Chapter 11

26 3 3
                                    

Setelah selesai membuat penggambaran, Jaehyun mengajak isterinya makan di sebuah restoran Korea kegemaran mereka. Sebaik saja sampai mereka terus memesan makanan dan sementara menunggu makanan mereka sampai, Jaehyun pun mengajak isterinya berbual untuk mengelakkan rasa bosan.

"Jaehyun, aku nak beritahu kau sesuatu ni. Aku dah lama simpan rahsia ni dari kau," ucap Doyoung membuatkan Jaehyun tertanya. Rahsia apa pula yang isterinya sembunyikan darinya selama ni. Dengan penuh perasaan ingin tahu, Jaehyun mendengar cerita dari isterinya.

"Aku sebenarnya.."

"Oh, sekejap. Ada orang call," potong Jaehyun membuatkan percakapan Doyoung terbantut. Doyoung menghela nafas berat, kalau macam ini terus sampai bila-bila pun suaminya takkan tahu rahsia yang dia sembunyikan selama ini. Setiap kali dia cuba untuk menjelaskannya pada Jaehyun ada saja yang menghalangnya untuk berbicara.

"Ya, Jung Jaehyun bercakap," 

" Ini aku, Oh Hee Jin," ujar Hee Jin dalam talian membuatkan Jaehyun hairan. Dari mana Hee Jin dapat nombornya?

"Oh Hee Jin? Kenapa kau call aku dan dari mana kau dapat nombor aku"

" Itu tak penting, sekarang ni kau ada di mana? Doyoung ada dengan kau kan?" soal Hee Jin. Sebelum menjawab pertanyaan Hee Jin, Jaehyun menjeling isterinya seketika kemudian baru dia menjawab pertanyaan tadi.

"Doyoung ada je dengan aku, dia tengah makan. Sekarang beritahu kenapa kau cari aku? Aku dah tak nak terlibat dengan apa-apa masalah yang melibatkan Kang Seulgi," ujar Jaehyun lalu menghela nafas berat.

"Justeru disebabkan Kang Seulgi lah aku perlukan kau. Aku nak kau jumpa dengan aku dan bawa Doyoung sekali," ujar Hee Jin tegas. Jaehyun terdiam sejenak memikirkan apa yang baru Hee Jin katakan sebentar tadi. Kalau ikutkan hatinya, dia tak mahu berjumpa dengan sesiapa lagi atau masuk campur dalam apa-apa masalah lagi. Yang dia nak sekarang adalah hidup tenang bersama dengan isterinya.

"Jung Jaehyun," ujar suara garau dari talian Hee Jin. Jaehyun kenal suara itu, itu suara Gongmyung. Abang iparnya itu sedang bersama dengan Hee Jin dan juga Taeyong seperti mana yang dia janjikan semalam.

"Hyung.."

"Bagi lousdpeaker biar Doyoung dengar sekali apa yang aku nak cakap," arah  Gongmyung. Jaehyun tanpa banyak cakap pun menurut dengan apa yang disuruh oleh lelaki itu tadi.

"Jung Doyoung, ini aku Gongmyung," ujar Gongmyung membuatkan Doyoung membeliakkan matanya tidak percaya. Jadi, sebelum ini memang Gongmyung yang dia lihat di majlis ulang tahun syarikat Hee Jin dulu.

"Oppa.. kau dekat mana selama ni? Hyewon..dia di mana sekarang? Dia dengan siapa sekarang, siapa yang jaga dia sekarang?" soal Doyoung bertubi-tubi. Jaehyun hairan dengan tingkah isterinya yang panik tiba-tiba dan siapa pula Hyewon yang baru Doyoung sebut tadi.

"Hyewon masih di luar negara. Dia dijaga oleh pembantu aku, lepas semuanya dah selesai aku akan bawa Hyewon balik jumpa kau dan juga Jaehyun. Doyoung ah, sekarang dengar apa yang aku nak cakap ni. Aku nak kau pujuk Jaehyun datang jumpa kami, kita selesaikan konflik ni bersama. Kami perlukan Jaehyun untuk mengheret Seulgi ke muka pengadilan. Jadi, boleh kau tolong kami? Lebih cepat kau pujuk Jaehyun untuk kami, lebih cepat semua masalah ni selesai dan aku takkan ambil kau dari Jaehyun. Aku akan biarkan kau berdua hidup bahagia lepas ni," ujar Gongmyung. Jaehyun terpinga mendengar apa yang baru saja dia dengar sebentar tadi. Apa yang membuat Gongmyung berubah fikiran?

"Jaehyun ah, aku tahu kau terkejut dengan apa yang baru aku katakan tadi. Aku baru sedar kalau aku ambil balik Doyoung pun tak ada guna kalau dia sudah menemui kebahagiaannya takkan aku nak rosakkan kebahagiaan dia pula. Aku beri kau peluang kedua, tapi kalau kau masih lagi sakiti adik aku, aku tak teragak-agak datang nak bawa dia pergi ke luar negara dengan aku," ujar Gongmyung lagi.

HIS SECRET LIFE (END)Where stories live. Discover now