepas mandi air panas nanti okaylah,"ujar Hee Jin bersandar pada kerusi. Mana taknya dari pagi tadi dia bergerak dari Seoul ke Jeonju kerana Taeyong perlu singgah sebentar untuk memantau keadaan tapak projek mereka. Ada masalah sedikit yang perlu diuruskan oleh Taeyong sendiri. Kemudian dari Jeonju ke Daegu pula sudah mengambil masa satu jam sebelas minit memandu dan mereka tiba sebelum kembar Lee pulang dari sekolah.

Dan mereka memandu pulang ke Seoul sudah mengambil masa selama tiga jam. Siapa yang tak penat setelah menempuh perjalanan yang memenatkan seharian.

Setelah sekian lama memandu, akhirnya pasangan suami isteri itu tiba di penthouse. Kelihatan Hee Jin terlena dan itu membuatkan Taeyong tidak sampai hati untuk mengejutkan isterinya jadi dia membuat keputusan untuk menggendong tubuh kecil isterinya itu hingga ke unit penthouse mereka.

"Eh, Taeyong. Kamu baru pulang dan Hee Jin kenapa?" soal ibu mentuanya yang baru keluar dari bilik tidurnya kerana tersedar bunyi pintu terbuka oleh seseorang. Ternyata itu adalah Taeyong dan Hee Jin yang baru pulang.

"Hee Jin tertidur, eomma. Dia kepenatan sebab banyak bergerak sepanjang hari ni. Oh ya si kembar dah tidur?" soal Taeyong sambil memperbetulkan posisi menggendongnya. Tubuh Hee Jin memang nampak kecil tapi jangan mudah tertipu. Berat dia sudah makin naik kebelakangan ini.

"Dah lama dah, mereka berdua penat sangat bermain dengan Sungchan seharian ni sampaikan mereka tak benarkan Sungchan pulang. Oh, kamu bawalah Hee Jin masuk bilik. Mesti dia terasa berat kan? Dan jangan lupa ganti baju dia," puan Oh lagi sebelum dia kembali ke biliknya. Taeyong pun membawa isterinya naik ke tingkat untuk masuk ke bilik.

Taeyong meletakkan tubuh Hee Jin secara perlahan supaya tidak mengejutkan isterinya. Kemudian, dia mengambil gaun tidur berwarna maroon isterinya lalu menukar pakaian isterinya itu. Selesai itu, barulah dia pergi membersihkan diri.

Sebelum lelaki masuk ke bilik mandi, telefon bimbitnya berdering menerima panggilan masuk daripada seseorang.

"Hello?"

"......."

"Lakukan apapun. Aku perlukan dia untuk membantuku, esok aku sendiri yang akan datang menjenguknya," arah Taeyong lalu memandang sekilas wajah tidur isterinya.

"Apapun sediakan apa yang aku suruh," ujarnya lagi lalu memadamkan talian kemudian terus masuk ke dalam bilik mandi.

❤️❤️❤️

Jaehyun dan isterinya, Doyoung baru tiba di hotel. Mereka terpaksa tinggal di hotel untuk beberapa hari kerana mereka tiada rumah tetap di Korea. Selama ini pasangan itu hanya tinggal di Rusia untuk masa yang agak lama.

"Kau masuk ke dalam bilik dulu, ada yang perlu aku bincangkan dengan En. Ji. Kalau kau mengantuk jangan tunggu aku, aku mungkin akan lama," ujar Jaehyun. Doyoung terlalu malas untuk menjawab. Dia lebih memilih untuk terus masuk ke dalam bilik hotel. Entah apa yang ingin dibincangkan oleh Jaehyun yang pasti itu bukan sesuatu yang baik baginya. Dia kenal sekali Jaehyun tu perangainya macam mana.

Sebaik saja isterinya pergi, Jaehyun pun memulakan perbincangannya dengan En. Ji, sekretari peribadi Jaehyun . Mereka berbincang di kafe hotel itu kerana Jaehyun terlalu malas untuk keluar ke mana-mana sekarang.

HIS SECRET LIFE (END)Where stories live. Discover now