Chapter 12 (END)

30 2 2
                                    

'Kang Seulgi ditemui tewas bersama isteri pemilik dan juga CEO Syarikat Pembangunan JJ akibat terjatuh dari bangunan ketika dikejar oleh pihak polis'

' Pemilik Yayasan Cheongin dan isteri kepada CEO muda Jung Jaehyun , Kim Doyoung ditemui maut bersama pelarian yang bernama Kang Seulgi ketika insiden kejar-mengejar untuk menahan Kang yang merupakan penjenayah yang dikehendaki. Beliau didakwa atas tuduhan mendalangi pembunuhan terhadap Park Sooyoung, Son Wendy dan Oh Sehun. Beliau juga didakwa atas tuduhan menggelapkan dana syarikat milik beliau, pembukaan kasino haram di luar negara, penyeludupan bahan kimia secara haram untuk mencipta satu virus berbahaya yang kini sudah berjaya dihapuskan oleh para saintis yang profesional. Semua bukti terhadap tertuduh telah diserahkan pada pihak pendakwaan untuk meneruskan siasatan bagi menuntut kematian Kim Doyoung'

Antara berita yang didengari oleh Jaehyun ketika itu. Mereka baru saja tamatkan majlis pengebumian Doyoung ketika itu. Doyoung dikebumikan bersebelahan dengan abu milik ayah dan ibu mereka. Sepanjang pengebumian Doyoung , lelaki itu langsung tidak mengucapkan sepatah kata pun. Seolah separuh dari jiwanya dibawa pergi bersama dengan Doyoung di sana. Hidupnya kehilangan cahaya yang menerangi dirinya. Pemergian isterinya yang tercinta memberi impak yang besar pada dirinya. Dia merasakan dirinya gagal menjadi suami yang baik pada Doyoung.

Gongmyung yang melihat Jaehyun dalam keadaan lemah itu pun berasa kasihan. Mana taknya, lelaki itu baru saja ingin merasa bahagia bersama keluarga kecilnya namun kehendak Tuhan di sebaliknya. Melihat Jaehyun seperti itu, dia berasa gagal menjadi seorang abang kerana tidak mampu melindungi adiknya sepertimana yang dia janji pada orang tua nya dahulu.

"Uncle Myung.. " lirih suara gadis kecil yang berusia dalam lingkungan lima tahun macam itu. Gadis kecil itu terlihat sedang memeluk kaki pakciknya. Gongmyung yang menyedari kehadirannya langsung mengangkat tubuh kecil gadis tersebut.

"Uncle Myung.. itu papa kah?" soalnya sambil menunjuk ke arah Jaehyun yang sedang duduk tidak jauh dari mereka.

"Em, itulah papa Hyewon. Hyewon nak jumpa dengan papa?" soal Gongmyung. Anak kecil itu pun mengangguk dan minta diturunkan supaya dia dapat jumpa dengan papanya. Perlahan Hyewon mendekati papanya yang sedang bersedih meratapi pemergian isterinya.

"Papa.." tegur Hyewon sambil menyentuh lembut bahu Jaehyun yang sedang menutup wajahnya dan tangan kecil itu berjaya menyentak Jaehyun dari lamunannya.

"Hye..Hyewon..?"

"Papa kenapa menangis? Papa rindu mama kah? Uncle Myung cakap mama dah pergi ke sebuah tempat yang mereka panggil 'Syurga'. Betulkah?" soal Hyewon polos. Jaehyun tidak dapat menahan lagi rasa sebaknya. Dia langsung memeluk tubuh anak kecil tersebut. Kemudian, dia melepaskan pelukannya lalu memangku anaknya itu.

"Dari mana kamu belajar tu sayang?"

"Dulu masa Hyewon di luar negara, ada kawan Hyewon yang ibunya meninggal kerana sakit. Nenek dia cakap ibu dia telah pergi ke syurga untuk tinggal bersama orang baik di sana. Jadi Hyewon pun tanyalah mama. Mama cakap syurga adalah tempat untuk orang yang baik, di sana mereka akan hidup bahagia dan tidak akan merasa lagi apa-apa kesakitan yang pernah mereka rasa waktu hidup. Jadi papa janganlah bersedih lagi, mama pasti dah tak rasa sakit di sana lagi kan?"ujar si kecil itu membuatkan Jaehyun kembali memeluknya. Sepertinya kehadiran Hyewon dalam kehidupannya telah membawa kembali sinar dalam hidupnya. Namun, adakah sinaran itu akan berkekalan?

Malam itu, setelah selesai makan malam Jaehyun menemani anaknya tidur dan kini dia sedang duduk di tepi katil anaknya itu sambil merenung sebuah pendrive di tangannya. Saat itu, dia sedang memikirkan perancangan yang terbaik untuk masa depan anak dia. Sesekali dia merenung wajah anaknya yang sedang tidur lena itu kemudian perlahan dia menghampirinya dan mengecup lembut kening dahi Hyewon. Setelah itu, dia pun keluar menemui Gongmyung sedari tadi memerhati tingkah lakunya.

HIS SECRET LIFE (END)Where stories live. Discover now