Setelah dua hari terlantar sakit, akhirnya Jisung kembali bekerja seperti biasa begitu juga dengan Dejun. Tapi hari ini agak berbeza. Tiba-tiba sahaja seorang Park Jisung menjadi tumpuan utama di syarikat membuatkan Jisung hairan. Termasuklah dengan En. Hwang sekali yang berkelakuan pelik sebaik saja dia masuk kerja.
"En. Hwang, kenapa semua orang berkelakuan pelik hari ni termasuk dengan awak sekali. Ada sesuatu ke kat muka saya?," soal Jisung masih bingung.
"Tak ada apa tuan, sebenarnya semua orang fikir yang tuan tak masuk pejabat dua hari ni sebab tuan melangsungkan majlis pertunangan dengan kekasih tuan. Semua tu sebab cincin yang tuan pakai sekarang," jelas En. Hwang sambil menunjukkan cincin yang dipakai olehnya. Patutlah semua orang senyum semacam saja.
"Tahniah tuan atas pertunangan tuan dengan Tuan Dejun," ucap En. Hwang tersenyum. Tak sangka bosnya akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.
"Masih awal lagi nak ucap tahniah. Tunggu masa majlis perkahwinan kami dalam masa dua minggu yang akan datang. Tolong mulakan persiapan majlis perkahwinan saya mulai hari ini dan gaji awak akan saya naikkan dua kali ganda sebab dah tolong saya," ujar Jisung lalu berjalan masuk ke dalam lif.
"Wah, terima kasih banyak tuan!" ujar En. Hwang gembira lalu memberi tunduk 90 darjah pada Jisung.
"Tak nak masuk ke? Ada banyak kerja yang perlu kita buat,"
"Oh, baiklah tuan!"
❤️❤️❤️
Dejun sedang meneliti kertas kerja saat dia menerima panggilan daripada adiknya. Tanpa membuang masa dia pun mengangkat panggilan tersebut.
"Ya, Hee Jin. Ada apa?"
"YA! KAU DAH TERIMA LAMARAN JISUNG KE??" soal Hee Jin berteriak dalam talian membuatkan telinga Dejun sakit.
"Ish, kau ni heboh betul. Kalau ya pun, kenapa? Ada masalah ke?"
"Tak ada masalah sebenarnya. Ni aku tanya, betul ke kau berdua berkahwin dalam masa dua minggu ni?" soal Hee Jin terdengar sangat teruja.
"Kalau ikutkan macam tu lah perancangannya,"
"Omo, omo. Abang aku dah nak kahwin tak lama lagi. Terhura I,"
"Dah, dah aku nak sambung kerja. Malam nanti, aku naik ke rumah kau,"
"Okayy, btw cantik gaun yang kau pilih. Thank you! Bye!" Dan panggilan pun terputus sebelum dia sempat nak bertanya dari mana gaun tu datang. Kemudian dia pun sedar, mungkin tu dari Jisung.
Pintu pejabat Dejun dibuka dan terlihat setiausaha nya masuk ke dalam biliknya.
"Ada apa Cik Hyun?" soal Dejun hairan.
"Ada tetamu nak jumpa tuan,"
"Siapa?"
"Mereka adalah orang tua Tuan Jisung," ujar setiausahanya membuatkan Dejun terus bangun untuk menerima kedatangan orang tua Jisung atau lebih tepatnya bakal mentua. Tidak lama kemudian, terlihat ayahnya Jisung, Park Chanyeol dan ibunya, Bae Jinyoung (Punch) pun muncul.
"Mama, papa. Bila kamu berdua balik dari Amerika? Kenapa tak beritahu saya atau Jisung?" soal Dejun gementar. Mana tak nya, bakal mentuanya tiba-tiba datang tanpa diberitahu.
YOU ARE READING
HIS SECRET LIFE (END)
FanfictionSECOND BOOK OF MY MAFIA SECRETARY Sudah lima tahun Hee Jin dan Taeyong menjalani kehidupan mereka bersama dengan anak kembar mereka. Hee Jin menyangka bahawa tiada lagi rahsia yang perlu disembunyikan di antara mereka namun ternyata dia salah. Rupan...