SEHELAI kertas melayang dan melekat atas mula cantik aku ni. Terus aku tarik dengan laju kertas yang dah halang pandangan. Orang dah la tengah tak ada mood. Orang putih kata broken heart. Aku tatap sekilas kertas tu. Sebelum aku campak kedalam tong sampah. Mata aku terpandangkan ayat broken heart.
Dalam flyers tertulis
Khas untuk sesiapa yang sedang Broken atau patah hati. Tidak usah berpanjangan sedih. Mari ke rumah hutan kami. Pasti anda akan dapat lupakan bekas kekasih anda.
Nikmati hari hari anda selama 5 hari di rumah hutan dengan tenang dan mendamaikan.
Sila hubungi nombor berkenaan untuk membuat tempahan.
6018******
Cik Lang.Menarik ni. Aku pun tengah sedih lagi. Boleh la tenangkan fikiran aku yang dah serabut ni. Dengan hantu yang tak habis habis nak kacau aku. Tak boleh la bagi aku ketenangan sehari.
"Tengok apa tu? " tegur satu suara. Halus je suaranya. Bila aku toleh nak jawab pertanyaan suara tu. Lidah aku terkelu.
Ada seorang wanita berbaju kelawar putih tak putih sangat sebab dah kotor dan berbau busuk. Dari jauh dan dengan sekelip mata dia berdiri betul betul depan aku. Tak berkelip aku melihatnya. Dia dengan muka pecah berdarah memandang aku sambil tersenyum luas.
Dengan perlahan lahan aku palingkan muka dari memandangnya. Dalam kiraan satu
Dua
Tiga
"Lari! " aku lari sekuat hati dan ingat, jangan pandang belakang. Tengah tengah lari tiba tiba aku terlanggar sesuatu. Aku malas nak ambil tau apa yang aku langgar. Buatnya hantu lagi seekor mati la aku. Aku terus sambung lari lagi.
"Kenapa kau lari! Hi hi hi! " suara tu terus berubah jadi mengilai. Kenapa la aku berjalan kat sini malam malam.
"Jangan kejar aku la! " Aku rasa dah laju dah ni aku lari. Tapi cik hantu tu masih mampu kejar aku. Kaki aku ditarik oleh nya dan membuatkan aku tersungkur.
Aduh sakit. Sudah la tengah sakit hati. Hantu ni buat aku sakit kaki pula. Aku rasa mesti lutut aku dah barai.
"Kenapa kau lari? " dia tayang muka menyeramkan dia. Lagi buatkan aku rasa nak lepuk lepuk makhluk ni. Tunjuk la muka yang biasa, cantik cantik gitu.
"Dah kau kejar aku. Aku lari la. Lepaskan aku. Aku nak balik rumah tidur. Kau jangan nak ganggu aku. Aku lepuk kau karang. " aku meronta ronta minta dilepaskan. Biadap ye dia. Lepas dah buat aku jatuh bukan nya reti nak minta maaf.
Perlahan lahan hantu tu lepaskan tangannya. Kuku tajam nya tadi hampir je nak koyakkan kulit kaki aku. Kalau hodoh kaki aku, aku minta pampasan. Dia menangis dan perlahan lahan hilang dengan tinggalkan kepulan asap. Aku terus tarik nafas lega.
°°°°°
YOU ARE READING
2 Brokenhearted
Horror+Bila patah hati, mula la bawa diri. Han Yusuf X Dhia Elana Beautiful Cover from @CRUSHAO