Tiga

16 3 3
                                    

DAH tiga kotak tisu aku habis kan. Sebab aku tengah sedih ditinggalkan. Tak, aku yang rela hati mahu tinggalkan Qaiser. Sampai hati Qaiser tak mengaku aku ni girlfriend dia. Chat pun tak. Telefon apatah lagi. Kalau dia pujuk sekarang ni dan jelaskan segalanya mungkin hati aku sejuk. Tapi jangan mimpi la dia nak call.

"Apa kurangnya aku ni Laila. " aku buka kotak tisu yang ke4. Lap lap air mata yang tidak henti henti mengalir keluar.

"Sebab kau pendek. " Sentap weh dia cakap aku pendek. Aku mengaku aku pendek. Tapi comel apa perempuan pendek.

"Nah! Ini makannya. Suka ngata aku kan. " aku tonyoh kat muka laila dengan tisu yang aku buat lap hingus.

"Eiiii pengotoq la ang ni. " Laila tolak muka aku. Sebab aku nak kesat hingus aku pada dia. Bila masing2 tengah struggle tolak menolak. Tiba tiba TV tertutup sendiri.

Terdiam aku dan Laila. Tak ada lagi dah drama. Laila pandang aku. Aku pun pandang Laila.

Laila aku lihat tengah telan air liur. Dia menggelengkan kepala pada aku.

Aku pula angguk kepala laju laju.

Ya.

Aku nampak seorang wanita yang sedang menjelirkan lidah nya pada Laila. Panjang weh lidah dia. Nasib baik muka tak pecah. Kalau tak. Aku lari dulu.

"Baik kau diam Dhia. Don't say any word. " Mulut aku ditekup minah sebelah aku ni. Dia bukan je tekup mulut. Sekali muka aku dia tekup. Tau la muka aku kecil.

Aku tepuk tepuk tangan busuk dia. Lepas makan nasi ayam penyet. Bau sambal dia tak hilang weh.

"Malam ni kau tidur dengan aku. "

"Apasal pula?! "

"Kenapa kau takut kan aku. "

Dah memang aku nampak nak buat macam mana.

💔

"Sayang! Stop! " Han menarik tangan Ruby dan ditarik semula oleh Ruby. Tidak suka dipegang dengan Han. Mereka sudah tiada hubungan. Berjumpa ni pun kerana Han yang merayu untuk berjumpa. Sebabkan Han kata untuk kali terakhir, Ruby terpaksa dalam tidak rela berjumpa juga dengan Han.

"U nak apa lagi! " Ruby menyelak rambutnya kebelakang. Lehernya dikipas dengan tangan. Ni kalau vampire nampak berselera ni. Mati kau Ruby.

"Untuk kali terakhir, abang... " Ruby memintas kata kata Han.

"What abang? Don't use abang with me. " dijeling Han dengan perasaan meluat. "Cepat la. I panas ni. " Ruby merengus dan sekali lagi dijeling Han.

Han menundukkan kepala. Dia harus tahan. Jangan menangis depan Ruby. Han tidak mahu Ruby nampak yang dia lemah. Tapi dia sayangkan hubungan nya dengan Ruby. 7 tahun, hubungan mereka. Takkan berakhir begitu je. Ruby memang nekad mahu memutuskan pertunangan. Alasannya, dia tidak bersedia lagi mahu berkahwin.

"Cepat la! " Ruby meninggikan suaranya. Mata mata yang memandang kearah mereka langsung tidak dihiraukan.

"Okay okay. Saya terima keputusan awak. Tapi.. " Han menarik nafas dan mehembuskan lembut. Mata Ruby menjeling Han. Pada ketika ini dimata Ruby, Han hanyalah lelaki yang tidak mahu dipandang ketika ini. Tiada langsung perasaan suka atau sayang didalam hatinya.

"Saya nak awak pulangkan cincin tunang kita. Tapi barang hantaran yang lain tu takpe. Awak ambil la. " Kata Han pasrah dengan qada dan qadar Allah.

Ruby merengus kasar. Cincin dijari manisnya dibuka lalu dicampak kearah Han.

"Amik balik cincin buruk you ni. Lepas ni I boleh dapat cincin lagi mahal lagi besar. " suara penuh belagak dan sempat Ruby menyelak rambut.

Cincin yang dicampak oleh Ruby yang mendarat diatas lantai diambil Han. Dipandang sayu kearah cincin itu.

"Anything else. No? Okay see you when I want to see you. " Sekali lagi dijelingnya Han dengan perasaan meluat. Belum sempat kaki mahu melangkah pergi. Tangan Han menarik lengan Ruby.

"Let me go. " keras suara Ruby mengarahkan Han untuk melepaskan tangannya. Teragak agak Han mahu melepaskan Ruby. Sesungguhnya dia terlampau sayangkan hubungan ni.

Han melepaskan tangan Ruby lalu meninggalkan Ruby. Tidak mahu menoleh kebelakang semula. Takut hatinya tidak sanggup melepaskan Ruby. Tiba-tiba tubuhnya dilanggar seseorang. Bila dia pusing. Orang yang melanggar nya hilang, lesap, ghaib. Han hanya mencebikkan bibir dan cepat cepat masuk kedalam Audi A6 nya.

°°°°°

2 BrokenheartedWhere stories live. Discover now