Sebelas

11 2 0
                                    

"SUDAH la nangis tu. Aku kan ada kat sini. " ini sudah ke 5 kali Han suruh aku berhenti nangis. Aku dah berhenti nangis cuma masih ada sedu nya. Hingus pula banyak dalam rongga hidung ni.

Han masih berjalan didepan aku. Seperti hari tu, dia tak nak aku berjalan di depan dia. Sekarang ni aku pegang tali beg dia. Kami sedang cari sungai. Han kata kalau nak cari jalan keluar kena cari anak sungai.

Tiba tiba langkah Han terhenti. Aku pun cepat cepat brek. Tak nak lagi tercium dengan belakang tubuh Han. Han menyuruh aku diam. Dia letakkan jarinya dibibir nya.

"Dengar tak? " aku cuba pasang telinga. Macam bunyi air. Terus aku toleh kearah Han.

Mata aku dan Han terus meluas. Dan kami tersenyum bila yang kami cari sudah dijumpai. Aku dan Han cepat cepat menuju kearah bunyi air sungai.

Ternyata betul ada sungai tidak jauh dari kami. Sampai sahaja di tepi sungai, aku menjerit riang. Aku terus pergi ke tepi gigi air sungai. Memercik air kearah Han. 

"Tolong jangan senyum. " kata Han dengan dingin. Kenapa tiba tiba mood dia berubah. Kemudian Han berjalan tepi gigi air mula meninggalkan aku. Dan sempat telinga aku dengar walaupun perlahan sahaja suaranya.

"Annoying."

💔

Alhamdulillah, sebabkan kami ikut laluan tepi sungai, akhirnya jumpa juga jalan pulang ke rumah hutan. Sepanjang perjalanan pulang kami hanya sepi tiada langsung komunikasi. Aku takut nak tegur Han. Dah la tadi dia kata aku annoying. Muka pun ketat je.

Aku ingatkan kaum wanita je yang ada mood kelaut. Lelaki pun ada rupanya.

Setibanya kami di perkarangan rumah hutan. Ramai manusia di sana. Mungkin mereka juga baru sampai ke rumah hutan. Jadi tak ada la lama pun kami sesat. Nasib baik aku jumpa dengan Han. Macam mana kalau aku sorang sorang dalam hutan sekarang ni. Dah la hutan tu tempat 'dia'. Dan yang aku pelik mana pergi 2 orang perempuan tu. Aku tak nak la fikir yang bukan bukan walaupun memang itu yang aku fikir kan sekarang ni.

Sampai sahaja aku dan Han ke tempat berkumpul, terus aku dirempuh sekumpulan perempuan. Sakit juga la kene rempuh. Aku dah la kecik comel.

Aku lihat Han dikerumuni perempuan perempuan yang rempuh aku. Suka la tu dia jadi perhatian. Nampak la dia senyum walaupun tadi payah betul dia nak tarik bibir tu untuk senyum.

Hmm orang kacak mesti la ramai peminat.  Orang macam aku ni, sudah la pendek, cermin mata pula besar. Boleh pula nampak hantu. Patut la dicurangi. Apa patut aku buat. Tak ada apa. Balik bilik, solat jamak takhir. Lepas tu tidur. Makan malam nanti aku bedal apa ada kat kafe tu.

💔

Aku rasa geng geng perempuan kat sini semua macam tengah palau aku. Aku duduk dengan mereka masa di kafe, mereka terus bangun dan duduk ditempat lain. Bila di depan unggun api pun sama. Jadi sekarang aku duduk sorang diri. Memang hidup aku akan keseorangan agak nya. Sedih betul.

Aku sarung hood dikepala. Lutut dipeluk rapat. Mata hanya memandang kearah unggun api. Mengenang nasib diri yang dipinggirkan oleh kaum sendiri.

Ada lagi baki 2 hari aku akan bermalam di rumah hutan. Tapi dah rasa tak best. Nak balik. Tapi burn la duit aku tu. Terpaksa bertahan lagi 2 malam.

Waktu waktu macam ni kalau dekat rumah aku tengah gayut dengan Qaiser. On the phone la. Korang fikir apa. Aku bergayut kat pokok.

Tengah borak cerita cerita harian kami, berpick up line. Bersayang sayang, wish good night. Indah nya sangat dilamun cinta. Tapi sekarang semua sudah tinggal kenangan. Jantan tak guna tu, sampai hati main kayu 3. Pftt aku kata main kayu 3 dan macam Qaiser tu suami aku.

Tiba tiba terasa ada seseorang duduk disebelahku. Malas nak ambil tau siapa, aku cuma memandang kearah unggun api.

"Teringat boyfriends tak jadi ke? " ayatnya memerli. Aku tau suara siapa. Manusia yang cakap aku annoying. Aku mencebikkan bibir dan menjulingkan mata keatas. Dia lagi annoying sekarang ni.

"Senyap je. Betul la kan. " dia bersuara lagi. Kali ni dia tergelak kecil dihujung ayat. Aku rasa macam nak sepit aje bibir dia dengan penyepit yang ada di kafe tu.

"Kalau tak ada benda nak cakap, baik diam. " aku membalas. Cukup la untuk dia tau yang aku pun annoyed dengan dia.

"Kau nak dengar aku nyanyi tak? Suara aku sedap untuk didengari. Rugi tau kau tak dengar. Nanti jangan tak boleh tidur malam pula sebab tak dengar suara merdu aku. " tiba tiba dia ubah topik. Lebih kepada masuk bakul angkat sendiri pula tu.

Aku masih tidak memandangnya. Tiba tiba bunyi gitar dipetik. Bunyi nya tidak la sumbang. Note yang dimainkan seperti seseorang yang mahir dengan gitar.

"If you ever leave me, baby" Telinga aku terus terangkat. Tapi aku masih tidak memandang Han. Merajuk konon.

"Leave some morphine at my door..
Cause it would take a whole lot of medication..
To realize what we used to have
We don't have it anymore"

Tak dinafikan, memang merdu pun suara Han ni. Tapi tak ada la aku nak puji dia depan depan. Nanti makin meluat pula aku dengan dia ni.

"There's no religion that could save me
No matter how long my knees are on the floor (oh)
So keep in mind all the sacrifices I'm makin'
To keep you by my side
To keep you from walkin' out the door"

Tiba tiba aku terdengar suara lelaki cakap 'look at me' disebelah telinga aku. Terus aku angkat muka dan nampak Han tengah tersenyum manis kearah aku. Lembut tatapan matanya melawan renungan mataku.

"Cause there'll be no sunlight
If I lose you, baby
There'll be no clear skies
If I lose you, baby
Just like the clouds
My eyes will do the same if you walk away
Everyday it'll rain, rain, ra-a-a-ain"

lepas je dia nyanyi part korus, hujan betul betul turun. Bukan nye renyai renyai lebat terus. Sekali pakej petir. Tak dapat aku nak dengar sampai habis lagu let it rain cover by Han sampai habis. Hujan dan jadi penutup.

Masa hujan turun, berlari aku masuk kedalam bilik. Tapi aku rasa aku ada terlanggar Han. Tapi peduli apa aku. Dah tiba tiba hujan turun dengan lebat. Aku cuma nak selamatkan diri je.

Tapi kenapa aku terasa lagu yang Han nyanyi memang ditujukan kepada aku. Cara pandangan dia pun lain. Tiada mata dinginnya. Dan dia murah dengan senyuman.

Nak berangan boleh Dhia Elana. Tapi jangan melampau.

°°°°°

2 BrokenheartedWhere stories live. Discover now