Dua Belas

15 1 0
                                    

BETUL la kata Han malam masa dia nyanyi tu. Nyenyak betul tidur aku. Tak sempat nak mimpi, tau tau je dah subuh. Jadi pagi ini tubuh aku terasa segar dan tiada lagi masalah sakit kepala apabila bangun tidur sebab tidak cukup tidur.

Lepas sahaja solat subuh, aku sudah siap mandi dan keluar dari bilik. Tak pernah aku tak tidur lepas subuh kecuali kalau hari bekerja. Hari ni record baru la aku boleh tak sambung tidur. Aku tau tak elok tidur lepas subuh. Tapi entah kenapa senang betul mata nak layu masa tu. Semua hasutan syaitan.

Sampai sahaja di lobi aku terintai intai akak receptionist. Masih tiada. Maknanya aku paling terawal bangun ke. Tengok semua kawasan pun sunyi lagi. Malam tadi kan hujan. Jadi cuaca masih lagi sejuk. Lagipula dalam hutan. Memang sejuk pagi-pagi macam ni. Macam di genting highland. Tapi nasib baik la ada water heater disediakan. Kalau tidak aku pun tak mandi lagi. Sejuk hingga ketulang.

Aku terus melangkah masuk ke kafe. Makcik-makcik sedang bertungkus lumus menyediakan sarapan. Aku mendekati seorang akak yang sedang meletakkan makanan dimeja buffet. Bahu nya aku cuit sikit. Tiba-tiba dia pusing.

"Kau main cuit-cuit kenapa! Eh! Eh! "

Pap!

Kepala aku diketuk dengan penutup buffet. Penutup tu dah la besi. Berdengung juga la kepala aku sekejap.

"Sorry kak. Saya tak ada niat nak terkejutkan akak. " kata aku serba salah. Kepala yang tadi kena ketuk aku usap laju. Padu tau dia ketuk.

"Akak pun minta maaf sebab terketuk kepala awak. Ha kau! Eh! " sekali lagi tangan dia melayang dan hampir nak tertampar pipi aku. Tapi cepat aku elak. Bahaya la akak ni. Saya jauh-jauh la dari akak. Selamat.

"Sorry dik. Akak ni melatah. Tak boleh kalau tersentuh nanti mesti KAU NAK APA!" Sekali lagi akak ni melatah. Ada makcik tu cucuk pinggang dia. Nasib aku dah jauh. Kalau tidak dismackdown agaknya.

Lihat akak tu belum lagi habis latah nya. Jadi aku pergi ke tempat air-air panas. Pagi macam ni sedap kalau minum teh panas. Jadi aku ambil secawan. Lalu aku bawa diri ke meja dibahagian luar kafe. Mahu melihat keindahan ciptaan tuhan. Air teh aku sisip perlahan sambil mata memandang kehijauan alam. Apa pula aktiviti aku hari ni ya. Dan mana Han. Takkan belum bangun lagi. Mata aku tercari cari bayang nya pula. Tapi tiada dimana mana.

💔

DISEBABKAN tiada aktiviti lain. Aku pergi ke mini zoo. Bagus ye rumah hutan ni. Mini zoo pun ada. Sesuai kepada yang cintakan haiwan peliharaan. Ada kucing, arnab, ayam dan banyak lagi. Mula-mula aku masuk ke tempat kucing. Sebab aku paling sukakan kucing. Semua kucing nya montel, gemuk dan gebu. Buatkan aku geram je.

Aku ambil seekor kucing berkaki pendek dan berbulu lebat. Apa ya nama kucing ni. Aku pernah nampak gambar kucing ni di timeline Facebook. Sebabkan dia terlampau comel, aku peluk, cium dia. Dia pun macam sudah redha dengan kelakuan manusia yang datang. Duduk diam dalam pelukan tak melawan.

Best nya jadi kucing, duduk diam saja pun buat orang geram, buat orang sayang.

"Namanya Kayla. " tegur satu suara membuatkan tubuh aku mengeras. Perlahan aku toleh kebelakang. Setahu aku masa aku masuk tadi sesiapa pun lagi.

"Kenapa pandang saya macam tu? " dia mengerutkan dahi. Tapi tak lama tu dia tersenyum menampakkan barisan giginya yang elok tersusun. Dia mendekati. Siapa lelaki ni. Orang atau hantu. Aku dah lama tak nampak hantu ni. Selalu ada je lalu tepi-tepi mata aku ni.

Lelaki tu ketawa kecil kerana aku masih tidak menganjakkan mata aku darinya. Jangan perasan yang aku dah suka kau ye.

"Saya tau saya handsome. Jangan pandang saya lama-lama. " terus aku mengalihkan mata dari terus merenung dia. Termalu aku bila tertangkap sedang merenung muka lelaki tu.

Kayla dipelukan aku mengiau sambil matanya memandang aku. Kenapa lapar. Nak makan.

"Comel kan. " kata lelaki itu lagi. Aku cuma angguk kepala.

"Awak suka kucing? " aku panggung kepala. Apa soalan dia ni. Dah aku peluk, cium kucing ni, mesti la aku suka.

Aku angguk kepala lagi dengan soalan dia.

"Saya Firman Wafiq. " Dia perkenalkan dirinya pula. Padahal aku tak tanya pun.

"Dhia Elana. " balas aku pendek. Tiba-tiba Kayla meronta ronta minta dilepaskan. Belum sempat aku mahu meletakkan Kayla, Kayla melompat dan sempat dia hadiahkan cakaran yang panjang pada tapak tangan aku.

"Aduh." Aku cepat-cepat tarik tangan. Darah mula mengalir keluar. Ni yang aku lemah dengan darah ni.

Tiba-tiba tangan aku ditarik pula oleh Wafiq ni. Wajahnya berkerut melihat luka aku.

"Luka ni kena cuci. Takut infection. Jom saya bawa awak untuk cuci luka ni. " tak sempat aku nak tegah. Wafiq dah tarik tangan aku supaya mengikutinya.

"Saya boleh cuci sendiri. " kataku. Tapi Wafiq langsung tidak memberi aku peluang.

Sampai di bangku luar tempat kucing. Wafiq menyuruh aku duduk. Jadi aku pun duduk. Dia suruh aku tunggu. Jadi aku pun tunggu. Dia kemana entah. Tak lama tu Wafiq muncul semula. Ditangannya ada kotak first aid kit. Wafiq pun duduk sebelah aku. Kotak first aid kit dibuka lalu dia keluarkan ubat bersihkan luka dengan plaster. Aku cuma diam melihat apa yang dia lakukan. Dia bersihkan luka cakaran dan siap tolong tampalkan sekali.

Aku angkat tangan dari terus disentuh Wafiq. Wafiq tersenyum sambil menyimpan semula barang yang telah digunakan.

"Terima kasih. " Aku melemparkan senyuman.

Wafiq, terpaku dan terkaku. Badannya mengeras dan matanya tidak jatuh dari terus memandang kearah aku.

Kenapa? Ada apa kat muka aku? Aku menyapu pipi kiri dan kanan. Takut la ada taik burung ke.

"Tak sangka bidadari tu wujud. Cantik dan bertambah manis bila tersenyum. " aku sudah malu malu kucing bila dia tiba-tiba memuji aku. Yela kot dia puji aku. Tiada manusia lain selain kami berdua disini.

Berdua. Alamak bahaya ni. Nanti ada yang ketiga.

"Terima kasih sekali lagi. Saya pergi dulu. " pamit aku. Dan terus bangkit dari bangku. Sebelum aku meninggalkan Wafiq sempat aku melemparkan senyuman pada nya.

"Harap kita dapat berjumpa lagi ya. Dhia. " Aku tidak membalas cukup la hanya senyuman yang aku berikan. Kemudian terus aku balik ke bilik.

°°°°°

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 07, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

2 BrokenheartedWhere stories live. Discover now