Sepuluh.

11 2 0
                                    

LEPAS aku rasa sudah sedikit okay, aku bangkit dari terus berteleku atas tanah. Han hanya berdiri berdekatan aku tanpa ada langsung menolong. Baik tak payah tolong. Nanti mana tau dia nak ambil kesempatan. Lelaki kan semua sama. Gatal.

"Kenapa awak ada kat sini? " Soal aku. Inhaler ditangan aku simpan semula dalam beg. Naya kalau hilang.

Han aku lihat hanya memandang tanah sambil kaki terkuis kuis tanah. Dah kenapa? Kena sampuk hantu ka?

Sebelum tangan aku naik ke pipi Han sebab nak bagi dia sedar. Han laju mengangkat mukanya. Cepat cepat aku turunkan tangan. Berlagak tidak ada apa apa.

"Aku hilang jejak mereka. Aku ambil gambar burung tadi. Tapi bila aku pusing je, dah kosong. Semua tak ada. Aku pun jalan la sampai terjumpa kau. Kau buat apa tidur atas tanah. Kalau ngantuk sangat jangan la join" panjang Han membebel. Aku lihat ada camera tergantung di lehernya. Mesti photographer kan dia ni.

"Mana ada saya tidur atas tanah. Semput saya datang tiba tiba. Lepas tu saya nak sedut la inhaler, tapi inhaler saya terjatuh ada orang tolak. " Jawab aku dengan gaya suara marah. Tapi tak la marah pun. Cuma tinggi sikit je la suaranya. Mana tau dia tak dengar. Han kan tinggi. Jauh jarak telinga dia dengan mulut aku.

Aku mula jalan melintasinya yang masih berdiri tegak.

"Kau tau ke kita nak ke arah mana? " Han tarik beg aku menyebabkan aku berhenti melangkah. Terus aku pusing kearahnya. Aku gelengkan kepala tanda tak tahu. Habis tu takkan nak terus stay 1 tempat.

"Ikut aku. " kata Han. Dan dia berjalan didepan aku. Aku ragu ragu betul la dengan dia ni. Betul ke dia tau jalan keluar dari hutan ni. Jangan makin kedalam hutan sudah. Aku tak nak bermalam dalam hutan. Macam macam nanti yang aku nampak. Yang tak pernah aku nampak pun boleh ada dalam hutan ni. Contohnya kepala terbang. Seram bila fikirkan dia.

"Hoi! Cepat la. Yang kau tercegat kat situ lagi buat apa! " Han marah. Tapi aku tak terasa pun. Terus aku jeling Han. Kalau bercakap tu kasar je dengan aku. Tak boleh ke kasi lembut sikit ton suara tu. Ah dia kisah apa. Hati batu.

Dari belakang dia tu aku angkat penumbuk tinggi tinggi dan acah nak pukul dia. Aku nak sasarkan kepala dia. Sebab asyik angin je. Tapi sebab Han tinggi aku buang je la angan angan nak lepuk belakang kepala dia.

💔

Tengah sedap mengelamun tiba tiba manusia depan aku ni berhenti dengan mengejut. Lalu muka aku pun berlanggar dengan belakang badannya gara gara tak sempat brek.

"Apasal berhenti tiba tiba? " aku pegang hidung yang terasa penyek. Tak tipu je. Han hanya diam tidak menjawab. Kenapa ada roadblock ke tengah hutan ni. Aku pun mengitai la, keluarkan kepala dari belakang badan Han.

Aku nampak tak jauh dari kami ada seekor anak kancil. Sebab kan teruja terus aku melangkah kearah anak kancil tu.

Tapi tangan Han lagi laju terus dia halang aku dengan membuka lengannya. Reaksi spontan, aku terus pegang lengan dia, sebab memang paras leher aku lengan dia tu. Aku tak sengaja okay terpegang tangan dia.

"Kenapa pula ni? " kata aku dengan nada marah. Tak puas hati dengan Han. Tangan dia tadi dah aku lepaskan. Takkan nak pegang lama lama walaupun lengan dia penuh muscle.

"Tengok betul betul. Anak kancil ke tu? " bila dengar je ayat Han tu, aku pun kecil kan mata dan betul kan spek mata elok elok.

Kecil macam anak kancil. Warna pun macam kancil. Tapi bahagian hidung tu macam pelik je. Kenapa hidung dia besar dan terangkat. Mungkin kah dia.

"Anak babi?! " aku terjerit kecil tapi sempat Han menyuruh aku diam. Terus aku tutup mulut dengan tapak tangan.

"Han.. Nenek saya kata kalau jumpa anak babi. Mesti ada emak nya. "

"Ya aku tau. Kita kena senyap senyap pergi dari sini. " Han memandang sekeliling nak pastikan betul la emak babi tu tak ada berdekatan kitaorang.

Tapi nasib tak menyebelahi kami. Ku sangka panas ke petang tapi hujan di tengah hari. Betul ke peribahasa tu. Muncul emak babi didepan kami dengan muka bengis. Kaki emak babi tu dah terkuis kuis tanah. Kami tak kacau anak kau la babi. Kami berdiri statik depan babi-babi tu.

"Kejap Han. Saya cuba baca doa nabi sulaiman. Mana tau babi ni pergi. " Aku mula mengangkat tangan untuk berdoa.

"Inna..inna..apa ye. Alamak! Tak ingat la! " Aku terjerit dan mengundang kemarahan yang tinggi pada emak babi.

"Kau tunggu apa lagi! Lari la. Nak kene sondol ke dengan babi tu! " bila Han jerit je cepat cepat aku lari ikut belakang Han. Aku pusing belakang, emak babi tu tengah kejar kami. Laju betul dia kejar.

"Lari ziq zaq! " bila aku dengar Han jerit suruh lari ziq zaq aku pun apa lagi terus bengkang bengkok larian aku.

Tapi aku tak sedar yang aku dah terpisah dengan Han. Bila aku pusing belakang semula, emak babi tu sudah tiada. Maknanya menjadi la taktik tu. Aku pun perlahankan larian. Termengah mengah aku tarik nafas. Cepat cepat aku keluarkan inhaler. Sedut gas. Lega.

Bila aku sedar yang sekarang aku keseorangan, Han dah hilang ataupun aku yang hilang dari Han. Mula la cuak aku datang.

Pusing pusing aku tengah tengah hutan. Terus panik. Kalau bukan sebab babi tu aku tak hilang dari Han. Sekarang Han hilang dan aku tak dapat balik rumah.

Air mata aku mula menitik. Aku tak nak nangis tapi sebab aku takut. Terhambur juga tangisan aku.

Adakah aku akan mati dalam hutan ni. Mati sorang sorang. Tak ada siapa pun jumpa mayat aku.

Jauh nya aku fikir. Sebab kan takut aku tak berani nak bergerak kemana mana. Aku duduk diatas batang pokok yang tumbang. Memandang sekeliling hutan. Pada pandangan aku sekarang ni macam hutan itu sedang tertawakan aku. Ada suara suara yang mentertawakan aku. Seronok kerana melihat aku lemah begini. Aku tutup telinga sebab suara suara yang membingitkan telinga itu.

"Jangan kacau aku! " aku takut nak angkat kepala. Kerana aku rasa ada 'dia' berdekatan aku.

Makin kuat aku menangis makin kuat juga suara yang tertawa itu.

Tiba tiba bahu aku disentuh. Aku tak berani nak tengok tangan yang menyentuh bahu aku. Takut ternampak sesuatu yang hodoh.

Tapi bila aku dengar suaranya. Terus aku angkat kepala. Dan makin laju air mataku mengalir keluar.

°°°°°

2 BrokenheartedWhere stories live. Discover now