Chapter 4

38 3 9
                                    

Hee Jin baru saja tiba di penthouse saat malam menjelma. Kedengaran suara anak-anaknya sedang bermain di ruang tamu dengan nenek mereka membuatkan Hee Jin terasa senang.

"Mommy!" teriak kedua puteranya itu sambil berlari lalu memeluk kakinya. Hee Jin pun membongkokkan badannya untuk memeluk kedua mereka.

"Hai, sayang mommy. Kamu berdua dah makan?" soal Hee Jin lalu mencium pipi Junho dan Joonjae.

"Sudah mommy, halmeoni yang masak tadi. Oh ya mommy, di mana daddy?" soal Joonjae. Anak itu pasti fikir bahawa mommy dan daddy mereka keluar bersama.

"Hm? Daddy kamu belum balik lagi? Mommy fikir daddy kamu sudah balik," ujar Hee Jin hairan. Seharusnya jam begini Taeyong sudah balik ke penthouse kerana jam bekerjanya sudah habis. Adakah suaminya sedang bekerja lebih masa di pejabatnya?

"Beginilah, apa kata kamu berdua pergi tidur dulu, hm? Biar mommy yang tunggu daddy kamu balik, okay?" ujar Hee Jin mengusap pipi kedua anaknya. Junho dan Joonjae pun mengangguk faham lalu naik ke bilik tidur mereka di tingkat atas.

"Jangan lupa gosok gigi kamu berdua," pesannya lalu disambut oleh teriakan riang dari si kembar itu. Setelah memastikan si kembar itu naik, Hee Jin pun menghampiri ibunya yang masih berada di ruang tamu.

"Hee Jin? Kamu seorang je ke? Mana suami kamu?Eomma ingat kamu berdua keluar bersama tadi, " soal si ibu hairan melihat hanya anaknya sudah pulang tapi tidak bersama dengan menantunya. Dia fikir pasangan muda itu keluar bersama.

"Tak, Hee Jin pergi ke Daegu dengan Xujin tadi jumpa papa. Hee Jin ingat dia dah balik tadi," ujar Hee Jin bingung. Mungkin En. Jang tahu di mana suaminya.

"Pula, eomma ingat dia dengan kamu,"

"Tak apalah, eomma. Nanti Hee Jin tanya En. Jang tak pun Hee Jin yang tunggu dia balik," ujar Hee Jin tersenyum tipis.

"Baiklah, kamu pergilah bersihkan diri dulu. Nak eomma tolong sediakan air panas untuk kamu berendam?" soal si ibu.

"Tak apa, Hee Jin boleh sediakan sendiri. Hee Jin naik dululah, eomma pergilah tidur. Dah lewat ni," ujar Hee Jin lalu naik ke tingkat atas.

🌹🌹🌹

Taeyong sedang melihat Dejun yang duduk di atas katil hospital. Lelaki itu sudah memindahkan abang iparnya ke sebuah hospital yang jauh dari Seoul supaya dia dapat dirawat dengan lebih baik.

Setelah memindahkannya ke sebuah cawangan hospital kecil, Dejun terus menjalani pemulihan lecur di wajahnya dan syukurlah wajahnya hampir kembali sembuh kerana luka lecur di bahagian wajahnya tidak terlalu teruk jadi para doktor pun mengambil keputusan untuk menyembuhkan bahagian itu dahulu.

"Apa? Tak pernah tengok orang mati hidup balik ke?" soal Dejun dengan suara yang hampir tidak kedengaran kerana peti suaranya hampir rosak disebabkan letupan dahulu.

"Kalau bukan disebabkan aku, kau takkan hidup terbaring di atas katil sana. Bersyukurlah yang kau masih hidup sekarang ni," ujar Taeyong dengan dingin tanda malas nak layan abang iparnya itu. Dejun tergelak kecil melihat reaksi Taeyong seperti itu.

"Apa cerita kau dengan Hee Jin? Korang jadi kahwin kan? "

"Dah tentulah, siap ada anak kembar lagi. Jangan risau, dia sihat je. Cuma dia sibuk sikit sekarang ni,  sebab syarikat milik kau telah bergabung dengan Oh. Corporation dan sekarang ramai yang cuba melabur dan bekerjasama dengan dia sekarang," ujar Taeyong. Dejun mengangguk tanda faham. Memang patut pun syarikat miliknya bergabung dengan syarikat besar Hee Jin kerana dia sudah memindahkan hak pemilikan pada adiknya itu.

HIS SECRET LIFE (END)Where stories live. Discover now