Jisung kini berada di stor pekerja untuk menjadi cleaner di penthouse milik Hee Jin. Sekali lagi dia menurut dengan rancangan gila Xujin yang menyuruhnya menyamar menjadi cleaner untuk mencari tahu orang yang Taeyong sembunyikan di penthouse yang sama.
Sebelum itu, Xujin dan Jisung pergi membeli bahan dan baju yang akan Jisung gunakan dan sudah tentulah wanita itu membayarnya dengan black card yang dia curi dari Taeil tadi.
Dan kini lelaki tersebut sedang bergerak sambil menolak barang untuk membersih menuju ke lif untuk naik ke tingkat 49 di mana lelaki misteri yang dia jumpa hari itu. Dan jangan risau, Hee Jin telah memberitahunya awal nombor unit penthouse milik lelaki misteri tersebut.
Setelah mengambil masa yang lama untuk naik, akhirnya Jisung tiba juga di tingkat 49 dan sekali dia menolak trolinya mencari di mana unit milik lelaki misteri tersebut dan akhirnya dia terjumpa juga. Kalau betul itu adalah Dejun hyung, aku akan tidur dengan lena malam ni, desis hatinya lalu tanpa ragu mengetuk pintu tersebut.
"Housekeeping!" teriak Jisung untuk percubaan pertama namun tiada jawapan. Sekali lagi dia mengetuk pintu dan berteriak.
"HOUSEKEEPING!"
"YA, TUNGGU SEKEJAP," jawab yang di dalam sana. Kemudia kedengaran bunyi kunci pintu dibuka oleh seseorang membuatkan Jisung semakin berdebar untuk melihat siapa yang tinggal di situ selama ini hinggakan mereka hampir bodoh kerana tertipu dengan helah Taeyong dan juga lelaki tersebut. Tak lama selepas itu, muncullah pemilik rumah tersebut dan orang itu adalah Oh Dejun yang telah disahkan meninggal dalam kebakaran lima tahun lepas.
"Dejun hyung?" gumam Jisung namun tidak didengari oleh Dejun. Dia tak percaya yang di depan matanya sekarang ini adalah Oh Dejun. Dia masih hidup dengan bekas luka kebakaran di wajahnya dan lengannya yang masih berbalut dengan plaster. Itu yang Jisung lihat sekarang.
"Maaf tapi setahu saya, saya tak call mana-mana perkhidmatan housekeeping," ujar Dejun bingung. Melihat lelaki itu kebingungan, dengan perlahan Jisung pun membuka topi dan mask berwarna hitam yang menutup wajahnya tadi supaya Dejun dapat melihat dirinya.
"Hyung..." lirih Jisung perlahan mengangkat kepalanya untuk menatap Dejun. Alangkah terkejutnya Dejun saat dia melihat Jisung sudah menemui dirinya.
"Park.. Park Jisung...?"
🌹🌹🌹
"Park Jisung...?" soal Dejun bingung. Tanpa aba-aba Jisung langsung menyerang bibir Dejun sambil menutup rapat pintu dan menguncinya agar tiada yang mengganggu kegiatan mereka. Dejun hampir hilang keseimbangan jika Jisung tidak menahan pinggangnya lalu menolaknya ke dinding tanpa melepaskan ciuman mereka.
Ciuman Jisung menjadi semakin ganas saat dia mulai turun ke leher Dejun dan meninggalkan bekas kemerahan di situ. Dengan tenaga yang masih ada Dejun menolak Jisung menjauhi dirinya.
"Cukup sampai di situ. Tubuh aku sekarang dah cacat dan dipenuhi luka. Aku tak layak untuk kau, jadi tolong tinggalkan aku. Kau berhak cari yang lain," ujar Dejun cuba melarikan diri namun tangan Jisung lebih cepat melekat di dinding menghalang jalannya.
"Di mana bilik kau?" soal Jisung membuatkan Dejun hairan.
"Kenapa kau.." sekali lagi percakapannya dipotong oleh Jisung yang menariknya masuk ke dalam bilik tidur lelaki cantik itu. Sebaik saja masuk ke dalam bilik, Jisung tak teragak-agak membuka baju milik Dejun dan memerhatikan bekas luka kebakaran yang ada di tubuh lelaki itu.
YOU ARE READING
HIS SECRET LIFE (END)
FanfictionSECOND BOOK OF MY MAFIA SECRETARY Sudah lima tahun Hee Jin dan Taeyong menjalani kehidupan mereka bersama dengan anak kembar mereka. Hee Jin menyangka bahawa tiada lagi rahsia yang perlu disembunyikan di antara mereka namun ternyata dia salah. Rupan...