Chapter 3

35 4 3
                                    

"Jung Jaehyun? Apa yang kau buat di sini?" soal Taeyong bingung. Lelaki yang dipanggil dengan nama Jung Jaehyun itu pun bangun dari kerusi kerja milik Taeyong dan berjalan mengelilingi pejabatnya.

"Saja, takkan aku tak boleh datang jenguk saudara jauh aku kan? Apa khabar kau sekarang? Aku dengar kau dah kahwin dengan pemilik syarikat Oh Corporation. Kenapa kau tak undang aku?" soal Jaehyun sambil berjalan ke arah Taeyong yang masih tercegat di depan pintu pejabatnya.

"Aku terlupa, maafkan aku,"

"Kau terlupa atau kau sengaja ingin merahsiakannya dari aku?"

"Apa maksud kau? Aku tak pernah merahsiakan perkahwinan aku di mata dunia sekalipun. Buat apa aku nak buat macam tu?" soal Taeyong sedikit marah. Bila masa pula dia ingin rahsiakan perkahwinannya? Setahunya berita tentang perkahwinannya itu tersebar luas ke seluruh negara dan salah satunya adalah Rusia. Tapi kenapa Jaehyun tidak mengetahui hal itu.

"Aku tahu sebab kau merahsiakannya dari aku. Sebab kau nak lindungi apa yang mendiang ayah kau wariskan pada kau dan juga syarikat ini. Jangan risau aku tak inginkan syarikat ni, aku cuma nak ambil balik apa yang sepatutnya menjadi milik aku," ujar Jaehyun tersenyum lebar melihat wajah datar Taeyong itu. Sudah tentulah lelaki yang merupakan pemilik syarikat itu tahu apa yang dikatakan oleh Jaehyun tadi.

"Beranganlah sejauh manapun, kau tak berhak mengambil apa yang bukan milik kau," ujar Taeyong dengan tegas. Bukannya takut tapi lelaki di hadapan Taeyong itu makin mengeluarkan senyumnya menampakkan lesung pipit di kedua pipinya.

"Mungkin dengan cara begini takkan membuatkan kau menyerahkan sesuatu yang sepatutnya milik keluarga aku dahulu. Apapun caranya, aku pasti akan mendapatkannya walaupun perlu menumpahkan darah sekalipun," jawab Jaehyun dengan smirknya memandang sepupunya itu.

"Lakukanlah apa yang kau nak, aku takkan serahkannya pada kau sebab aku tahu apa yang terjadi kalau ia jatuh ke tangan kau,"

"Okay, jangan pernah salahkan aku kalau sampai anak bini kau terlibat dalam hal ini, Lee Taeyong. Itu pilihan kau,"ancam Jaehyun membuatkan tangan kanan Taeyong mengepal erat menahan geram. Semakin lama dia bercakap dengan orang di hadapannya itu, rasa marah dalam dirinya semakin membara dan apalagi ketika Jaehyun menyebut tentang keluarganya.

"Kalau kau berani menyentuh keluarga aku, aku akan membuat kau terima pembalasannya, Jung Jaehyun"

"Oh ya? Kita lihat saja nanti apa yang akan berlaku, kau mampu ke melindungi keluarga kau? Dan satu lagi, aku dengar isteri kau pewaris Dark Rose. Jadi, mungkin aku akan mula dengan dia dulu," ujar Jaehyun sebelum pergi meninggalkan pejabat Taeyong.

Taeyong yang melihat pemergiannya segera menumbuk sofa dekat dengan tempat dia berdiri tadi untuk melepaskan geramnya. Dia kenal sekali dengan orang yang bernama Jung Jaehyun itu. Lelaki itu takkan mudah menyerah selagi dia tak dapat apa yang dia nak.

"Kau dah pilih lawan yang salah, Jung Jaehyun. Kalau kau berani sentuh Hee Jin, aku akan pastikan kau terima balasannya," gumam Taeyong geram. Tidak lama kemudian, telefon pintarnya berdering menerima panggilan masuk dari isterinya yang bekerja dari rumah. Sebelum dia menjawabnya, dia menarik nafas dalam.

"Ya, sayang? Awak nak sesuatu ke? Nanti saya belikan," ujar Taeyong sebaik saja panggilan tersambung.

"Tak, saya call sebab ada tetamu di rumah kita. Dia cakap dia isteri kepada Jung Jaehyun, sepupu jauh awak. Jaehyun ada jumpa awak ke?" soal Hee Jin dari talian seberang. Isteri? Jung Jaehyun dah kahwin? Dengan siapa?

"Oh ya, kami baru saja bertemu tadi. Em, sayang? Boleh saya tahu siapa nama isteri Jaehyun?" soal Taeyong ingin tahu identiti adik iparnya.

"Jung Doyoung, nama sebenarnya Kim Doyoung. Saya ingat awak tahu tentang isterinya memandangkan Jaehyun ada berjumpa dengan awak tadi,"

HIS SECRET LIFE (END)Where stories live. Discover now