Prolog

46 6 4
                                    

"DHIA!"

Seorang gadis kecil molek dan comel menoleh kearah suara si pemanggil.

Ya, gadis comel yang bernama Dhia tu akulah. Dhia Elana.

"Kenapa? Kau nak tukar shift dengan aku ke? Tak boleh, aku tak nak. " Cepat cepat aku tolak sebelum dia bersuara. Asyik nak minta tukar shift je. Ikut je la shift yang dah diberi. Ni mesti nak dating kan.

"Alah.. Boleh la Dhia. Hari ni je. Aku dah janji dengan Najmi nak date dengan dia hari ni. Hari ni kan gaji. Boleh la Dhia. Kau kan comel, cantik dan baik hati. "

Ni yang aku lemah ni. Dia puji puji pula. Puji je tak apa la. Tapi ni tangan kenapa peluk2 lengan aku. Aku tau la lengan aku sado.

"Yelah! Boleh la. Tapi aku nak ayam kyonchon. Boleh tak? " terus Shafa mengangguk laju.

"Terima kasih Dhia. Kau la sahabat sejati aku. " pipi aku terus menjadi mangsa Shafa. Euww apa ni cium cium.

"Dah tepi! Aku nak sambung kerja. " kuat juga aku tolak Shafa sampai dia hampir nak jatuh. Tapi bila lihat Shafa masih boleh senyum makna nya dia okay la tu.

Tanpa meminta maaf aku terus melangkah keluar dari bilik staf. Penutup muka aku naikkan semula ke hidung. Tandas perempuan aku masuk. Bilik stor peralatan aku buka dan keluarkan penyapu, pencuci lantai dan lain lain. Tanda 'awas lantai licin', aku letakkan di depan pintu masuk tandas.

Tapi ada satu rahsia yang aku sorok dan tidak pernah aku ceritakan pada kawan kawan sekerja aku. Kecuali kawan rumah aku.

Sedang aku membasahkan lantai dengan air tiba tiba seorang budak muncul sambil berlari masuk ketandas.

"Ehh! Dik jangan lari. Jatuh nanti. " belum sempat aku nak tegur habis. Aku yang terkejut.

Budak tadi yang berlari masuk kedalam tandas dia lari terus tembus dinding batu.

Aku telan air liur yang memang dah kering. Kenapa aku tegur. Lain kali jangan tegur. aku pejam mata, buka, pejam, buka.

Aku terus pusingkan badan nak lari dari situ. Pura pura yang aku tak nampak. Tapi kaki aku macam disekat. Tiba tiba ada suara menegur sambil ketawa.

"Akak nampak saya ke? "

°°°°°


Hai geng!

Sis nak try buat genre baru iaitu horor, comedy romance.

Plot cerita ni sis ambil dari movie Low Season. Yang pelakon dia mario maurer si hensem tu. Tapi tak ada la sis ikut 100% dalam movie tu. Dalam cerita ni, sis akan letak banyak hantu yang akan keluar. Dalam movie tu sikit je kan. Tapi dalam watpad sis try letak banyak banyak part hantu.

2 BrokenheartedWhere stories live. Discover now