"Oppa, Gongmyung oppa," panggil Doyoung cuba menghampiri Gongmyung yang sedang berdiri sambil berbual dengan para tetamu namun lengannya ditarik oleh Jaehyun secara paksa.
"Ke mana kau nak pergi?" soal Jaehyun sambil menarik lengan Doyoung dengan kasar membuatkan wanita itu memberontak ingin melepaskan diri.
"Lepaslah, aku nak jumpa dengan Gongmyung,"
"Tak boleh, mari kita balik. Kau tak boleh jumpa dengan dia," ujar Jaehyun lalu menarik Doyoung keluar dari majlis tersebut. Doyoung pula masih lagi memberontak memanggil nama Gongmyung yang asyik berbual dengan para tetamu.
Tanpa sengaja, teriakan Doyoung berjaya membuatkan Gongmyung berpaling ke arah Doyoung yang sedang ditarik paksa keluar dari dewan tersebut oleh Jaehyun. Gongmyung terkejut dan tak menyangka bahawa adiknya berada di situ sedari tadi bersama dengan orang yang paling dia benci iaitu Jung Jaehyun dan apa yang mengejutkan lelaki itu sedang membawanya pergi.
"Doyoung? Doyoung!"teriak Gongmyung cuba mengejar adiknya yang sudah berada jauh dari dewan namun dihalang oleh Hee Jin yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
"Kau lupa apa yang aku cakap? Kalau kau bertindak melulu macam ni, Jaehyun akan berbuat sesuatu pada adik kau nanti. Kau nak adik kau mati di tangan orang yang sama yang telah membunuh orang tua kau?" soal Hee Jin berbisik di telinga lelaki tersebut.
"Habis, kau nak aku duduk diam dan perhatikan adik aku diseksa oleh syaitan tu dari jauh? Macam tu?"
"Kau dengar sini, kalau bukan sebab aku yang jemput Jaehyun dan Doyoung datang ke majlis ni, kau takkan jumpa mereka. Kalau kau memang nak selamatkan adik kau, kau kena tolong fikirkan cara macam mana nak jatuhkan Jaehyun," ujar Hee Jin sedikit mencengkam kolar kemeja yang dipakai oleh Gongmyung.
"Apa yang kau sedang rancangkan?"
"Buat masa ni, biarkan Doyoung bersama dengan Jaehyun terlebih dahulu. Aku akan beritahu kau rancangan seterusnya nanti," ujar Hee Jin sambil melepaskan cengkamannya.
Taeyong yang sedari tadi memerhati isterinya dari tingkat dua dewan tersebut merasa ada sesuatu yang tidak kena di antara Hee Jin dan Gongmyung. Mereka seolah sedang merancang sesuatu tapi apakah ia dan adakah ia berkaitan dengan Jaehyun ataupun Irene?
"Hey, Taeyong? Apa kamu buat di sini?Mana Hee Jin?" soal Seulgi yang tiba-tiba muncul tanpa khabar.
"Oh, aunty Seulgi. Hee Jin, dia ada di bawah sedang melayan tetamu. Oh ya, kenapa aunty di sini dan macam mana aunty boleh masuk? Ini kan tempat privasi khas untuk Kelab Alice Palace, hanya ahli kelab saja yang dibenarkan masuk," ujar Taeyong hairan. Menurut peraturan yang telah ditetapkan oleh Dejun, bilik di tingkat dua dewan tersebut merupakan tempat khas untuk VIP Alice Club. Hanya ahli kelab saja yang dibenarkan masuk tapi macam mana pula Aunty Seulgi boleh masuk ke dalam bilik tersebut?
"Oh,aunty hanya cakap yang aunty adalah makcik kepada Hee Jin dan Hee Jin ada juga beri kad akses untuk masuk ke sini," ujar Seulgi sambil menunjukkan kad akses yang dia katakan. Memang betul itu adalah kad akses Alice Palace tapi itu khas untuk ahli kelab saja, bagaimana pula wanita itu boleh mendapatkannya dengan mudah? Setahu Taeyong, Hee Jin sangatlah berwaspada untuk memberi sesuatu yang sulit seperti kad tersebut kepada orang lain. Atau mungkin Hee Jin memang memberinya?
"Taeyong, aunty nak tanya. Kamu.. ada kaitan dengan Irene?" soal Seulgi membuatkan Taeyong hairan. Macam mana pula wanita ini boleh mengenali Irene?
"Macam mana aunty boleh kenal dengan Irene?"
"Irene? Dia orang yang sangat rapat dengan kamu dan juga Hee Jin. Dia yang hantar aunty ke Jepun untuk bertahun lamanya. Kalau kamu nak tahu sangat siapa Irene, datanglah ke Jeju. Di sana ada sebuah rumah agam terletak di atas bukit. Irene, dia tinggal di sana sekarang dan ini kunci rumah agam" ujar Seulgi tersenyum sambil menyerahkan kunci tersebut pada Taeyong kemudian pergi meninggalkan lelaki itu seorang diri.
YOU ARE READING
HIS SECRET LIFE (END)
FanfictionSECOND BOOK OF MY MAFIA SECRETARY Sudah lima tahun Hee Jin dan Taeyong menjalani kehidupan mereka bersama dengan anak kembar mereka. Hee Jin menyangka bahawa tiada lagi rahsia yang perlu disembunyikan di antara mereka namun ternyata dia salah. Rupan...