Lapan

15 3 1
                                    

SEMOGA tenang aku tidur malam ni. Harap tiada sebarang gangguan yang aku terima. Cik gula gula tu pun dah tak nampak bayang.

Eh aku terlupa nak telefon keluarga aku. Dah 2 malam aku kat sini. Kalau tak report nanti mula la kalut. Keluar dalam surat khabar.

'Mencari seorang gadis comel yang hilang selepas frust baru lepas putus cinta.'

Sudah femes aku nanti.

Aku terus dail nombor ibuku. Nak tunggu dia jawab panggilan tu lama sangat. Jadi aku buka pintu sliding dan ambil angin malam di balkoni.

"Eh mana pula la ibuku sayang ni. Dah lupa handphone letak kat mana ke? " aku mula bebel sorang sorang kat balkoni. Aku tekan tekan lagi screen phone. Nombor ibu aku dail lagi.

Tak berjawab.

Sah la tu lupa letak phone kat mana. Jadi aku hantar je la gambar. Okay nak selfie jap.

Aku buka ikon camera dan mula nak selfie. Aku angkat phone tinggi separas kepala aku.

Klik klik klik

2, 3 gambar aku ambil. Aku cek balik gambar, nak pilih yang mana 1 yang cantik. Bila dah pilih aku hantar ganbar pada ibu dengan caption 'anak ibu yang cantik lagikan comel ni, sihat sihat je ibu. '

Okay send.

Aku simpan phone dalam kocek hoodie.

Angin malam malam kat sini sejuk ye. Udara pun segar. Tak nyesal aku datang sini.

Sedang aku bersenang senang hirup udara segar. Tiba tiba jadi dah tak segar, bila hidung aku mula terhidu bau busuk bangkai.

"Bau apa ni? " gatal mulut aku pegi tegur ye. Entah apasal otak aku jadi bebal. Dah tau kan bila terbau, tercium dan ter macam lagi kan jangan ditegur. Tapi mulut aku degil. Tak seiring dengan otak pandai aku ni.

Dan mata aku pun mula la tercari cari dari mana datang bau nya ni. Mata aku terhenti di sepohon pokok pisang yang terletak tidak jauh dari aku.

Ada seekor makhluk disitu. Berdiri tegak dengan tangan terangkat sebelah. Rambutnya panjang mencecah tanah. Muka dia tak payah la aku jelas kan. Yang penting hodoh dan dia sedang tersenyum menyerigai. Tangannya melambai kearah aku.

Aku dah tak tau nak buat apa. Dia tengah panggil aku ke tu. Kalau aku tak datang kat dia apa akan jadi. Aci tak kalau aku nak lari sekarang.

Perlahan lahan aku nak tutup tingkap. Tak nak bagi dia perasan. Tangan aku dah menggigil ni. Lagi tambah menggigil bila ada satu tangan memegang tangan aku. Tangan tu buruk dan hodoh.

Aku terkejut sangat cepat cepat keluar dari bilik dan menuju ke bilik orang lain. Aku tak tau bilik siapa. Jadi aku ketuk je. Aku dah takut sangat. Bila aku toleh sahaja, dia ada dibelakang aku tengah merangkak. Makin laju aku ketuk pintu bilik entah siapa siapa.

"Tolong! Tolong la sesiapa pun!" Air mata aku dah berjurai jatuh. Melompat lompat aku depan pintu ni. Tak ada sesiapa ke time macam ni. Takkan semua dah tidur. Tolong la.

Bila aku rasa je bahu aku disentuh, aku dah tak ingat apa apa selepas tu.

💔

"Arghhh! Jangan! " aku tersedar dari tidur. Sebabnya aku mimpi ada seekor hantu nak makan hati aku. Bila aku nak jerit sekali lagi bahu aku terasa digoncang, disertakan dengan suara garau lelaki.

"Dhia, bertenang. " lembut suaranya seperti memujuk budak 5 tahun yang mahukan lolipop tapi tak dapat.

Mata aku terus mencari arah suara tu. Ternyata dia berada disebelah aku. Terus aku mengesot mendekatinya. Menyorok dibelakang tubuh sado Han.

"Saya takut. " aku rapatkan selimut untuk menutup wajahku. Buatnya dia betul betul buat kemunculan tepat depan muka aku. Mau mati mengejut aku di tempat kejadian.

Han bergerak menjauhi aku. Kenapa kau jauh Han. Kau jangan nak tinggalkan aku sorang sorang kat sini.

"Awak nak pergi mana? Jangan la tinggal saya sorang sorang. " kataku dengan suara yang bergetar. Tayang muka sedih sekali.

"Kau nak takut apa? Hantu? " terus kepala aku angguk laju laju. Percaya la cakap aku Han oi.

"Mana ada hantu la. Kau ni merepek je. Sekarang ni kau di bilik kau. Dan tak manis la kalau aku berdua dengan kau dalam bilik ni. Nak kena tangkap basah ke? " lepas dia dah bebel panjang dia keluar dari bilik aku. Aku terus memandang sekeliling. Aku lihat kearah sliding door. Lega dah bertutup.

Baru je aku nak bangkit dari katil, pintu bilik aku terbuka dengan sendiri. Aku dah kejung kat katil. Menjadi batu tak gerak kemana mana. Nafas juga aku tahan.

"BAAA! " Han melompat keluar dari belakang pintu. Nak aje aku mencarut depan dia sekarang ni.

Bantal yang berada berdekatan, aku campak dengan geram. Dan dia boleh gelak sambil menekan perut. Sah gila.

Dapat je peluang memang aku tolak dia masuk pool. Geram aku dengan dia ni berapa hari dah.

Sebelum dia keluar sempat dia ejek aku dengan membuat gaya hantu minta penampar.

Muka je handsome, tapi tak siuman.

°°°°°

2 BrokenheartedWhere stories live. Discover now