Tujuh

12 3 1
                                    

"KITA nak kemana ni? " aku berhenti dari melangkah. Gunung mana la yang dia bawa aku ni. Jangan nanti dia nak tolak aku masuk gaung sudah.

Yang si mamat ni apa laju sangat berjalan. Aku dah mengah ni. Tau la kaki tu panjang.

"Awak! " jerit aku dan dia pun berhenti. Dia menoleh kearah aku. Keningnya dikerutkan. Marah la tu.

"Kau ni lembik la. Baru jalan baru berapa minit takkan dah penat kot. " perlinya. Eii geram aku. Nak je aku kerat kerat lidah dia tu. Dengan kudrat yang aku ada, aku terus melangkah mendekati dia.

"Rehat la kejap. Penat la. " terus aku duduk sebelah dia. Kaki yang terasa lenguh aku ketuk ketuk dengan tangan.

Dia pun turut duduk. Hoodie yang tersarung di kepala, aku tarik turun. Aku toleh kearah lelaki belagak sebelah aku ni. Dia sedang mengipas dirinya dengan topi yang dipakai. Apa yang dia pandang kat atas entah.

Aku tak tau lagi nama dia apa. Ke aku kena perkenalkan diri dulu.

"Saya Dhia. Dhia Elana. "

Dia berhenti dari mengipas diri dan memandang aku.

"Sape? "

"Saya la. " aku tekan dada dengan tapak tangan.

"Siapa tanya. " lepas dia berloya buruk dia sambung kipas diri sendiri. Nak je aku tolak dia jatuh dari gunung ni.

"Aku Han, Han Yusuf. " tiba tiba dia sebut nama dia pula. Kata tadi tak tanya la apa la. Tapi sedap nya nama dia.

"Siapa tanya. " balas aku. Aku sorokkan senyuman. Nanti dia nampak. Aku lantas bangun dan mula sambung jalan. Saja nak tinggalkan Han belagak tu. Kaki dia kan panjang.

"Weh! Tunggu la. " aku buat pekak je bila Han suruh aku tunggu dia. Cepat la, merengek kat bawah tu buat apa lagi. Aku mampu suarakan dalam hati je.

💔

Sampai sahaja dipuncak tiba tiba aku ter emotional gara gara terkenangkan si ex Boyfriend aku Qaiser. Dah lama aku tak fikirkan dia. Kenapa hari ni dia muncul semula dalam fikiran aku.

Tanpa sedar aku menangis dan aku berdiri betul betul tepi curam. Aku tak sedar semua tu. Macam aku dipukau. Yang aku nampak hanyalah bayangan Qaiser sedang memanggil aku.

"Sayang, saya minta maaf. Boleh kita get back. " Qaiser menghulurkan tangannya pada aku. Aku pun segera menghulurkan tangan untuk menyambut tangannya.

"DHIA! KAU GILA KE? " Aku terkejut bila Han menjerit dan menarik tangan aku agar menjauhi curam. Qaiser yang tadi ada depan aku pun turut hilang sekali.

"APA YANG KAU FIKIR, KALAU ADA MASALAH, BUKAN MACAM NI CARANYA!? " Apa yang sedang aku fikir. Aku bukan nak bunuh diri.

Han menghenjut bahu aku. Mungkin dia lihat aku masih belum sedar.

"Kau okay tak ni? " Suara Han kembali lembut, tak macam tadi, memetir.

Aku terus anggukan kepala. Takut nak pandang Han. Mana tau dia tengking aku lagi. Aku dah la tak boleh orang tinggi kan suara. Cepat sentap.

"Dah jom, kita turun. " Aku beranikan diri untuk memandang Han. Seperti biasa muka dia dingin dan menyakitkan hati.

Tapi kali ni Han berjalan dengan perlahan. Sesekali dia menoleh kearah aku. Memastikan yang aku masih berada dibelakangnya. Tiba tiba Han berhenti. Sempat aku berhenti. Kalau tidak tercium belakang badan Han.

Kemudian Han macam teragak agak. Dia menoleh depan belakang beberapa kali.

"Kau pegang hujung baju aku. Aku nak pastikan kau tak hilang. " Selepas tu dia pusingkan semula tubuhnya. Aku tanpa fikir banyak dan tak fikir pun apa apa terus lakukan apa yang disuruh. Pegang hujung baju je kan.

Kalau takut sangat aku hilang. Bagi la aku berjalan depan dia.

"Berbual dengan aku. Jangan senyap je. " katanya lagi.

"Kalau awak risau sangat, bagi la saya jalan depan awak. " aku terus melepaskan hujung baju Han.

Han menoleh kearah aku. Pandangannya masih dingin seperti selalu.

"Aku lebih rela berjalan di belakang singa dari berjalan di belakang perempuan. "

💔

Aku menyertai yang lain di depan unggun api. Ada yang sedang bergosip, menyanyi sambil bermain gitar. Dan ada yang sedang duduk tegak termenungkan sesuatu. Mata aku masih tidak dikalihkan pada perempuan yang duduk tegak tu. Tak sakit ke belakang dia duduk macam tu. Tiba tiba mata kami bertembung. Aku pun apa lagi sedekah la senyuman. Tapi lain pula yang jadi, bila perempuan tu pun turut tersenyum. Senyum je tak apa la. Tapi ada sesuatu dengan senyuman dia tu. Dengan mata dia terbeliak macam dah nak terkeluar. Senyum pula hingga ketelinga.

Aku rasa dia bukan manusia. Kenapa kenapa semua ini terjadi pada aku.

Bila perempuan tu mula berdiri. Seluruh bulu roma aku pun berdiri sama. Aku terus tundukkan kepala. Tak nak terus memandang 'dia'.

Aku angkat kepala sikit. Lagi laju 'dia' datang menghampiri aku. Aku rasa nak jerit tapi suara tak nak keluar.

Kaki aku dah menggigil, sekejap lagi mesti 'dia' datang tegur aku. Aku tak kuat. Cukuplah untuk hari ni. Jangan kacau aku lagi.

"Nah ambil. " suara tu. Suara Han. Aku angkat kepala. Cari cari kelibat 'dia'. Lega aku bila 'dia' dah tiada berdekatan aku. Barulah boleh tarik nafas dengan normal.

Han melabuhkan punggungnya disebelah aku. Ada halal gap ye. Jangan fikir bukan bukan. Lagipun ramai manusia dekat sini.

"Ambil la. Bukannya aku suruh kau tenung cawan ni. " Aku terus capai mug yang dia hulurkan pada aku. Air teh panas. Eloklah minum panas panas ni. Cuaca kat sini pun dah mula sejuk. Dah macam kat Cameron highland dah.

"Thanks. " ucap aku. Han hanya tayang muka malas layan.

Aku hirup air teh panas yang diberi Han. Sedap nya minum air panas dalam cuaca sejuk macam ni.

"Awak dah lama ke kat sini? " tanyaku.

"Lama la juga. Dalam 3 hari. " balasnya. Han mencampak ranting kayu kecil kedalam unggun api.

"Owhh. Awak pun kesini sebab breakup juga ke? " Entah kenapa soalan itu juga yang aku tanya. Aku menoleh kearah Han. Mahu lihat reaksinya. Tapi tenang sahaja wajah Han. Dia tersenyum kecil.

"Apa kau ingat bila datang jauh jauh dari bandar sebab tu je ke. Putus cinta lari bawa diri. Kau tu kan yang baru lepas break dengan pakwe sampai tak sabar nak jumpa 7 kaki 3 inci. " dah aku pula yang dileter. Salah soalan dan silap orang dah aku tanya.

"Ha kenapa diam. Jawab la. Kau kan yang sebenarnya tengah frust sebab breakup kan. "

"Diam la. " aku Jeling Han. Dah macam makcik kepohci la dia. Aku cekik sampai biru nanti baru reti diam agaknya.

°°°°°

2 BrokenheartedWhere stories live. Discover now